Terima kasih YANG TAK BERNAMA,
kerana kata-kata awak,
membuatkan saya tersedar.
sememangnya saya pun berdoa agar Allah memberi saya petunjuk dan hidayah,
agar membuka hijab saya..yang mungkin selama ini tertutup,
agar membuka mata saya..yang mungkin selama saya ini buta,
agar menyedarkan minda saya...yang mungkin selama saya ini alpa,
Terima kasih YANG TAK BERNAMA,
benarlah seperti kata awak..
cintanya tak ada untuk saya,
sudah tersurat bahawa cinta saya sentiasa ada untuknya,
sudah tersurat bahawa cinta saya sentiasa ada untuknya,
benar kata awak,
saya harus membentengi diri saya,
kerana sayalah yang boleh membentengi diri saya sendiri..
saya harus membentengi diri saya,
kerana sayalah yang boleh membentengi diri saya sendiri..
Terima kasih YANG TAK BERNAMA,
sebagai manusia kita tetap ada maruah diri,
walaupun disingkirkan oleh manusia dari hati hingga jatuh ke telapak kaki sekalipun.
tetap kita punya maruah jika kita mahu menerima ketentuan Allah,
CUMA SATU...kalau kita ingin menyintai manusia,
cintailah dengan seadanya.
TETAPI jangan lebih besarkan dia dari Allah..
walaupun disingkirkan oleh manusia dari hati hingga jatuh ke telapak kaki sekalipun.
tetap kita punya maruah jika kita mahu menerima ketentuan Allah,
CUMA SATU...kalau kita ingin menyintai manusia,
cintailah dengan seadanya.
TETAPI jangan lebih besarkan dia dari Allah..
Terima kasih YANG TAK BERNAMA,
kerana menulis tinta menyedarkan hamba.
kerana menulis tinta menyedarkan hamba.
insyaAllah saya akan berusaha membentengi diri saya,
saya akan menjaga maruah saya,
saya akan memulakan hidup baru saya,
kini Allah telah mengkhabulkan permintaan saya,
untuk mengetahui di mana saya berada.
Terima kasih kepada YANG BERNAMA CINTA,
kedatangan awak saya sambut dengan rela,
keberadaan awak saya kasih sayang selamanya,
tak akan berpisah ruh dengan jasad tanpa kematian,
suatu saat ruh dan jasad kan bertemu dalam lahat,
di sana nilai cinta kasih sayang yang hakiki,
doa luhur kasih suci nan abadi.
Alhamdulillah..
~salam kasih.
~salam kasih.
..............................
nota kasih:
sesungguhnya apa saja yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah, sesungguhnya apa yang terjadi dalam rentetan hidup kita jua adalah dengan izin Allah, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan jua adalah dengan ketentuan Allah, sesungguhnya datang dan pergi, keinginan membantu, kebaikan seseorang hamba itu adalah utusan Allah..terima kasih dan alhamdulillah..apa yang baik itu datangnya dari Allah, yang mana yang salah, kurang adalah dari diri sendiri..maaf jika saya selama ini telah membuat salah..semoga hati kita bersih dan selamanya memaafkan..Hanya cinta kasih Allah cinta yang terindah dalam hidup ini..amin.
No comments:
Post a Comment