hari ini...
setelah aku bagi kerja kepada pelajar...aku semak buku latihan mereka. Aku check kerja kelmarin yang meka buat. Semua budak yang tak siap aku panggil. Aku tanya kenapa tak siap, apa masalah mereka. Kenapa tak boleh siap kerja pada hal kerja simple je...dah diberi jawapan, dah dibincangkan cara membuatnya, dah ditunjuk ajar, dah di ulang2 jawab dalam kelas. Sepatutnya tak de masalah dah...
Aku panggil sorang..
ni kenapa tak siap..dia kata jaga adik. berapa orang adik awak jaga? Dia kata empat.
emak gi mana.. dia kata mak dia gi kerja. (mak dia kerja kat supermarket).
Oh ya....masakan awak sentiasa pegang adik kamu tak berhenti, sehingga tak boleh buat kerja sekolah. " dia kata adik dia tak duk diam...kena pegang selalu....
pas tu aku kata...
kita ni kalau kita nak buat..sesuatu, contohnya nak buat kerja sekolah, kita azam nak buat insyaAllah Allah akan beri jalan untuk kita buat. Allah akan buka jalan.. InsyaAllah berkat keazaman dan keyakinan kita terhadap Allah, Allah akan membuatkan adik kamu duk diam awak boleh buat kerja sekolah...kecuali kalau diri sendiri tak nak buat kerja tu...macam mana Allah nak tolong..diri sendiri tak nak tolong diri sendiri...
Ni ...cikgu nak tanda apa..?
sedar tak wak tentang kesalahan awk? aku tanya. Dia angguk.
patut dah awk buat macam ni kat cikgu.? dia kata tak patut,
jadi kalau tak patut kamu kena buat apa...?
dia kata saya kena buat...
ya awak kena buat, awak kena berubah dari sikap awak tu. Kena cuba juga agar lain kali tak nak lagi macam ni...
kemudian aku kata..kalau tak buat kerja kelmarin...hari ini datang lagi kerja dan berganda-ganda kerja..semua tu kena buat...jadi kena guna masa sebaik2nya..jangan buang masa...dia mengangguk kepala..
kemudian sorang lagi...
aku panggil. Muaz...juga kerja tak siap.
aku tanya dia..apa masalah kamu sehingga awk tak siap kerja..
dia diam...tak nak jawab. Sedangkan sebelum ni kalau aku tanya soalan kalau dalam perbincangan dan latihan dalam kelas dialah yang rajin bercakap..alih2 tanya soalan kali ini tak mau jawab...apa pasal pulak...
Aku lihat...matanya bergenangan air mata...aku tanya dia lagi...
kenapa muaz tak dapat siapkan kerja? kalau ada masalah cite dengan cikgu, kalau tak cite cikgu tak tahu masalah kamu. Cikgu nak tanya masalah kamu sebab tu cikgu sayang kamu. Cikgu nak kamu dapat apa yang cikgu ajar. Dia diam juga..tak berkata apa...tunduk je....
aku kata...Tadi kawan kamu kata dia jaga adik tak dapat buat kerja sekolah...kamu pulak kenapa.? Emak kerja tak...ada kat umah. Dia kata. Aku tanya.. dia kata mak dia tak kerja abah je yang kerja.
Dah tu kenapa tak buat kerja yang cik gu bagi...? dia diam juga...
aku kata...muaz buat macam ni patut dak, kosong tak da apa...? Dia geleng2 kepalanya tanda tak patut. jadi kalau tak patut apa yang muaz kena buat. Cikgu tak de rugi apa2...cikgu kesian kamu...kamu datang sekolah, dengan harapan untuk dapat ilmu, jadi latihan yang cikgu beri agar cikgu tahu kamu dapat atau tidak. jadi kalau kamu tak buat macam ni cikgu tahu kamu tak dapat apa yang cikgu nak kamu dapat..cikgu kesian kamu. Tapi kalau kamu buat..cikgu tahu kamu dapat ilmu pasal graf yang sepatutnya kamu dapat pada hari itu...ilmu ini berguna, sehingga kamu ke sekolah menengah, cuma di sekolah rendah ilmu itu asas sahaja..nanti kat sekolah menengah akan lebih lagi lebih detail lagi..tapi ilmu yang sama juga..
Sekarang nak buat cam mana..? Aku tanya dia....dia diam..seribu bahasa sambil airmata sudah mulai menitik ke pipi...lalu...
aku pun suruh dia salin dari buku kawan dia..yang penting dia buat...
Terkadang kalau kita tak tanya kita pun tak tahu pemasalahan orang..Oleh itu sebaiknya kita bertanya agar dapat merasai bahawa ada orang lain yang menderita, dengan pelbagai cubaan yang telah di anugerahi Allah...sesungguhnya cubaan itu nikmat jika kita pandai mengendalikan rasa-rasa kita..insyaAllah...
~ salam kasih sayang.
No comments:
Post a Comment