sunyi ...duniaku gelap tanpa kamu menyinari kasih..
hiba...hatiku sedih tanpa kamu mengutusi bicara,
redha...kasih pasrah pada ketentuan suratan takdir Allah Taala..
insyaAllah.
insyaAllah.
moga bahagia dalam keheningan.
suram alam kebasahan.
bayu lesu tanpa mengelus.sunyi suram.
jika diam itu indah,
raihlah dalam dakapan...
Diam mu mengusung pilu.
tetapi siapalah kasih di matanya,...
diam itu juga bahagia mungkin,
diam itu juga sunyi pasti,
diam itu juga cahaya mencari di mana hilangnya diri.
diam itu indah andai sudi untuk mengerti.
tetapi siapalah kasih di matanya,...
diam itu juga bahagia mungkin,
diam itu juga sunyi pasti,
diam itu juga cahaya mencari di mana hilangnya diri.
diam itu indah andai sudi untuk mengerti.
Dimana diammu?
menyendiri atau mencari?
jika itu kata yang terbaik utk suatu kebaikan,
perlukah hati merelakan?
sedang alam terus merintih menanti
mengharap rahmat hujan kasih...
menyendiri atau mencari?
jika itu kata yang terbaik utk suatu kebaikan,
perlukah hati merelakan?
sedang alam terus merintih menanti
mengharap rahmat hujan kasih...
Tenanglah sayang...
walau aku sendiri dalam kedinginan
kebasahan dalam terik mentari.
berbahagialah....
walau duka sering menjemputku.
walau aku sendiri dalam kedinginan
kebasahan dalam terik mentari.
berbahagialah....
walau duka sering menjemputku.
dalam takdir kasihmu.
~salam kasih sayang..
31052010
................................
nota kasih:
Ku bacakan puisikasih pada angin lalu...tanpa pernah meninggalkan bekas di mata dan di hatinya....tiada siapa yang mahu mendengar dan memperduli bicara hatiku sekian lama...Hanya aku yang malu sendiri, lalu aku pun berlalu bersama bayu yang terus menerus pergi tanpa pernah memandangku...sememangnya mungkin berhikmah begitu...Ya musim semi yang telah meninggalkan aku, memberi banyak pelajaran yang mengajar aku erti kehidupan....
Sedar tak?...kadang awak datang awak pergi..saya datang saya pergi, juga dengan izin Allah. Telah tertulis dalam perjalanan hidup saya ada awak untuk menyeri, Sementara dalam perjalanan hidup awak kenapa ada saya untuk menguji. Benarlah seperti kata-kata hambaAllah " Yang Tidak Bernama" itu, "CINTA SAYA SENTIASA ADA UNTUK AWAK, SEDANG CINTA AWAK TIDAK ADA UNTUK SAYA". Ya... tak apalah, saya terima ia sebagai sebagai ujian kerana ujian itu juga tanda seseorang hamba itu dikasih Allah. Dengan cara itu kita akan sentiasa dekat dan tenggelam dalam cinta kasihNya. Ya selagi rasa itu ada saya akan mencari awak. Umpama ruh dengan jasad. Ia akan sering mencari, berpisah sekejap dalam tidur atau mati. Lihat cinta ruh dan jasad, selamanya akan bersama, tetap mencari di mana-mana dan ada di mana-mana bukan?. Susah senang sama-sama, di dunia, di dalam kubur, di masyar, di sirat, di neraka atau di syurga. Ruh itu abadi tidak mati...kasihku jua abadi..selamanya merindui. Saya tak kisah awak menafikannya itu hak awak. Tapi saya akur dengan pemberian Allah. Kalau Allah memberi kita tak boleh menolak kerana ia takdir dan anugerah yang terindah.....Mesej ini simpan buat kenangan...~
Allah yang ku sembah, Allah yang satu..yang mengatur urusah hidup. Aku percaya dengan sesungguhnya Allah maha mendengar dan mengetahui bisikan hati..semoga suatu hari nanti Allah mempertemukan CINTA KASIH RUH DAN JASADNYA, dalam suasana yang solehah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui betapa aku menyintai, dan mengasihi seperti keinginan awak untuk saling kasih mengasihi, dan saling cinta menyintai...hehehe... dan kalau Allah mengizinkan kita juga tidak dapat menolaknya....semoga kelak aku akan bersyukur pada Allah kerana kebesaran dan kasih sayangNya mengkhabulkan permintaan hamba yang sekian lama hamba bersabar dalam meminta....bahawa Allah telah mendengarnya....insyaAllah amin...ya rabb.
No comments:
Post a Comment