Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
Wednesday, May 26, 2010
Kebaikan itu menghapuskan keburukan...
.....................
...sesungguhnya kebajikan akan menghapuskan keburukan...(Hud ayat: 114)
Bantulah orang yang sedang mengalami kesulitan,
Berilah kepada orang yang tidak pernah mahu memberi kepada anda,
Tolonglah orang yang dianiaya..
Berilah makan orang yang kelaparan,
Berilah minum orang yang kehausan,
Jenguklah orang yang sakit...,
Hantarlah jenazah!
Layanilah dengan baik orang yang menimpa musibah.
Tuntunlah orang yang buta,
Berilah petunjuk orang yang bingung,
Muliakanlah tetamu,
Bebuat baiklah kepada tetangga,
Hormatilah orang yang lebih tua dan sayangilah orang yang lebih muda.
Bahagikanlah makanan yang anda miliki kepada orang lain,
sedekahkanlah wang anda..
Berbicaralah dengan kata-kata yang baik,
Jagalah diri anda agar tidak sampai menyakiti orang lain,
sebab hal itu sedekah bagi anda.
Sesungguhnya kalimah ini indah
menggambarkan pekerti-pekerti yang mulia..
termasuklah hal yang mendatangkan kebahagiaan dan melapangkan dada,
mengusir kesusahan, kesedihan, kekuatiran dan kedukaan...
Betapa indahnya akhlak yang baik itu,
sekiranya ia seorang lelaki,
tentulah ia merupakan seorang yang gagah,
harum terkenal dengan kebaikannya dan cerah wajahnya.
...Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang akan dicukupkan pahala mereka tanpa batas.(Az Zumar ayat: 10)
~salam kasih sayang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Madah p'rindu dari Bukit Perindu.
RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

No comments:
Post a Comment