topbella

Sunday, April 29, 2012

Rindu di angin lalu...

salam kasih sayang,
salam rindu di angin lalu,
salam ingatan,
salam kebahagiaan buatmu selalu,
salam rahmat dan berkat Allah meliputi kamu....

amin ya rabbal alamin.


salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Friday, April 20, 2012

Citra cinta...


tah..
terkadang aku tidak faham dengan
hati orang yang menyinta..

merajuk..
makan hati... dah biasa
sedih... menangis dah lumrah..

rindu..
selalu teringat kamu..
aku ingin membuang rindu itu.

tapi kenapa..
semakin aku cuba..
semakin jadi susah payah..

akhirnya..
aku ambil quran baca ..
airmata bercucuran lena dalam tangisan.

~salam kasih sayang.
20042012
......................................
nota kasih:
tah kadang aku benci dengan rasa ini...
rasa-rasa yang membuatkan airmata ini selalu keluar..
aku ingin bunuh rasa ini...
telah ku coba..
telah lama ku berusaha..
tetapi kenapa ia masih ada..
ingin aku buang rasa yang membelenggu jiwa.
tatapi kenapa aku tidak berdaya.
hanya masa dan waktu akan menentu segala..
semoga kelak akan berakhir jua rasa-rasa gila-gila..
semoga kita berbaik2 saja..
moga awak sihat dan selalu dalam rahmat Allah taala..
ceria dan bahagia sama keluarga..
amin ya Allah.
andai di dunia kita tidak berjumpa..
tiada tempat buat cinta itu di dunia..
moga kita berjumpa di akhirat dalam suasana yang soleh dan solehah..
kerana Allah akan mengizinkan kita bersama orang yg kita cintai di dunia..
bukankah Allah maha mengetahui dan maha pengasih..
wahai airmata..
rentilah dikau dan bersabarlah...dengan berita bahagia ini...
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Wednesday, April 18, 2012

Pulau Mutiara...




salam kasih sayang,
esuk, 19 April 2012 aku, kak ngah dn im...
nak gi bukit bendera nak ikut rombongan pra sekolah.... emmm insyaAllah.
ya lama dah tak gi bukit bendera..dah hampir 10 tahun...
ya semoga semuanya selamat.
selamat pergi dan selamat balik..
selamat mendapat ilmu pengetahuan,
selamat berbahagia...
semoga bertambah tambah keimanan dan ketakwaan kita..hendaknya..
ya Allah selamatkan kami, selamatkan ummat islam kaum muslimin dan muslimin seluruhnya di didunia ini...ampuni kami, jangan Kau hukum kami
andai kami bersalah atau terlupa.
Maafkan kami kasihanilah kami.......sesungguhnya kami hamba-hambaMu yang daif.

~salam kasih sayang.
18.04.2012
.Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Friday, April 13, 2012

hidup ini....




hidup ini..
umpama sedang memandu di jalanraya,
anda pemandu yang bijak dan berhemah.
harus ada tujuan,
iaitu matlamat perjalanan, (kembali kepada Allah)
harus ada kemahiran memandu...hehehe. (ada ilmu pengetahuan agama)
tak pandai memandu emmm...bahaya. (tak da ilmu...susahlah hidup)
harus tahu jalan mana nak di lalui (tahu jalan yang benar)
jalan biasa atau lebuh raya agar cepat sampai dengan dengan selamat...hehehe.
harus hati-hati memandu agar tak kena saman (hati jangan buat apa yang Allah larang)
hehehe..
harus tahu masa yang baik untuk memotong andai perlu berbuat demikian...
hehehe..(berlumba tak salah asalkan untuk memajukan diri)
ya harus memandu dengan baik..(hidup dalam syariat Allah)
ikut peraturan jalan raya..(buat yang Allah suruh jauhi kemungkaran)
andai penat mengantuk berhenti sekejap rehat..di rr ...(dunia persinggahan sementara untuk beribadat dan mencari redha Allah taala)
dah segar teruskan perjalanan semula..jangan leka di tempat rehat..(teruskan perjalanan menuju negeri abadi)
ya semoga perjalanan kita selamat sampai ke negeri abadi ..
peliharalah kami..tunjukkan kami untuk beribadat kepadaMu, ya Allah, ampunilah kami..dan redhailah kami..amin.

Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Friday, April 6, 2012

lagu arab..."Albi nadak..".


ALBI NADAK (SERUAN HATI)

Hanya padamu,

Diri ini hanya milikmu, Datanglah dekat,

Air mata mengalir, Mengharapkanmu…

Hanya padamu dan jiwaku padamu,

Wahai kekasihku, usia kita usiaku,

Seluruh hidupku untukmu.. Cintamu adalah hayatku,

Dirimu buat kita bercinta sebenar-benar cinta,

Hatiku disini,

Keindahanmu milikku... Jadi bersatu..

Hatiku memanggil.. Harapkan engkau sentiasa setia,

Hanya dirimu..Selepas bertahun lihatlah sayang,

Kita berjumpa di sini bersama... Airmataku mengalir keranamu


Engkaulah kekasih .. Diriku hanya untukmu, Seluruh hidupku,

Usiaku... Kerna matamu...Aku serahkan segalanya..

Apa yang daku harapkan, Indahnya kau,

Di sisi bersamaku selamanya…

Katakanlah kepadaku,

Diri ini..Sekian lama..Mengharapkan..

Hati ini..Perasaan ini..

Bersama hati dan perasaanmu..

...........................................

Lirik di atas adalah terjemahan lagu albi nadak..sebuah lagu arab...

Sekiranya kita jatuh cinta, semoga kita jatuh cinta kepada insan yang mencintai Allah..

Semoga kita jatuh cinta kepada pemuda yang beriman..

Yakinlah pada janji Allah lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik...

................................................

Sebenarnya sejak lama dulu aku dok dengar lagu tu...
hari ini baru aku tahu maksudnya....hehehe...

Orang tua-tua pun suka juga dengar lagu arab...tapi tak tahu maksudnya...macam aku jugak....hehehe..
tapi hari ni tahu maksudnya sungguh menyentuh hati aku..kerana dulu ada orang beri lagu tu kat aku tapi sungguh aku tak tahu maksdnya...jadi aku buat tak tahu...dan tak tak tahu isi hati dia kat aku....hehehe...

ya sekarang dah berlalu...biarkan berlalu kita ni semua hamba Allah alangkah baiknya kita berbaik2 untuk memakmurkan dunia ini...kerana cukup tempoh masa kita semuanya akan kembali kepada Allah..yang penting dalam bermuamalah dengan manusia kita kena tahu tujuan, ikhlas dan niat yang betul kerana Allah taala barulah semuanya menjadi ibadah semoga diterima Allah, kelak akan di kira kebaikan menunggu kita di padang maksyar kelak..

Ya benar..tujuan manusia dihidupkan di dunia, ialah untuk beribadat kepada Allah (pencipta kita) semoga dengan rahmat Allah kita di masukkan ke dalam syurga semula setelah dengan kehendak Allah jua Adam dan Hawa (keturunan manusia) telah dikeluarkan dari syurga. Oleh itu Allah telah hantar Nabi (Nabi Muhammad s.a.w) , telah diberi panduan hidup (Al Quran), Agama yang benar ( Agama Islam) dan diberi akal fikiran untuk memilih jalan benar ( syurga) atau jalan salah (neraka) , semoga tak tersasar lagi ( memilih agama lain atau kemurkaan Allah) semoga sentiasa berada di jalan yang benar dan lurus itu (dalam agama Islam, keimanan dan ketakwaan kepada Allah)...amin.

...........................

GuNaKanLaH KeceRdikAn YanG ALLAH kuRniaKan sebAgaI WaDah Untuk meNambaHkan KeiManan kIta KePadaNYA.. BerSama Kita MenJadI MuAllImIn Yang MeNjadi ToNggak Utama Pembentukan Syabab... tEruskaN PerjUangan sebagaI da'iE, murabbi,muallim,mudarris...
.....................]
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN