topbella
Showing posts with label KALAM KASIH. Show all posts
Showing posts with label KALAM KASIH. Show all posts

Sunday, September 2, 2012

hati itu raja..


‎"apabila baik hati..maka keseluruhannya baik..
apabila kotor hati..maka keseluruhannya kotor..

bile hati dah kotor...
ade mate..tp matenye MATE KERANJANG,,
ade hidung..tp hidungnye HIDUNG BELANG,,
ade lidah..tp lidahnye LIDAH BERCABANG,,
ade muke..tp mukenye MUKA BERTALAM,,

haa..nampak dak???
jadi kene bersihkn hati kitaa..^_^"

~ruhiabiddin

02092012
.........................
nota kasih.
BUKA "hati" dpt "cinte", ! ♥♥
BUKA "buku"dpt "ilmu" ! ^_^^_^
BUKA "tangan " dpt "duet" ! >_<
BUKA "facebook "dpt kwn !
BUKA "Al-Quran "dpt ketenangan!!♥ ^^

SAY~ I ♥ ALLAH............♥♥
 —
sekadar sudi mengopy dari fb...perkongsian bersama satu dakwah..amin
.....................
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Thursday, March 24, 2011

Masihkah ada rindu...

.....kerana biru warnamu, aku terus merindu...tanpa pernah melihat tentang aku hanya mampu melangut dan berdiri di bawahmu...Ya..sayang..kasih telah ditakdirkan begitu... "


Wahai langit tempat bintang bernaung, malam ini aku menatapmu dengan dada yang penuh kesakitan. tak tahu apa yang menyerangku, yang pasti dadaku rasanya penuh. seperti ingin menangis, tapi tak tahu pasti kenapa aku harus menangis.

Aneh, walau bintang bertebaran di langitmu, bintang yang berhasil memandu nelayan di tengah lautan, tapi tak satupun mampu menyelamatkan aku dari rasa ketersesatan ini tanpa dia yang selalu aku rindu. tidak juga bintangmu.

Entahlah, apakah berbicara padamu, langit, seperti ini, akan membantu meringankan beban yang menggelayutiku. bolehkah kau bayangkan itu wahai langit, bayangkan perihnya sendirian. dan jika membayangkannya sudah membuatmu hampir menitikkan air mata, sekarang bayangkan aku, dalam kesendirian gelap tak berkawan.

Aduhai, kenapa bercerita seperti ini membuat beratku yang tadinya menyesak di dada serasa pindah ke kerongkongku, dan sebahagian seperti memaksa menitiskan air mata ini. sungguh, aku lelah menangis, walau sepertinya memang tak ada yang lain yang boleh kulakukan selain menangis. wahai yang ingin terus menyeksaku... apakah telah puas hatimu?

Langit, dari atas sana, apakah pandanganmu lebih luas dari aku? Ah, untuk apa aku bertanya pertanyaan yang sudah jelas jawabannya. Aku sesungguhnya hanya ingin tahu, apakah kau melihatnya saat ini? Ingin tahu di mana dia saat ini, apa yang sedang dilakukannya, dan apakah saat ini ia juga sedang menatapmu, berbicara padamu tentang aku, seperti aku berbicara tentang dia.

Sesungguhnya begitu besar keinginanku untuk meneriakkan rindu di langitmu, sambil diam-diam berharap kau menggemakannya, lalu gemanya menyusup ke telinganya, lalu menyelinap ke dadanya, hingga ia benar-benar merasakan rinduku. Tapi rasanya terlalu banyak yang sudah kutumpahkan kepadamu, maka langit, aku hanya ingin kau menjaganya dengan pelukanmu, dampingi ia dalam bahagia maupun dukanya. dan jika suatu hari, engkau berkenan, mintalah pada bintangmu untuk menunjukkannya jalan menuju aku. dan pada hari itu, aku akan tetap di sini, duduk menatapmu, sambil menunggu.

peluk cium dari aku.

~ Kau tempat ku meminta, Kau beriku bahagia...
..............................

nota kasih:
Sungguh...Allah itu Allah Tuhan kita, Dia yang Esa, Dia tempat meminta, Tiada Dia beranak dan tidak pula Dia diperanakkan, tiada sesuatupun serupa dengan Dia. (!l Ikhlas. ayat 1-4) Sungguh Allah Tuhan kita yang menjadikan rasa yang ada di dalam jiwa. Tatkala rasa sedih airmata akan mengalir, dan sungguh Allah yang satu itu telah mendengar bisikan dan rintih doa hamba=hambaNya. Sungguh Allah telah mendengar doa kasih sayang kamu...dan malaikat di sisi kita telah mencatat keikhlasan hatimu tulus cinta itu...

Terkadang andai manusia memahami hal-hal yang di bawah minda sedarnya..itulah takdir Allah sebenarnya..kerana siapakah yang mampu membuat agar manusia berfikir di bawah minda sedarnya. Siapa, siapa....tidak lain tidak bukan hanya Allah...Allah yang berkuasa..Allah maha mengetahui...Allah maha mengilhamkan rasa, sesuatu selaras dengan takdirNya, sungguh jika itu berlaku semua itu adalah anugerah Allah yang terbaik buat kita.

Ya.................................

Salah satu hal tersulit untuk dipelajari dan dilakukan seorang manusia adalah belajar untuk merelakan dan melepaskan, terkadang kita begitu yakin bahwa kita dapat membuatnya bahagia tetapi mungkin bagi dirinya sama sekali tidak...

suatu kenyataan yang begitu menyakitkan tetapi hanya boleh dipasrahkan?


tangis dulu, seharusnya menjadi senyum saat ini....

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Friday, August 6, 2010

Penawar jiwa..


Kau penawar jiwa,
Kau sinar segala-gala
Andai cinta gurauan untuk apa tangisan.

Berarak malam siang bertakhta
Hari pun masih gelita
Beredar hujan panas berlegar

Rindu masih tega
Sejuta nafas cinta
Sunyi mengulang rintik pilu,

Membuat diri racau dalam lamunan
Sunyi mengundang ilham indah kata-kata
Sepi mencengkam madah hias duka lara

~salam kasih
................

nota kasih:

titipan dari blog surat untuk jiwa...

terima kasih semoga jiwa mendapat penawarnya dari Allah s.w.t dan hati kembali tenang..jiwa bahagia..ya

Saturday, July 24, 2010

TOLONG SAMPAIKAN PADANYA....


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak kaki itu syurganya..
Tolong katakan pada si dia, kita adalah tuan dalam menundukkan perasaannya.

Tolong ingatkan si dia. aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. .

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. .
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya.
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..SesungguhnyaMu Ya Allah yang mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambamu. .Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

SaLaM KaSiH SaYaNG...
24082010
........................
NOTA KASIH

CORETAN INI DI KUTIP DARI SAHABAT INTERAKTIF MALAYSIA (SIM)...TQ DAN SEMOGA DIRAHMATI ALLAH SELALU PENGIRIMNYA KERANA SUDI BERKONGSI ILMU...

Sunday, August 16, 2009

Jika aku menangis

Jika aku menangis..
Thursday, January 10th, 2008

Jika Seorang Wanita Menangis.
Jika seorang wanita menangis dihadapanmu, itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu ....
memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu. Jika kamu membiarkannya pergi, dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.

Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi. Dia menjadi lemah. Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah. Hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa egoisnya.


Lelaki...
jika seorang wanita pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan pengertian. Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Lelaki,....
jika seorang wanita menangis karenamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin karena keputusanmu, kau merusak kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,

saat dia menangis karenamu, lihatlah matanya…. dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya? Fikirkan…. Wanita mana lagikah yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang, di depanmu dan karenamu……

Dia menangis bukan karena dia lemah. Dia menangis bukan karena dia menginginkan simpati atau rasa kasihan. Dia menangis, karena menangis dengan diam-diam tidaklah memungkinkan lagi. Lelaki, pikirkanlah tentang hal itu.

Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu, dan semuanya karena dirimu, inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya. Hanya kau yang tahu jawabannya…. Pertimbangkanlah, karena suatu hari nanti mungkin akan terlambat untuk menyesal.

Mungkin akan terlambat untuk bilang ‘MAAF’!!
.................
nota kasih:
ini juga coretan kasih-kekasih...yang ku abadikan di sini..sekadar peringatan buat sesiapa yang lupa... sekadar hiburan sahaja...hehehe. Aku bukan wanita yang suka menangis tanpa sebab...kita bukanlah wanita yang lemah kerana lelaki...!!!.

Panggilan rindu..

Sayang… seketika aku di gigi pantai, pepasir memutih bak mutiara kasih terbentang berhamparan. Tercari-cari ku mutiara kasih yang kau katakan dulu, sayang selalu. Hilang entah ke mana telah lama kucari namun ia tiada, tanpa nama, tanpa alamatnya, tanpa asal usulnya, tanpa warna, hanya bebayang kadangkala samar-samar di bayangan mata. Namun aku pasti kerana kata hati ini masih berbisik kasih, merindui walau aku sendiri tidak pasti…ia ada atau tiada.

Sayang… merenungku di kaki langit petang yang kau katakan, teringat lagu itu..lagu yang kau tulis senikatanya padaku. Engkau tiba bagaikan pelangi…Tak bercahya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan…hati ini. Seharian waktu bersamamu. Tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pastiPergi jua…" ya…kau pergi jua, kau pergi jua. kau peergi jua meninggalkan aku termenung…terlegu…termangu…buntu.

Sayang… aku mengerti kau pergi jua, aku jua mengerti siapalah aku dikaki senja, menanti senja berakhir dan mendakap gelap buta. Kelak aku akan hilang dalam gelap malammu… tanpa kau mahu mencari siapa aku di mana dan mengapa aku. Aku akan hilang walau dalam mimpimu. Sungguh adanya aku tidak memberi apa2 manfaat dalam hidupmu, ketiadaan aku jua tidak menggugat kehidupan seharianmu.. itulah nasib diriku perindu malang…yang kebetulan singgah di rimbunan kasihmu.

Sayang… aku mengerti tatkala orang tidak sudi, pelbagai alasan yang pasti diberi. Tatkala orang tak suka semuanya jadi tak kena. Tatkala orang membenci semua yang baik tidak dihargai. Tatkala orang tak mahu apa yang aku rayu tidak berbekas di hatimu. Aku ini umpama penanti dan perindu yang tidak malu. Sungguh aku jua hairan mengapa aku sehingga jadi begitu…mengapa rasa2 itu sering menghantui…apa salah aku sehingga Allah mengujiku begitui. Apa salah aku sehingga aku tersiksa begini….

Wahai Allah… Tersalahkah aku menumpahkan kasih, tersilapkah aku memberikan kasih, tidak berhargakah kasih yang aku hulurkan, tak bermaknakah kasih sayang yang aku tanamkan. Wahai Allah jika di sana tiada redhaMu …usahlah aku mengasihi lagi, usah aku merindu lagi, usah aku mengingati lagi. Luputkanlah dia dari pandangan dan mindaku ini untuk selamanya. Sungguh aku mencari redhaMu izinkan dan kuatkan aku kepada apa dan siapa yang akan membawa aku kepada redhaMu…amin.
ilusi seorang aku
……………………………………..
AKU TAHU KAU TIDAK MENYINTA, AKU TAHU KAU TIDAK SUDI …TETAPI MENGAPA AKU HARUS MERINDUI???
..............
nota kasih:
ini jua arkib coretan kasih..semoga abadi dalam lipatan warkah kasih..

Friday, August 7, 2009

Peringatan buat diriku yang lupa

Assalamu 'alaikum wr. wb.

Dear my Moslem Brothers, Sisters and even peoples on earth...

Semoga kita semakin semangat dalam menjalani setiap episode kehidupan yang dipersembahkan- Nya dengan segala cinta-Nya ...

KENAPA AKU DIUJI?
* Surah Al-Ankabut ayat 2-3 :

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
* Surah Al-Baqarah ayat 216 :

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
* Surah Al-Baqarah ayat 286:

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

RASA FRUSTASI?
* Surah Al-Imran ayat 139:

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya) , jika kamu orang-orang yang beriman.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
* Surah Al-Imran ayat 200 :

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
* Surah Al-Baqarah ayat 45 :

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
* Surah At-Taubah ayat 111

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
* Surah At-Taubah ayat 129 :

Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
* Surah Yusuf ayat 87 :

dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu. (Surah An-Nisaa' ayat 86)

Jika kamu memberi usah mengharap ia dibalasi... serah kepada Allah kerana Allah lebih mengetahui....Apa yang diberi sebenarnya itulah milikmu yang abadi..sedang menanti di akhirat nanti....kamu tidak rugi, lebih banyak yang diberi ...lebih banyak lagilah yang akan didapati...hanya yang perlu ikhlas hati...ingat janjilah Allah itu pasti.

Mari kita bersabar dan terus bersemangat..untuk memepersembahkan yang terbaik dalam masa hidup kita...

Dengan torehan kemuliaan dan semangat pantang menyerah...
Dimanapun. sampai bilapun dan dengan siapapun..selama ALLAH SWT menjadi tujuan utama kita, dan redha Allah menjadi dambaan kita, Insya Allah akan "bahagia" sebagaimana doa yang sering terlantun untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Semoga bermanfaat dan mendapat hidayah Allah yang maha pengasih....

Wassalam...

Jakarta, 07 September 2006
..........................................

~kasihsayang.
08.08.09.

Kalam redha


Kalam redha..hamba

Assalamualaikum..
Sayang...tika subuh berbisik, "ke mana sahabatku fajar? Lalu Fajar berkata saya ada..saya tidak ke mana-mana, sentiasa mengingati fitrah kejadian saya dan akan mendatangi mu lagi di esuk harinya....sabarlah sayang." Senyum semula subuh dengan hati yang lapang.

Sayang...tika mentari hadir bertanya, " ke mana perginya bening subuh, selembut sutera kasih, membelai dan menyisip rindu di jiwa. Mengajak insan rukuq dan sujud tanda syukur bermunajad kepada Penciptanya. Meninggalkan tidur yang asyik di kala paginya...berbahagialah siapa-siapa yang berjemaah subuh di surau atau masjidnya. Sesungguhnya akan di rahmati Allah ibunya sepanjang harinya". lalu subuh berkata, "Aku ada, aku sentiasa akan datang selepas fajar mengikut ketentuan fitrah Allah Taala. Kehadiran ku menandakan siangkan bermula...sinar baru bagi seluruh alam maya. Aku tidak lupa....sayangku aku ingat semua".

Sayang...tika dhuha menyapa," Sayang aku datang, aku ada. Aku ada kerana kau pun ada, aku ada untuk kamu ingat itu..... Hadirnya aku di sini seiring fitrah Ilahi untuk mengajakmu bersujud. Memohon rezeki. Rezeki limpahan Allah yang Maha pengasih...Sayang usah gusar atau sedih, di mana saja rezekimu telah tertulis dan telah sedia diberi. Cuma kau perlu berusaha untuk mendapatkannya saja, usah bersusah hati..."

Wahai Allah, sesungguhnya semua keindahan, kekuasaan, kelebihan, kebaikan adalah milikMu, jika ada rezeki kami di langit Kau turunkanlah, jika rezeki kami di perut bumi Kau keluarkanlah, jika payah Kau permudahkanlah, jika haram kau bersihkanlah dan jika jauh Kau dekatkanlah..Senyum dhuha bersama linangan airmataku...menyapu dhuha airmataku yang mengalir itu...aku berserah padaMu wahai Allah Tuhanku...Kau jauhkan kusut hatiku..Kau lapangkanlah dadaku....amin.

Sayang..tika tengahari hadir lalu bertanya," Sayang..sabarkah kau dengan bahang terikku di atas kepala. Putaran mentari begitu usah dipertikai...kerana peredarannya seiring dengan putaran masa. Jika tiada panas kita tidak pernah akan merasa betapa nyamannya udara dan nikmat sejuk yang dikurnia. Sayang..usah marah pada terik itu kerana ia jua berhikmah. Kehadirannya jua telah tersurat sudah. Berlapang dadalah walau ia amat menyiksa...." ya..aku tidak apa-apa. Aku jalani hari ini dengan tenang kerana aku telah biasa dengan hari-hari ku yang pelbagai cuaca. Cuma aku harap dikau akan sihat sejahtera..walau dalam apa saja keadaan tiupan bayu dan cuaca yang melanda alamnya...hehehe.

Sayang...tika sore singgah lalu bertanya pula," Sayang..mengapa desiran bayu tidak seperti selalu. Mendung berkabus. Pepohonan kaku tak berombak, bayu seolah terkaku...hehehe. Ait kenapa..apa sudah jadi dengan semua makhluk Allah. Sudah lupa pada janjinya, dan alam. Lupakah dikau pada mereka???. Apakah telah letih semuanya. Atau mata hati telah tertutup untuk melihat cahaya. Silaukah cahaya sehingga tidak boleh membuka mata. hehehe....

Kelihatan awanan membawa diri sarat di angkasa. Berarak dan berarak megah. Sebentar lagi hujan menyimbahi alam lagi.Alam gembira meski tanah semua basah. Kedinginan beburung menghindar diri ke dalam sarang...Hanya terdengar desiran air mencurah-curah...Sayang hujan tak lama, kan berhenti jua. Rahmat Allah melimpah kepada segenap makhlukNya. Terimalah...terimalah arus hikmah dan alir kehidupan kita. Alahamdulillah....

Sayang..lihatlah pelangi petang datang lagi nun di sana cantik berseri, dengan perbagai warna yang penuh erti. Meski hadirnya tak lama tetapi ia cukup bermakna. Aku amat mengaguminya...siapakah yang mampu memberikan cahaya itu? Siapakah yang mampu menghadirkan titisan jernih? Siapakah yang mampu membiaskan cahaya. meski pada lain suluhan lain pula kenanya...hehehe. Siapakah yang mampu menghantar pelanginya? Siapa yang mengizinkan mata hati ini merindui keindahan pelanginya...Siapa? Siapa?...melainkan semuanya anugerah Allah pada kita. Syukurlah....kita masih bernafas untuk merasai semua keindahan alamnya...alhamdulillah.

Sayang...berarak awanan mentari kembali ke lubang. Mega jingga senyum megah. Hadirnya senja sentiasa di duga. Alam tidak pernah membantah...senja adalah jua fitrah meyambut malam yang telah diambangnya...hehehe. Oh sayang...malam jua tidak buruk yang kita sangka. Malam yang gelap tetapi sentiasa berhikmah punya rahsia kasih sayang alamnya. Dalam malam ada hamba bermunajad mencuci dosa, bermunajad dikhabulkan segala pinta. Ada hamba mengalirkan airmata pasrah. Ada hamba bersujud menyerah diri kepada Pencipta. Ada jua hamba yang tidak pernah lelap mata. Malam jua teman kita. Tanpa malam tiadalah siang...tanpa siang tidak mungkin hadir malam..semuanya adalah untuk kebaikan insan. ya...alhamdulillah...

Sayang..tika keberadaan ku di sini. Suluhan nur hatiku sesuci peribadi...alhamdulillah aku tidak menyesali. Semuanya berhikmah, semuanya indah, semua baik belaka, semua cantik di lukisan potret kehidupan kita. Cantik wajah redha..jika kita hayatinya. Indah jua laut pabila bergelora. Berhikmah jua bumi ditimpa hujannya. Bergoyang pepohonan jua ada baiknya. Desiran bayu berpuput lembut atau derasnya jua adalah mengikut arahan. Berguguran daun kita tidak pernah marah..kerana semua kejadian adalah ketetapan dan ketentuan Allah telah tersurat dan tersirat rahsianya. MasyaAllah....alhamdulillah!!

Moga hati kita semua tenang dalam menempuh hari-hari kita. Agar semuanya dalam petunjuk dan rahmat Allah jua..kita berbaik sangka aja ya sayang...dan tetaplah kita menjadi sahabat selamanya...sesungguhnya Allah memandang kita di sudut hati yang baik dan takwa kepadaNya. saling doa mendoa itulah yang terbaik buat kita. amin.ya rabbal alamin.

salam dari kejauhan...sayang dari hamba..
ruhi abiddin'06
kalam redha.

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN