topbella
Showing posts with label RENUNGAN KASIH. Show all posts
Showing posts with label RENUNGAN KASIH. Show all posts

Tuesday, October 8, 2013

Nasihat kasih

Renungan:

sumber telaga : 

Ada sebagian ulama yang mengatakan : 
“Duduk di sisi orang yang mengenali Allah akan mengajak kita kepada enam hal dan berpaling dari enam hal, iaitu :
- dari ragu menjadi yakin, 
- dari riya menjadi ikhlas, 
- dari ghaflah (lalai) menjadi ingat, 
- dari cinta dunia menjadi cinta akhirat, 
- dari sombong menjadi tawadhu' (randah hati), 
- dari buruk hati menjadi 
nasihat”.

salam kasih sayang.
08102013
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Tuesday, July 2, 2013

Terima kasih Ya Allah..

Salam kasih sayang.
terima kasih ya Allah..
kerana memberi nikmat dan rahmat kepada kami..
kekalkan nikmat dan rahmatMu itu kepada kami,
keluarga kami, kepada ibubapa kami,
kaum kerabat kami, kepada kaum muslimin dan muslimat,
mukminin dan mukminat seluruhnya..
amin.
...........................................................................................................
Tadi,
sewaktu pulang,
entah apa yang aku ingat..
entah apa yang aku fikir..
aku jadi khalit..
emm aku khalit sungguh..hehehe.

Dekat trafik light...
aku lihat
ada motor melintas depan aku..
rupanya
lampu merah aku jalan juga..
fikiran aku pergi mana..

Aku dengar hon...hon..hon..
aku pun angkat tangan tanda mohon maaf..
baru aku sedar
lampu merah aku jalan juga..
rupanya,
aku ikut kereta depan terus juga..

Alhamdulillah ya Allah,
Alhamdulillah ya Rahman,
Alhamdulillah ya Rahim
Allah selamatkan aku,
Allah selamatkan kereta aku,
Allah selamatkan duit aku.

Alhamdulillah..ya..Allah.
berkat ayat-ayat suci yang aku pasang dalam kereta
berkat dengar dan baca ayat suci dalam kereta
berkat membaca al mathurat dengan budak-budak..
berkat mendoakan kesejahteraan ibu bapa..
berkat memaafkan kesalahan hamba-hamba Allah,

Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih Ya Rahman
Terima kasih Ya Rahim...
Terima kasih atas nikmat dan rahmat-Mu hari ini
Terima kasih atas petunjuk-Mu yang auci
subhanallah..alhamdulillahh..

ruhi abiddin
01.07.2013

.....................
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Tuesday, July 24, 2012

Bersamamu .

salam kasih sayang..

salam ramadhan karim,
alhamdulillah Allah telah mengizinkan kita berada di dalam bulan ramadhan yang
permulaannya adalah rahmat dan berkat,
pertengahannya keampunan Allah,
akhirnya pembebasan dari api neraka.

berlumba-lumbalah kepada keampunan dan rahmat Allah Taala..
semoga beruntung di dunia dan akhirat...
jangan hanya kaya dan bahagia di dunia tetapi tidak bahagia dan kaya di akhirat..
amatlah merugikan....

Sungguh...
 Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Kuasa.
~ an nisaa' 149



Ingatlah....
. Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan melakukan kezaliman, Allah sekali-kali tidak akan mengampuni (dosa) mereka dan tidak (pula) akan menunjukkan jalan kepada mereka, kecuali jalan ke neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. 
~ an nisaa' 168 dan  169


Ingatlah...
 Wahai manusia, sesungguhnya telah datang Rasul (Muhammad) itu kepadamu dengan (membawa) kebenaran dari Tuhanmu, maka berimanlah kamu, itulah yang lebih baik bagimu. Dan jika kamu kafir, (maka kekafiran itu tidak merugikan Allah sedikitpun) karena sesungguhnya apa yang di langit dan di bumi itu adalah kepunyaan Allah[382]. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 
~an nisaa' ayat 170


ya semoga Allah membimbing kita semua ke jalan yang benar, dan rajin baca al quran.(Mukjizat Nabi Muhammad yang masih ada sehingga sekarang untuk ummat manusia.)
kerana tidak membaca al quran itu melainkan orang yang suci.... 
Allah tidak mencipta dua hati dalam satu rongga. justeru itu yang baik tidak akan bercampur dengan yang kotor dalam satu tempat...
al quran adalah cahaya, dan cahaya tidak masuk ke hati ke dalam hati yang kotor..


wallah hu'alam.


salam kasih sayang.
24.07.2012
..............................
nota kasih:
lama tak dengar berita...apa khabar kamu sekarang..
lama tak hantar berita...semoga kamu baik2 sahaja..
lama tak terima berita...semoga kamu tetap ingat saya..
salam bahagia sayang...salam ceria di bulan puasa...amin.
rajin puasa dan solat tarawih jangan lupa...
uhibbu nahum kahubbillah...

cinta kerana Allah itulah cinta sebenarnya cinta manusia kepada manusia..


Cari lah al quran audio terjemahan ( indon ka bahasa melayu ) agar kita memahami segala cerita,  peringatan, ancaman, segala janji Allah, segala kenikmatan dan  doa dalam al quran.
amat rugi andai kematian menjemput sedang kita tidak tahu isi al quran......
semoga Allah mengizinkan kita untuk membaca, menghayati, mengkaji, menghafali, dan merasa nikmat bersama al quran...amin.
jadikan ia amalan mendengarnya sewaktu anda mahu melelapkan mata...kerana tidor itu saudara mati....
.....................
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Saturday, July 7, 2012

Jalan-jalan di dusun abang..

salam kesyukuran..
hari ni jalan-jalan gi dusun abang...
seronok nengok buah-buah yang ada atas pokok...
ya itulah rahmat kurniaan Allah,
Allah beri rezeki bukan untuk manusia sahaja,
tetapi juga untuk makhluk lain atas muka bumi...
masyaAllah...
ya..buah yang elok kita ambil kita makan...
dan yang buruk yang rosak berguna untuk makhluk lain...
masyaAllah..alhamdulillah..






dia stress..dengan kerja...dia susah hati..
dia  stress dengan dunia.dia sedih.
dia .stress dengan manusia... dia merajuk hati
dia pergi hutan...lihat air terjun...lihat tumbuhan...lihat buah-buahan...
dia tengok ikan berenang dalam akuarium....dia jadi tenang.
sebenarnya dia tumpang ketenangan pada tumbuhan, pada ikan,
lalu hati dia turut tenang...

bukankah tumbuhan dan haiwan juga berzikir kepada Allah.
tempat yang orang berzikir akan diliputi rahmat Allah,
malaikat kembangkan sayapnya juga mendoakan mereka...
subhanallah...masyaAllah...alhamdullillah...

Tumpang bahagia lihat buah-buahan...hehehe...
suka nengok buah...di sana ada kebesaran Allah Taala, rezeki kurniaan Allah.
juga menunjukkan betapa Allah maha pengasih lagi maha penyayang...
masyaAllah..

salam kasih sayang.
07.07.2012
.....................
nota kasih:


Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.

Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.
sumber: hati bersih

Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Friday, July 6, 2012

Mencuri dalam solat


salam kasih sayang..
terkadang terfikir saya...mencuri itu dosa..mengambil sesuatu yang bukan hak kita..
kita selalu mencuri...dalam solat..kerana tidak khusyuknya kita...

tatkala membaca ayat-ayat,  fikiran ini selalu ingat macam-macam
dunia dengan segala isinya, dunia dengan kesibukan kita.....itu mencuri namanya..
mencuri hak Allah...sepatutnya fahami apa yang dibaca....

jangan nak cepat-cepat dalam solat...itu juga mencuri namanya...
curi masa..yang sepatutnya untuk Allah..

“Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?” Baginda menjawab : “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (HR Ahmad). 


Andai manusia sekali pun tidak sudi menerima persembahan yang buruk dari kita...
tetapi mengapa seringkali kita menghantar persembahan amalan siang dan malam kita yang tidak sempurna dan kosong kepada Allah...

tiap maghrib malaikat yang jaga kita waktu siang membawa persembahan amalan siang kita dan tiap subuh malaikat yang menjaga malam membawa persembahan amalan malam kita kepada Allah, andai amalan itu tidak ikhlas, kosong tak berkualiti segala amalan itu di hempas semula ke kepala kita..
tetapi kita tidak tahu...

oleh sebab itu..ada orang buat ibadat tetapi keadaannya tidak berubah, tetap saja berkekalan dengan maksiat, berlarutan dalam dosa...
kerana amalannya tidak diterima Allah....

Astaqfirullah al azim...semoga Allah mengampunkan kita..kerana kita ini lemah, kita ini jahil...kita ini
selalu membuat salah..kita ini kurang ilmu serta kurang bertaubat...

....afala tatafakkarun (tidakkah kamu berfikir) .... afala yaskurunn (tidakkah kamu bersyukur)
semoga Allah membimbing kita untuk hidup di dunia selalu di jalan yang lurus, (dalam agama islam) iaitu jalan orang-orang yang Allah berikan nikmat, bukan jalan-jalan kemurkaan dan bukan jalan-jalan kesesatan. Semoga Allah memudahkan tiap urusan dunia dan akhirat kita kepada keampunan dan rahmat  serta berkat Allah Taala...amin.

salam kasihdihati
06072012
.....................
nota kasih:
(sumber : http://ustaznaim.blogspot.com/2010/09/mencuri-dalam-sembahyang.html
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Sunday, October 24, 2010

Besarnya doa yang terkadang kita lupakan..


BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (rahmati aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.

~salam kasih sayang.
23102010

RENUNGAN SEJENAK...


RENUNGAN...EMAIL DARI SAHABAT SIM....
2010/10/22 excalibur <lina_hasni@yahoo.com>

salam kawan2,
sy nak share satu pengalaman yang berlaku pada saya pg ni. setelah selesai solat subuh di hati ini terdetik mulai ari ni nak baca quran walau sepotong ayat. kemudian sy pun siap2kan anak dan siapkan diri nak pi keje. setiba nya di office kawan sy telah dtang jumpa sy dengan sebuah quran "this one is for you" sy hanya mampu terdiam dan tersenyum. dan dr saat pemberiannya terus sy mula membaca quran.

apa yang sy cuba tonjolkan ialah tentang kuasa allah s.w.t, ia maha mendengar kepada semua rintihan umatnya. setiap hari alunan quran dlm bilik saya di office membuatkan sy lebih dekat dengan quran...kuasa allah sungguh besar sekali ...marilah kawan2 kita membaca quran walau sepotong ayat setiap hari lama2 akan jadi banyak.

barakallahufit

.........................................................

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.

"Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (49:12)

“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula.

"Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)

~SALAM KASIH SAYANG.
23102010
......................
semoga kita sentiasa membaca al Quran semoga tiap saat..tiap detik...tiap jam, tiap hari, tiap minggu, tiap bulan...dan sebagainya dalam peti kita bercahaya-cahaya dengan amalan soleh. Semuanya itu akan dipersembahkan kepada Allah semoga Allah menerimanya...amin.

Oleh itu jangan biarkan ada ruang kosong, untuk berbuat maksiat atau tidak berbuat apa2 kerana tiap detik itu yang kita tidak berbuat apa2, atau kita berbuat maksiat..dalam peti kita yang akan gelap dan hitam...rugilah kita sebagai manusia...hamba Allah di dunia..
Perbanyakkan bekal..amalan soleh kerana ia sahaja yang akan bersama-sama kita di alam barzah sana...Bantulah kami ya Allah untuk beramal soleh..amin

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN