Aku amat takut
untuk singgah dan santai,
di laman awak…
kerana di sana ada duri-duri
yang menikam kaki,
menusuk ke hati.
Walaupun..
aku sangat mahu,
walaupun aku tersangat rindu,
walaupun aku terlalu sayu.
tatkala mengenangimu,
airmataku mengalir selalu.
Aku amat rindu..
walaupun kamu tidak tahu,
aku doakan kamu,
dalam tidur dan jagaku,
semoga tenang lenamu,
tatkala tahajudku.
~salam kasih sayang.
02042010
………………………………………………………….
Nota kasih:
Wahai Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui segala (perbuatanku) yang aku
lakukan secara rahsia dan perbuatanku yang terang-terangan, maka terimalah
keuzuranku dan Engkau mengetahui hajatku, maka kurniakanlah permintaanku. Engkau
mengetahui segala yang ada di dalam sanubariku, maka ampunilah dosa-dosaku.
Ya Allah, Ya tuhan, sesungguhnya aku meminta kepadaMu iman yang kukuh di hatiku dan
keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui bahawa tidak akan
menimpa sesuatu kepadaku melainkan apa yang Engkau telah tetapkan. Aku redha
dengan apa yang Engkau berikan kepadaku. Engkaulah yang menolongku di dunia
dan akhirat, maka matikanlah aku dalam Islam dan sertakanlah diriku bersam-sama
orang yang soleh.
Wahai Allah, janganlah Engkau tinggalkan pada kami di sebarang dosa pun
melainkan Engkau mengampunkannya. Jangan Engkau biarkan kesedihan
yang wujud di hati kami melainkan Engkau menghapuskan dan
tidak ada sesuatu hajat yang diminta melainkan Engkau telah mengurniakannya,
mudahkanlah segala urusan kami dan lapangkan dada kami,
terangkanlah hati kami dan sudahi amalan-amalan kami dengan kebaikan,
ya Allah ya Tuhan, matikanlah kami dalam Islam,
hidupkanlah kami dalam Islam dan sertakanlah kami bersama-sama orang
yang soleh dengan tiada mendapat kehinaan dan bala bencana.
Amin ya rabbal alamin.
No comments:
Post a Comment