peringatan sayang.
Andai kamu ingin melupakan seseorang...
jangan tengok apa-apa yang berkaitan dengannya.
jangan ingat apa-apapun yang berkaitan dengannya,
buat-buat sibuk dengan kerja seharian.
penuhi masa terluang dengan hal-hal yang mengembirakan.
Lepas solat bacalah doa Nabi Adam..
cuba panjangkan zikir ingat dosa yang kita lakukan.
tetapkan masa untuk selalu baca al quran.
satu hari mesti baca jangan tinggal.
boleh juga baca yassin dan niatkan.
Doa semoga jiwa kita jadi tenang..
doa kepada Allah agar
tawarkan segala ilmu guna-guna orang.
dan dipulangkan segalanya kepada yang empunya tuan.
semoga orang itu mendapat petunjuk dan hidayah Tuhan.
InsyaAllah...
hari demi hari kamu dapat melupakan,
hidup kamu akan kembali ceria dan tenang.
hari-hari kamu lebih mengembirakan,
lebih menuju kepada kebahagiaan.
Semoga hati kita itu redha
semoga hati kita itu ikhlas
semoga Allah menggantikan kepada kita,
sesuatu yang lebih baik
dari apa-apa yang kita telah hilang.
Sama2 kita amalkan..
hehehe..aku pun buat gini juga..
sekarang aku dah semakin tenang.
dapat kerja dan beribadat dengan tenteram
Alhamdulillah inilah rahmat kurniaan Tuhan.
salam kasih sayang.
28.05.2012
....................................
nota kasih:
kadang-kadang kita meminta-minta sesuatu tetapi Allah tidak memberi, kita menangis...
Kita merayu-rayu menginginkannya sungguh-sungguh tetapi...Allah tidak izinkan...kita sedih tiada lagi ruang dalam hati kita untuk gembira, hanya ada luka, kesedihan yang berjela-jela. hehehe..sungguh Allah tahu, Allah maha melihat. kita ini hamba yang tidak tahu, tiada ilmu. Allah tidak beri kerana dia tahu dan mahu memberi kebaikan kepada kita, dia tahu itulah yang terbaik buat kita, walaupun kita tenggelam dalam kesedihannya...
Allah panggil kita untuk datang kepadaNya, Allah mendengar rintihan kita, Allah janji untuk memberi andai kita bersabar...hehehe. Allah tahu kenapa Dia buat begitu..Allah sangat sayang kita..Allah tak ingin kita jahanam..segala yang Allah buat adalah yang terindah dan terbaik..redhalah..dan terimalah..alhamdulillah...aku terima takdirMu ya Allah...jadikan hati hamba redha..dan sabar. amin.
.....................Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete