Lewat pulang dari sekolah aku terus charge..hp. Betteri hp sumsung ni tak tahan sangat..kejap je tak sampai 3 hari dah tinggal seketul..Terkadang kejap je dah dia bagi isyarat batteri low...
Biarkan waktu dan pasir itu berserakan,
jika bibirmu,
jika susah...
untuk kau melupakan kesilapanku,
senangkanlah lidahmu untuk menghinakanku.
tapi...
ikhlaskan..
dirimu menziarahi dan bisikan padaku,
yang kau telah memaafkanku.
hari ini aku dapat puisi cantik...aku pastekan di sini..agar ia menjadi kenangan manis dan iktibar buat aku..Sememangnya aku suka puisi yang cantik2...apapun kita kena selalu think positif ..kerana berfikiran positif atau bersangka baik itu satu doa juga...dan semoga malaikat di langit sana mengaminkan doa2 kita.....insyaAllah...
Rinduku susut di celah nyanyian angin,
kasihku taruh di pura waktu..
bermusim...ku simpan resah.
Biarkan waktu dan pasir itu berserakan,
biarkan cahaya itu memancar.
menyala pada suram alam maya...
menyala pada suram alam maya...
Jika matamu,
berat memandangku,
berat memandangku,
ringankanlah kakimu pergi dariku.
jika bibirmu,
terpaksa senyum padaku,
relakanlah mukamu untuk berpaling dariku.
jika susah...
untuk kau melupakan kesilapanku,
senangkanlah lidahmu untuk menghinakanku.
tapi...
andai suatu hari
telingamu terdengar berita kematianku.
ikhlaskan..
dirimu menziarahi dan bisikan padaku,
yang kau telah memaafkanku.
moga kalimah terakhirmu itu,
menjadi pelita di kubur gelapku,
menjadi bantal tika lena panjangku..
~salam sayang
25052010
........................................
nota kasih:
Wahai Allah!
Jadikanlah diri kami cintakan iman, hiaskanlah iman itu di dalam hati sanubari kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang benci kepada kufur, derhaka dan ma’siat, jadikanlah kami dari golongan mereka yang bijak.
Wahai Allah!
Peliharakanlah diri kami daripada azabMu di hari yang Engkau akan bangkitkan hamba-hambaMu. Ya Allah ya Tuhanku kurniakan kepadaku syurga tanpa penghisaban.
Jadikanlah diri kami cintakan iman, hiaskanlah iman itu di dalam hati sanubari kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang benci kepada kufur, derhaka dan ma’siat, jadikanlah kami dari golongan mereka yang bijak.
Wahai Allah!
Peliharakanlah diri kami daripada azabMu di hari yang Engkau akan bangkitkan hamba-hambaMu. Ya Allah ya Tuhanku kurniakan kepadaku syurga tanpa penghisaban.
Sehingga kini...aku banyak belajar untuk berbaik sangka dengan orang lain...kerana selalunya prasangka buruk itu adalah mainan syaitan...sedang orang yang di sangka itu tak seumpama sangkaan sebenarnya...siapa yang membisikan kepada kita, siapa yang mahu kita merana, siapa yang tidak senang dengan kita, dia..dia...iaitu syaitan laknatullah...Semoga kita sentiasa berbaik sangka sesama manusia, itu lebih baik dan dekat menjurus ke syurga...Lalu pabila datang bisikan-bisikan jahat itu, senang2kan hati kita untuk istiqfar memohon ampun kepada Allah semoga dengan istiqfar itu dapat menjauhkan syaitan yang sentiasa mahu merosakkan insan...insyaAllah.
No comments:
Post a Comment