
~Jangan bertanya soalan… Andai kamu tiada pernah bersedia untuk menerima kenyataan… Andai jawaban tidak semahu hatimu pasti hati kecil kamu akan terasa…pasti pelbagai persoalan yang lain akan tiba… dan pasti ada bisikan syaitan menyelit bersama… ragu dan terus hilang percaya….~madah perindu.
~Kamu adalah kamu dan mereka adalah mereka… jadilah diri sendiri tiada perlu hidup dalam kepuraan…~mada perindu
~Tuhan itu adil…. tuhan itu lebih hampir… hati kamu resah? Itu kerana jiwa kamu tidak tenteram pergilah mengadu kepada pemilik ruh dan jiwa itu… dan jangan bertanya tuhan mana satu… sebab bukankah telah jelas dan nyata tuhan itu satu … tidak beranak… tidak juga diperanakkan…~madah perindu.
*nota kasih:
saya kutip dari blog perindu. Maaf kerana saya suka madah perindu..maaf kerana perindu tidak suka orang kutip mengutip. tetapi maafkan saya kerana saya telah mengutipnya..semoga ia adalah amalan soleh yang kelak akan perindu mendapat ganjarannya.Salah silap harap di maafkan...mana baik di simpan, mana yang buruk harap di buang dan dilupakan. ~ salam kasih sayang selamanya.
~ “Ada waktunya jawaban yang kita cari bukan diakhir perjalanan, bukan juga yang kita temui disepanjang perjalanan ini tapi diawal titik mula perjalanan, saat kita mulakan tekad melangkah menuju kehadapan” Biruviolet - Biruviolet LoveStory
~ “… disebalik senyuman itu, aku melihat kesedihan didalam matamu, kenapa kau masih tega berdiam diri, menahan gelora badai dugaan sendirian? Sungguh ketabahanmu itu seperti menghukum diri sendiri!” Ungumisteri - Biruviolet Love Story
~“… adakah kau pernah menyesal dengan apa yang kau lakukan sebelum ini?” UnguMisteri - Biruviolet Love Story
~“… ambillah masa untuk berehat… persoalan yang berlegar diminda itu membuat engkau terlalu letih…” UnguMisteri - Biruviolet Love Story
~“… ada waktunya aku tak pasti… adakah perjalanan ini akan temui titik akhirnya atau nadi aku yang berhenti berdenyut… aku tak tahu.. sementara itu biarlah aku menikmati segalanya dalam perjalanan ini” Biruviolet - Biruviolet Love Story
~“Engkau adalah orang yang sukar difahami… bukan?” Biruviolet - Biruviolet Love Story
~“Perlukah kita memahami segalanya, kerna ada tikanya kita tidak perlu sama sekali untuk memahami sesuatu perkara itu, kita hanya perlu biarkan masa memberi jawabannya” UnguMisteri - Biruviolet Love Story
~Adakah airmata itu lambang kelemahan? - Perindu
~ “Menegur itu tidak salah, cuma biarlah bertepatan dengan ruang dan waktu yang bersesuaian, supaya maksud tercapai dan tidak mengundang rasa kurang senang” Perindu
RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!