topbella
Showing posts with label PESANAN KASIH. Show all posts
Showing posts with label PESANAN KASIH. Show all posts

Monday, October 22, 2012

HARI ARAFAH....


Salam kasih sayang..
tadi Pak Ngah hantar PESAN lagi..

Dari Abu Qatadah r.a. Rasulullah S.A.W pernah ditanya tentang puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah). Baginda bersabda: Puasa pada hari tersebut dapat menebuskan dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang,  (Hadis Riwayat Muslim)

Hari  Khamis 25. 10. 2012 akan datang ialah hari Arafah bersamaan 9 Zulhijjah 1433 H. Bersama-samalah kita menghayatinya.... Marilah kita berpuasa....
InsyaAllah SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA, MAAF ZAHIR BATHIN.

Ruhi Abiddin,
22.10.2012
............................
nota kasih:
ya allah berilah aku kekuatan, aku nak berpuasa pada hari itu..
izinkahlah ya Allah...

Ya..Allah,
sungguh aku ini hambaMu ya kecil,
tak pandai menghantar persembahan yang baik tiap2 hari,
ada saja kesalahan yang aku buat tetapi aku tidak tahu,
aku selalu lalai,
aku kurang bertaubat..
maka ampunilah aku..
ajarkanlah aku untuk beramal yang solehah,
bersihkan hati aku,
jadikan aku redha apa yang Engkau rezekikan pada aku,
hanya rahmat dan kasih sayangMu yang aku harapkan...
pandanglah daku di bumiMu ini,
jangan Kau sisihkan aku.
jangan Kau lupakan aku.....
titipkan aku dalam rahmat kaish sayangMu selalu...
amin ya Allah.
padaMu kami semua akan kembali...
......................
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Sunday, August 5, 2012

Noktah itu...


salam kasih sayang
suatu hari aku tulis tentang noktah itu,
......        7 titik
......        6 titik
.....         5 titik
....          4 titik
...           3 titik
..            2 titik
.             1 titik,
Semoga Allah memberi kebaikan kepada kita selepas noktah itu. amin.

Aku ingin bertanya...
noktah mana kamu pilih...?

Aku pilih noktah yang satu itu.
dan aku perlu istiqomah dengan noktah itu...
kerana ia satu, aku tiada pilihan lain...dan aku tetap dengan pendirian aku..
Maaf andai aku tidak punya peluang untuk memberitahu...
kerana aku rasa lebih baik begitu...

Tahukah kamu...?
noktah itu...
juga membawa maksud pertemuan dan kebahagiaan.
juga membawa maksud perpisahan dan bermulanya pertemuan,
juga membawa maksud akhirnya sebuah perjalanan,
juga membawa maksud akhirnya sebuah kehidupan,
juga membawa maksud menemui lubang dan jatuh ke dalamnya.
itulah yang di namakan kematian..
tiap saat kita berjalan menujunya...

Tidakkah kamu sedia tahu...?
noktah itu biasanya titik bulat,
bulat itu sinonim dengan banyak benda,
bumi juga bulat,
bulan bintang matahari juga bulat,
keazaman, kekuatan digenggam juga bulat,
mata kita juga bulat,
bulat hati kepada sebuah pendirian..

Ya semoga
Allah memberi kebaikan tiap urusan
andai Allah ingin kebaikan kepada kita,
Allah membimbing kita ke jalanNya,
sungguh Allah tidak mencipta dua hati dalam satu rongga.
hati untuk membuat kebaikan tidak akan bersengkokol dengan hati yang mahu membuat maksiat.
syukurlah andai hati itu sedang tenang...
kerana jasad dalam kebaikan...
kerana hati itu punya IMAN dan TAKWA kepada Tuhan.

amin..
....................
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Friday, April 13, 2012

hidup ini....




hidup ini..
umpama sedang memandu di jalanraya,
anda pemandu yang bijak dan berhemah.
harus ada tujuan,
iaitu matlamat perjalanan, (kembali kepada Allah)
harus ada kemahiran memandu...hehehe. (ada ilmu pengetahuan agama)
tak pandai memandu emmm...bahaya. (tak da ilmu...susahlah hidup)
harus tahu jalan mana nak di lalui (tahu jalan yang benar)
jalan biasa atau lebuh raya agar cepat sampai dengan dengan selamat...hehehe.
harus hati-hati memandu agar tak kena saman (hati jangan buat apa yang Allah larang)
hehehe..
harus tahu masa yang baik untuk memotong andai perlu berbuat demikian...
hehehe..(berlumba tak salah asalkan untuk memajukan diri)
ya harus memandu dengan baik..(hidup dalam syariat Allah)
ikut peraturan jalan raya..(buat yang Allah suruh jauhi kemungkaran)
andai penat mengantuk berhenti sekejap rehat..di rr ...(dunia persinggahan sementara untuk beribadat dan mencari redha Allah taala)
dah segar teruskan perjalanan semula..jangan leka di tempat rehat..(teruskan perjalanan menuju negeri abadi)
ya semoga perjalanan kita selamat sampai ke negeri abadi ..
peliharalah kami..tunjukkan kami untuk beribadat kepadaMu, ya Allah, ampunilah kami..dan redhailah kami..amin.

Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Monday, March 19, 2012

Pesanan kasih..


RENUNGAN ♥ ♥ ♥

1st
Jika Anda BENAR, maka Anda tidak perlu MARAH
Dan jika ANDA SALAH, maka Anda TIDAK LAYAK MARAH

2st
Sabar dengan KEKASIH, itu namanya CINTA
Sabar dengan ORANG LAIN, itu namanya RESPECT
Sabar dengan DIRI SENDIRI, itulah KEPERCAYAAN DIRI

3rd
Jangan berpikir terlalu Keras mengenai MASA LALU,
Hal itu membawa AIR MATA

Jangan pula berpikir terlalu banyak mengenai MASA DEPAN,
Hal itu membawa KETAKUTAN

Hiduplah SAAT INI DGN SENYUMAN,
Hal itu akan membawa BAHAGIA.

4th
Setiap Cubaan dalam hidup kita,
Boleh membuat kita lebih LEBIH BAIK

Setiap masalah datang untuk membuat kita LEBIH BERPRESTASI,
Atau HANCUR SAMA SEKALI

PILIHAN ada di tangan kita,
Untuk menjadi seorang KECUNDANG atau PEMENANG….!!!

5th
Temukan hati yang indah dan tulus,
Bukan wajah yang Rupawan atau Menawan.

Hal-hal YANG INDAH TIDAK SELALU BAIK
Namun hal-hal BAIK SELALU INDAH.

~salam kasih sayang.
19032012
................................
nota kasih:
kata-kata di atas aku copi dari shbt fb..ya cantik sekali kata-kata itu..semoga melekat kat hati aku, hati kamu, hati kalian..dan semoga kita menjadi hamba yang tabah dan sentiasa redha dengan apa aja cubaan Allah dlm hidup ini..kerana hidup ni anugerah yang terindah..amin.
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Monday, March 12, 2012

Aquarium aku...






Salam kasih sayang...
Hari ni, aku gi market sumsung ni,
Cari cari, nengok nengok..tak sengaja terkelik wall paper ni,
Aku pun download masuk ke dlm hp aku...
Wah...cantik gak..nengok ikan ikan berenang renang...bahagia mereka nampaknya..
Tenang hati tenang jiwa sanubari....hehehe.
Ya...mereka dengan alam mereka. ?.kita dgn alam kita..sebenarnya alam kita lebih hebat andai kita sedar dan bersyukur.

Kalau anda nak juga boleh gi market cari ikan ikan ni...hehehe
Di anipet aquarium free wall paper...
Namun semua itu ada hikmahnya...

Ada otrg kata, kalau mengail ikan, dah dpt ikan jaga lekk lok...atau tangkap lepas semula...atau terlepas.. Jagan biar ikan tu menderita luka...sian...apa ja dibuat balasannnya pasti ada. Begitulah berbuat baik kepada makhluk Allah yang lain kelak melimpah limpah kebaikannya pada kita....ya insyaAllah...amin

Salam kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Monday, March 5, 2012

hati iitu kerjanya sbr....


.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Monday, January 30, 2012

Bertakwalah pada Allah dengan sebenar2 takwa...


Salam kasih sayang.

Tadi semasa sembang-sembang ngan guru-guru di dalam bilik guru,
ustaz sekolah aku masuk.
Aku bertanya ustaz: Ustaz saya nak tanya sikit. Ya orang sekarang kan banyak, dalam dunia akhir zaman ini selalu kita dengar....seorang isteri bercinta dengan suami orang, sedang suaminya tidak tahu, dan isteri orang itu pun tidak tahu. Ini seolah percintaan dalam rahsia antara mereka berdua.
Apakah hukumnya.?

Ustaz kata: memanglah berdosa besar.
seorang isteri bercinta dengan suami orang atau dengan lelaki lain,
seorang isteri...andaikata terbayang wajah lelaki lain, terlintas di hati, berkenan kepada lelaki itu pun dah berdosa, inikan pula bercinta, atau mesej-mesej dengan lelaki lain. sedang suami dia tidak tahu...
(*bersolat tapi solat itu tidak mencegah kemungkaran)

dalam keadaan begitu....
Dia perlu istiqfar, dan bertaubat.

Seorang isteri apa saja dia buat semua dosa itu semuanya tertanggung atas kepala suaminya...
kerana isteri itu di bawah tanggungan suami, tetapi suami buat baik dapat pahala pada isteri...
ya..dosa isteri suami tanggung.....
suami buat baik isteri dapat pahala sama....

Tiada manusia yang tidak buat salah, kalaulah namanya manusia pasti pernah buat salah, jadi pintu taubat itu sentiasa terbuka, cuma kita perlu sedar kesalahan dan masuklah untuk bertaubat kepada Allah, menyesali segala perbuatan dosa kita, berhenti melakukan dosa lagi, dan berazam untuk tidak melakukannya lagi. Kita harus kuat untuk berperang dengan syaitan ini, kerana ada syaitan yang tugasnya untuk menceraiberaikan suami isteri dan menyebabkan dosa kepada orang yang belum kahwin sehingga ke peringkat perzinaan..Maka tercapailah hasrat dan hajat syaitan itu...yang ruginya manusia penuh dengan noda dan dosa...

Memang kita tahu....
kerana syaitan juga menyebabkan nenek manusia Adam dan Hawa di keluarkan dari syurga. kita tahu, kerana syaitan juga menyebabkan Firaun terpedaya dengan kuasa yang dimilikinya, sehingga sanggup mengakui dirinya sebgi Tuhan yang boleh mencabut nyawa...
ya kerana syaitan juga Qarun Haman terpedaya dengan hartanya mereka yang banyak, mereka menjadi orang yang tidak bersyukur yang kelak mereka tenggelam dengan harta yang banyak itu...
kerana syaitan juga telah menyebabkan pertelingkahan anak nabi Adam, Khabil dan Habil.
kerana syaitan juga telah menyebabkan kaum Nabi Lut dimusnahkan oleh Allah
dan banyak lagi cerita tentang umat yang terdahulu,
yang semuanya ada pada ummat Nabi Muhammad di akhir zaman sekarang ini...
Ya andai kita bersalah...perbanyaklah istiqfar kepada Allah...semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana kejahilan diri kita sendiri, dan berjinak-jinaklah diri dengan solat taubat..semoga diri itu kembali dalam keadaan fitrah dan hati itu tenang semula.

Sungguh aku pun banyak dosa...andai ku punya salah dengan kalian, saya minta maaf andai tersilap cakap, terkasar bahasa, mengecilkan hati tuan/ puan semua...maafkanlah kerana tiada gunanya berdendam rasa bersihkan hati kita untuk sama-sama beribadat kepada Allah, kerana masa kita ini sangat singkat....

Ya...satu hari di akhirat bersamaan dengan 1,000 tahun di dunia. Andaikata 1 jam di akhirat bermakna lebih kurang 41.6 tahun di dunia. jadi kalau umur kita 50 tahun hidup di dunia, bermakna baru beberapa jam sahaja perkiraan masa di akhirat. Terlalu pendek tempoh hayat kita di dunia ini rupanya.......lalu apalah dunia ini hendak kita kejar-kejar sgt, kerana sekejap sahaja masanya kita untuk berada di sini. Jadi usahlah biarkan hal-hal yang tidak sepatutnya mengusai minda kita, menghancurkan hidup kita, membelenggu diri dan hati kita yang sepatutnya ada hal-hal yang lebih penting perlu kita buat dan dapat untuk mencapai syurga Allah....

Ya andaikata...telah tersedia jalan yang lurus untuk ke syurga maka bersepakatlah kita, saling bantu membantu beramai-ramai menuju ke syurga Allah yang penuh dgn pelbagai nikmat yang disediakan buat orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Itu janji=janji Allah. Janji Allah itu pasti...... masya Allah...subhanallah..Allah huakbar.

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Saturday, January 28, 2012

Solat kamu....


salam..
Ustaz kata...
solat itu dapat mencegah perkara keji dan mungkar..

Untuk solat, kita perlu bersih 3 perkara: dari sudut fiqah:
- tempat
- pakaian
- diri

tetapi dari sudut tasauf tambah satu lagi..iaitu...
- tempat,
- pakaian,
- diri,
- hati.

Bagaimana nak bersih hati kita..?????
ya...untuk bersih hati itu kita perlulah bertaubat...

Untuk bertaubat....kena faham 3 masa: iaitu,
masa lalu : menyesal segala dosa-dosa yang telah dilakukan,
masa sekarang : berhenti melakukannya dosa itu,
masa akan datang : berazam untuk tidak melakukannya lagi..

Kalau dosa kecil dan berterusan melakukannya dosa itu...ia akan jadi dosa besar.
dosa besar harus...... bertaubat nasuha.

Ulamat berkata..
"jangan kamu tanya, besar atau kecilnya dosa itu
tetapi tanyalah pada siapa kamu melakukan dosa itu"

samada kepada----> ibu bapa,
samada kepada-----> manusia lain,
samada kepada-----> alam
samada kepada------> pencipta kamu..

Dosa kepada manusia...wajib meminta maaf kepada manusia itu dan menyebut segala kesalahan yang telah kita lakukan...

Jadi harus takutlah untuk berbuat dosa kepada orang lain, kerana dosa itu tidak akan terampun andaikata orang itu tidak mengampun dosa itu.

Dosa dengan pencipta kita, insyaAllah, Allah akan mengampunkannya kerana Dia maha pengampun dan lagi maha penyayang.


Apabila kita hendak solat perlulah pastikan ke empat perkara tadi...
iaitu..
--->bersih tempat solat,
---->bersih pakaian kita,
---->bersih diri kita dengan wuduk yang baik,
---->bersih hati..kalau hati tak bersih penuh dengan dosa dengan manusia,
dosa dengan Allah yang masih belum terampun....
ditambah lagi..solat, tidak tahu maksud ayat-ayat yang dibaca,
mengerjakan solat dalam keadaan terburu-buru nak sudah,
tak tahu tujuan solat, dan sebagaimananya..sudah tentu tiada maknanya, sudah pasti kosong harganya...
sedar....di mana tingkatnya di sisi Allah..
berapa markah yang selayaknya diberi andai kamu penilainya...

Sungguh,,..hamba itu sanggup....
menghantar persembahan yang sebegitu (hampas) kepada Allah Tuhan pencipta kita,
Tuhan yang telah memberi segala nikmat tanpa meminta bayaran,
Tuhan yang tidak berhajat kepada hamba walaupun hambanya tidak beribadat kepadaNya,
cuma kita yang sentiasa mengharapkan Allah
sangat bergantung kepadanya..

oleh itu check solat kita....muhasabah tentang solat kita sehari-hari....

jadi ....bagaimanalah solat itu akan mencegah perkara keji dan mungkar,
oleh sebab itu..ada hamba yang bersolat..
tetapi solatnya tidak mencegah dirinya dari perkara keji dan mungkar...

Wahai Allah kurniakan kami cahayaMu, kurniakan kami nikmat dalam solat..kurniakan kami khusyuk dan tawadduk dalam solat..peliharalah kami dari azab api neraka...
Wahai Allah tunjukkan kami jalan yang lurus untuk ke syurga...
amin.

~salam kasih sayang..
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Friday, January 27, 2012

Ingatlah kasih sayang..

Renunganl

maksud ayat:...

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah- langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
~annur ayat 21

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)[
~annur ayat 26

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
~an nur ayat 31

Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus[1039], yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya)[1040], yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
~an nur ayat 35

Bertasbih[1041] kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang,
~annur ayat 36

~salam kasih sayang.
27012012
..................................................
Andai kamu mengucap Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, maka wajiblah menurut semua perintah Allah,

Andai kamu mengucap Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah maka segala yang diajar oleh Nabi Muhamad wajiblah dipatuhi dan mencintai Rasul Allah.

Andai kamu berikrar dengan lisan, harus sampai ke hati, Niat tulus kerana Allah barulah menjadi ibadat. Tugas hamba itu apa? Tugas hamba itu beribadat kepada penciptanya....

Andai ikrar di mulut tetapi amalan bercanggah dgn apa yang diikrarkan, masih melanggar perintah Allah dan Rasul Allah, maka munafiklah namanya orang itu, berpura-pura beriman sedang amalan seharian bercanggah dengan perkataan yang di ucapkan.

Andai kamu berkata kamu menyinta sudah pasti harus berkorban apa saja. Allah sangat pengasih lagi penyayang memberi nikmat kepada hambaNya tanpa meminta bayaran, kita ini sangat berharap dan bergantung kepadaNya...

Andai kamu kata beriman kepada Allah dan RasulNya sudah pasti ada cobaan untuk menguji keimanan samada ada atau tidak iman itu, samada kukuh atau lemah iman itu, samada kuat atau tidak iman itu. Wahai Allah bantulah kami untuk beriman dan bertakwa kepadaMu. sesungguhnya kami ini hambaMu yang kurang ilmu tambahilah kami dengan ilmu yang berguna, sungguh kami ini lemah kuatkanlah kami dengan pertolonganMu.. amin.

Sekadar renungan buat diriku yang lupa...

Semoga Allah memberi kita kefahaman terhadap agama Islam, agama Allah yang benar, agama yang kita anuti, tunjukkan kami jalan lurus itu untuk ke syurgaMu, tetapkan kami di jalan lurus itu sehingga akhir hayat kami ...amin.
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Friday, December 23, 2011

Mulakan hari ini dengan salam..

SALAM BAHAGIA & SALAM CERIA SAYANG...

MULAKAN HARI mu dengan KESYUKURAN...
MULAKAN SOLAT mu dengan A'UZUBILLAH..
MULAKAN DOA mu dengan BISMILLAH...
MULAKAN KERJA mu dengan NIAT YANG BAIK...
MULAKAN AMAL mu dengan KEIKHLASAN...
MULAKAN TAUBAT mu dengan KEINSAFAN...
MULAKAN SILATURRAHIM mu dengan BERJABAT TANGAN...
MULAKAN KEAZAMAN mu dengan RESTU ALLAH...
MULAKAN PEKERJAAN mu untuk mendapat KEREDHAAN ALLAH...

Kerana..

"PERMULAAN yang BAIK, InsyaALLAH akan menentukan PENGAKHIRAN yang MULIA..."-)

~salam kasih sayang.
....................
nota kasih:
mulakan niat berbuat baik kerana Allah,
semoga melimpah-limpah rahmat kasih Allah...kerana ada rahmat kasih Allah itu, air terus mengalir, hujan terus menyirami bumi, Allah masih memberi tangguh kepada hamba yang berdosa, Allah memberi keampunan dan banyak lagi..Alhamdulillah..rahmatilah kami..ya Allah, sungguh kami hambaMu yang tidak tahu dan selalu lalai..ampuni kami..amin..

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Sunday, August 14, 2011

Wanita solehah...


Sekadar renungan untuk difikirii.~~~
Salam peringatan...

Al-KHAWARIZMI
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang "1" tiada,
maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0".

Wanita solehah tidak pernah membisikkan rasa sayu, tidak pernah rasa keresahan jika tidak pernah didambakan oleh mana-mana lelaki. Tetapi hanya mendambakan cinta Ilahi yang diutamakan.

Keindahan rupa paras yang mempersona tidak pernah terhakis dengan hasutan Syaitan. Keaiban diri sendiri tidak digayakan. Keindahan susuk tubuhnya ditutupi mengikut syariat, keindahan itu dijaga. Wanita solehah itu tidak pernah menghiraukan akan balasan atas segala kebaikan yang diberikannya, tetapi keikhlasan di hati itu yang dijaga.

Keikhlasan di hati yang tidak ada sesiapa yang dapat dijangka, kerana tiada siapa tahu apa ada di hati kecuali Ilahi. Erti hidupnya hanya pada memberi. Suka berada di bawah, kerana yang di bawah hanya perlu meminta, meminta pertolongan Ilahi.

~salam kasih sayang..
..................................
kutipan dari:
RG2011... Al-KHAWARIZMI : 4 pilihan ciri2 wanita
From:
Naim Qlate
Add to Contacts
To:
sahbat sim..tq banyak2..kerana catatan ini..
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kareem...


salam..
semua orang tahu..
kalau begitu, bingkisan ini sebagai ulangan buat peringatan kalian dan untuk diriku
sendiri...
kalau rajin bacalah..kalau dah pandai abaikan saja..semoga anda diberi kekuatan untuk mengamalkan amal soleh dan solehah, dan ibadat=ibadat yang lain agar menjadi persembahan yang terbaik...amin.

BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

>Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
>Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
>Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka
>Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
>Banyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
>Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
>Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
>Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

nia aku copy dari..laman ni.nak tahu lebih masuklah..ke sana..k..


sayang...
Jika aku bukan PELITA yang mampu MENERANGI malam, memadailah aku menjadi KUNANG-KUNANG yang MENEMANIMU di kegelapan malam agar lenamu panjang." -kasihsyg-

..........................
terimalah pantun ni...

Bulan ramadhan bulan rahmat, berkat dan magfirah
semoga kita diberi kekuatan menghidupkan malam2nya...
maafkanlah khilaf aku andai aku telah bersalah
semoga kita berbaik2 sentiasa berbaik-baik sangka.

selamat berpuasa...ya..senyum penawar jiwa.

.....................Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Monday, July 4, 2011

Pesan kasih sayang.


Peringatan kasih:
Jangan mudah percaya orang lelaki,
kecuali sedara sendiri,
Jangan mudah tertipu dengan bicara lidah yang tidak bertulang
yang manis dipendengaran,

Memang dia baik....
Orang baik hati kita mudah jatuh cinta,
tapi bila orang tak peduli kita akan kecewa,
Bila pintu hati telah dibuka,
cinta akan lari daripada kita,
hati akan menangis airmata akan mengalir,
kerana merasa diri disisihkannya...

Jangan buka pintu hati kepada orang yang kita tidak kenal,
kelak seksa diri makan hati sorang-sorang.
k sayang...kak ngah harus hati-hati.
sentiasa solat, doa dan sabar,
sentiasa memohon pertunjuk dan hidayah Allah,
sentiasa meminta bimbingan Allah untuk lakukan sesuatu pekerjaan,
sentiasa memohon kekuatan untuk beramal,
andai sesuatu itu baik mohon Allah tetapkan hati,
andai sesuatu itu tidak baik mohon agar redhalah hati dengan ketentuan Ilahi,
Biar sesal dahulu pendapatan,
daripada sesal kemudian tiada berguna lagi...

~salam kasih sayang.
30.06.2011
.........................................
nota kasih:
nasihat itu perlu umpama air yang sentiasa mengalir agar memberi manfaat kepada manusia. Manusia itu perlu kepada peringatan kerana mereka sering lalai dan lupa...beruntunglah manusia yang mengambil iktibar daripada kesilapan diri sendiri untuk menjadi panduan buat hari esuk...atau hari muka..tetapi jangan salahkan kelmarin kerana kejadian hari ini, jangan salahkan esuk kerana esuk belum terjadi lagi...tetapi ambillah ia sebgai hikmah kerana hikmah takdir hari ini... kerana adanya kesilapan kelmarin yang sakit. Sementara hari esuk itu menjadi lebih indah kerana pengajaran hari ini yang unik. emmm..ye kan..

ya salam kasih sayang...semoga kita semua bersyukur dengan takdir hari ini untuk menjadikan kita lebih matang dan lebih bersemangat untuk beribadat dan bangun bertahajud di waktu fajar...indahkan takdir Allah bagi yang mahu memahami....

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Friday, April 15, 2011

Surat untuk kasih...

Terima kasih kerana memberikan cinta itu kepada saya...alhamdulillah..

Kekasih… Setiap malam aku merenung ke dada langit dan kulihat bintang­bintang rindumu bergermerlapan di sana. Betapa aku bahagia kerana aku tahu saat itu bukan hanya aku malah dirimu juga turut merindui, kerana terlalu banyak bintang yang bersinar di langit tinggi.

Kekasih… Bahasa apa yang patut aku bicarakan bagi mempersembahkan rindu di dada ini? Kini hanya tinggal tutur mata yang buat menulis lembaran rindu yang jika diperkisahkan nescaya tidak akan tamat selamanya. Sehingga tiba saat yang telah ditetapkan Tuhan untuk aku, dirimu dan kisah cinta kita ini. Dan di waktu itu kita akan pasrah dan redha segalanya yang telah ditakdirkan Tuhan.

Tuhan… Dengan namaMu aku bermohon dan dengan sebab cinta aku berharap. Tunjukkan aku jalan yang sebenar dalam menghadapi cinta. Jangan Engkau biarkan aku hanyut dalam rindu sewaktu gelombangnya menenggelamkan jiwaku bersendu. Hanyut aku kelemasan jika tanpa secebis rahmat daripadaMu. Wahai Tuhan….

Tuhan... Aku cukup bahagia begini walaupun kadang-kadang rindu ini terlalu mencengkam jiwa. Bahagiakanlah dia sebagaimana Engkau bahagiakan aku dengan cintanya. Rahmatilah dia sepertimana Engkau rahmati aku dengan kasihnya. Peliharalah dia sebagaimana Engkau pelihara diriku dengan rindunya. Jadikanlah cintaku ini tulus, kasihku ini suci dan rinduku ini benar. Jadikanlah semuanya itu seumpama sirna cahaya yang menerangi kelamnya perjalanan di malam hari.

Tuhan… Rahmatilah cinta kami, berkatilah kasih kami dan sucikanlah rindu kami. Satukanlah hati kami dengan namaMu. Ikatlah cinta kami atas jalan keredhaanMu. Matikanlah kami dengan cinta yang akan membawa kami menghadapi Mu dengan cinta.


Tuhan… Jadikanlah kami orang yang memberi petunjuk dan mendapat petunjuk. Yang tidak menyesatkan dan tidak disesatkan. Damai dengan para kekasihmu dan memusuhi kepada musuh-musuhmu, demi cinta kami kepadaMu, kami mencintai orang-orang yang Engkau mencintainya. Dan demi permusuhanMu, kami akan memusuhi orang-orang ng memusuhi Engkau.
~salam kasih sayang...
sayang kasih selamanya....sayang.!!!
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Friday, December 31, 2010

Cinta kasih


malam ni tiba-tiba aku nak buka blog aku...
setelah 2 hari aku telah berbungkus...pala ni masih pening..pusing-pusing..mata pun masih berair..

lalu aku menulis..aku teringin nak tulis puisi tatkala aku sakit...tapi tak tertulis-tulis lagi...
aku terjumpa laman ini...
aku suka dengan catatan ini....
.........................................

Hehehehehehey ... simak aja percakapan antara Customer Service ( Cs ) Dengan Pelanggan ( P)

Customer Sevise ( Cs ) : Ya .., ada yang bisa saya bantu ??

Pelanggan ( P ) : Baik .., setelah saya pertimbangkan , saya ingin menginstal cinta kasih . Bisakah anda memandu saya menyelesaikan prosesnya ??

Customer Sevise ( Cs ) :
Ya .., saya dapat membantu anda , Anda siap melakukannya ??

Pelanggan ( P ) : Baik , saya tidak mengerti secara teknis , tetapi saya siap untuk menginstalnya sekarang . Apa yang harus saya lakukan dahulu ??

Customer Sevise ( Cs ) :
Langkah pertama adalah membuka HATI anda . Tahukan anda di mana HATI anda ??

..........................................

nota kasih:

Persoalannya:

1. Tahu tak anda di manakah hati anda.itu?..

2. Bagaimanakah rasanya jika anda tidak dapat menginstalkannya?

3. Bagaimana rasa jika kehidupan anda "tanpa cinta kasih itu".?

semuanya hanya ada dalam rahsia Allah taala..masyaAllah.

sumber : aku kutip dari sini.http://www.coretanku.net/home.html

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Wednesday, December 1, 2010

MasyaAllah...


Maksud Kalimah MasyaAllah

SunanDrajad "Mesej dari sahabat cyber ana.... rase sesuai kalau dihantar disini... harap-harap ia dijadikan ikhtibar buat kita bersama Pengunaan "Masyaallah" dlm percakapan seharian.

Sebarkan kepada kawan/sahabat. kadang2 kita terpengaruh dengan movie, terutama cerita p ramlee yang banyak menggunakan "MasyaAllah dalam situasi yang silap. bayangkan jika anda forward kan kepada sahabat2 lain, pahala akan terus berganda macam juga buat selling-networking.

Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dengan situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika anak2 kita buat perangai nakal. Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG . Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi- wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dengan situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah"Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) atau pun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali)." Sepanjang pengetahuan saya, Allahuakbar itulah ALLAH THE ALMIGHTY.... Yellow Question Yellow Question Yellow Question Minta Ustaz2 atau sesiapa saja yang mahir Bahasa Arab meresponnya...

Wallahua'lam.

***************
kamin Panel Feqh

.....................

nota kasih:
semoga dengan pengetahuan ini kita beramal yang sebenarnya..kalau sesuatu yang menunjukkan kekaguman kita katalah...masyaAllah..tabarakallah.. sebaliknya kalau sesuatu yang tak baik kita kata astaqfirullah..al azim...Jadi di sini saya peringatkan anda dan diri saya juga untuk mengamalkannya..insyaAllah amin
......................................................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Wednesday, July 14, 2010

Syaaban ini....




MADAH KASIH:

~ Bulan SYA’ABAN keagungan malamnya dengan NISPU SYAABAN seperti keagungan RAMADHAN dengan LAILATUL QADARnya..

~Sabda Rasululullah S.A.W, Bahawa kelebihan REJAB atas BULAN-BULAN LAIN seperti kelebihan QUR’AN atas segala KALAM..

~ Kelebihan SYAABAN atas BULAN-BULAN LAIN seperti kelebihan AKU atas segala AMBIA’ (NABI-NABI)

~ kelebihan RAMADHAN atas BULAN-BULAN LAIN seperti kelebihan ALLAH atas segala MAKHLUKNYA.

kasih4u
14072010

.....................................

nota kasih:

Allahumma. aku teriaga olehMu dalam nikmat, afiat (keselamatan dari bala bencana), dan teriaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa)ku, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu dan penjagaan-Mu itu atasku, di dunia dan akhirat. amin ya rabb...

Rezeki awak dalam rezekiku...



Sebenarnya Allah meminjamkan harta, wang ringgit, suami atau isteri dan anak-anak untuk sementara. Itu semua adalah milik Allah Taala, Bila-bila masa Allah mahu mengambilnya kita tidak boleh marah. Allah memberikan kita rezeki kita syukuri, Allah memberi kita pendapatan bulanan kita menggunakannya lebihan kita simpan. Selagi mana wang itu kita simpan …ia bukan lagi menjadi rezeki kita. Wang itu milik Allah. Allah berkuasa untuk memberikan rezeki pada siapa hambaNya yang dikehendakiNya. Dengan izin Allah jua aku meminjamkannya pada awak. Mungkin jua kerana ketakwaan awak kepada Allah, wang itu menjadi milik awak bilamana awak menggunakannya untuk keperluan awak. Sungguh kita cuma menyimpannya, tiba masanya wang itu menjadi milik orang yang lebih berhak dan bertakwa kepada Allah sementara aku tidak berdaya menghalangnya…

Allah memberi rezeki yang tidak disangka-sangka kepada awak kerana keredhaan awak terhadap kehidupan dunia awak yang sederhana. Jika aku bertakwa dan lebih ketakwaanku kepada Allah aku jua akan mendapat rezeki yang tidak disangka itu…Wang yang kita guna untuk kebaikan kita samada membeli makanan, pendidikan atau pakaian dan lain-lain untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat itulah rezeki dan milik kita yang sebenarnya. Kerana apa...kerana sesungguhnya rezeki seseorang hamba Allah itu telah di tulis dan sampai masanya kita semua akan mendapatkannya...oleh itu marilah kita bersyukur dengan nikmat rezeki yang telah Allah anugerahkan melalui hamba-hambaNya. Lagi pulak rezeki-rezeki yang banyak melimpah ruah itu tanpa diminta bayaran...masyaAllah..
Insya Allah..

kasih4u
14072010
........................................
nota kasih:
"Allahumma, nikmat apa pun yang kuperoleh dan diperolehi seseorang di antara makhluk-Mu adalah dariMu, yang Esa dan tidak bersekutu, rnaka bagimu segala puji dan syukur."

Sunday, May 16, 2010

Sejahtera Guruku...



salam..

JASAMU GURU….
“Jika hari ini, seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hati ini seorang Raja Menaiki Takhta,
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia,
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka,
ingatlah….
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru Biasa…”

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA dan di DUNIA JUGA, YANG MENDIDIK TULIS DAN BACA..
SEMOGA SEMUANYA DALAM SEJAHTERA DAN BERSEMANGAT WAJA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN MENDIDIKAN ANAK2 BANGSA. INSYA ALLAH.

~Salam kasih sayang.
.........................
Nota kasih:
tak apa tak bagi hadiah pun tak apa..cikgu bukan nak hadiah daripada kamu, cuma kalau kamu jadi anak2 yang soleh dan solehah itulah hadiah sebenarnya dan terbesar buat cikgu.....dan ucapan salam kamu buat cikgu itu sudah memadai sayangku....semoga kita semua sejahtera ..dalam rahmat kasih sayang Allah taala..amin.

Thursday, May 13, 2010

Mengolah kebencian menjadi cinta..



Disaat kehidupan penuh kebahagiaan, tiba-tiba dihempas oleh peristiwa yang mengejutkan. Kita kehilangan orang yang kita cintai atau kehilangan kedudukan, mungkin jabatan. Tanpa kita sadari kemudian kita mencari kambing hitam. Mencari seseorang yang patut kita persalahkan. Kebencian menjadi nyata. Kemarahan tak terelakkan. Dendam menjadi menguat dalam hati.

Tapi pernah kita menyadari bahwa peristiwa itu sesungguhnya telah mengantarkan jiwa ke pintu gerbang kemuliaan. Dengan melalui berbagai penderitaan, ujian, kecemasan dan kesedihan sesungguhnya Allah telah meletakkan diri kita sebagai kekasihNya. Kekasih yang memahami makna cinta. Kita sebagi wujud wakil diriNya, penyebar cinta dan kasih sayang. Perwujudan dari sifat Rahman dan RahimNya. Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kebencian pada dasarnya wujud manusiawi pada diri kita ketika kita sedang ditimpa ujian dan penderitaan karena kita memang merasa perlu mencari orang lain yang dipersalahkan. Membiarkan diri penuh kebencian di dalam hidup justru menambah penderitaan dengan derita. menyiram luka dengan air garam. Menambah perih dengan keperihan yang lebih dalam. Air mata menetes tanpa muara.

Mengolah kebencian menjadi cinta, kita maknai bahwa setiap peristiwa apapun yang terjadi pada diri kita adalah sebagai perwujudan kita sebagai seorang Mukmin. Nabi Muhammad menyebutkan sebagai sesuatu yang menakjubkan pada diri seorang mukmin sebab peristiwa apapun yang terjadi pada dirinya semuanya terasa indah. Mendapatkan nikmat dirinya bersyukur, mendapatkan musibah dirinya bersabar.

Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin. Bila mendapatkan nikmat, ia bersyukur dan syukur itu baik baginya. Bila mendapatkan cobaan, ia bersabar dan sabar itu baik baginya. (HR. Muslim).

Tidak ada kebencian. Tidak ada kemarahan. Tidak ada dendam karena seorang mukmin menyakini bahwa semua itu wujud kasih sayang Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Bila kita tahu semua itu adalah wujud kasih sayang Allah, lantas kenapa kita harus membenci makhluknya? Itulah cinta kita sebagai wujud kasih sayang Allah kepada diri kita.

sumber asal: From: email (SIM)
muhamad agus syafii

Add to Contacts
To: agussyafii@yahoo.com

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN