Assalamualaikum..
~ Fajar sudah pergi, subuh pula menjelma. Bangunlah sayang untuk solat menyembah Tuhan yang Esa dan yang Maha Berkuasa. Tuhan yang menghadiahkan nyawa dan memegang nyawa kita, Ini bermakna sebentar lagi hari baru akan membuka tirainya. Alam cerah semula, semua makhluk Allah memulakan rutin hidupnya. Buatlah apa saja asalkan ia dalam syariat Allah. Mudah-mudahan dalam redha Allah, selamat, sihat dan bersemangat semula. amin...~salam cinta.
~Ya semoga baik-baik saja jiwa. Kasih umpama pagi yang sentiasa datang menghadiahkan hari buat alam, agar jiwa-jiwa yang tadinya sedang lena kini hidup semula untuk berusaha, bekerja dan beribadat kepada Allah. Putaran alam siang dan malam, suka duka, susah senang dan bahagia atau derita semuanya itu untuk membolehkan jiwa kembali ke dalam rahmat kasih yang Maha Penyayang. " ~salam cinta
~Andai kesakitan mengetuk pintu, bukalah dengan sabar. Hadirnya disitu kerana Allah menguji kamu. Solat jangan ditinggalkan. Kalau tak mampu berdiri mengangkat takbir, boleh bersolat cara duduk, bersolatlah cara berbaring, bersolat dengan isyarat kerlipan mata, atau dengan cara menghormati waktu, agar kita sentiasa dalam pandangan kasihNya. Allah menguji kita, Allah sayang kita. Allah ingin memberikan kita yang terbaik dalam pengetahuanNya, jangan kita lupa padaNya. ~salam cinta
~salam kasih sayang.
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment