hadir tandatanya
tentang mimpi semalam,
seumpama ia pernah berulang.
pergelutan dan perbicaraan,
pergelutan dan perbicaraan,
meminta pelepasan.
Subuh ini..
aku menyedari
belas memenuhi ruang hati,
aku tak tertahan,
aku dihimpit kesedihan
jiwa keresahan.
Subuh ini..
lahir keinsafan suci.
dari lubuk hati kasih,
dari lubuk hati kasih,
titipkan aku kekayaan hati,
agar lapang hati ini,
mengharungi ujian kasih.
mengharungi ujian kasih.
~salam kasih sayang.
07.05.2010
07.05.2010
....................................
nota kasih:
usah bersedih pada semalam, kerana semalam adalah pengajaran untuk memperbaiki amalan siang. Semalam adalah hidupku yang telah aku tinggalkan..subuh itu harapan yang akan aku perjuangkan...Aku percaya pada kasih sayang yang Maha Esa yang memberikan kekuatan untuk bersolat. Subuh yang penuh keberkahan penuh kesyahduan. Alhamdulillah...sebentar nanti dhuha datang kan memberi salam. Ya...salam kasih sayang buatku, dan salam kesyukuranku buatMu wahai yang Maha Penyayang...Alhamdulillah, kerana Kau memberi kami nyawa dan iman, selamanya dalam dalam kebaikan..amin
No comments:
Post a Comment