salam..Hari ini 18 Mei 2010, dah berlalu 2 hari "HARI GURU" ritu. Hari guru kali ini aku tidak mendapat banyak ucapan mesej daripada kekawan. Mungkin juga aku tak hantar kepada kekawan kot sebab tu aku tak dapat balasan ucapan... lagi pulak badai taufan bertiup hidup aku tak keruan...tetapi aku kembali tenang tatkala dhuha datang...aku rindu dhuha, ia selalu menasihatiku untuk bersabar dan tabah sentiasa...dhuha mendekatkan mana yang jauh...dhuha juga menjernihkan hati yang kelabu. dhuha juga mencerminkan diriku agar aku nampak jelas siapa diriku sebenarnya...dhuha juga membuatkan aku redha dan pasrah....
Sememangnya benarlah seperti yang di kata...apa yang kamu beri itulah yang akan kamu dapat, jika melabur banyak maka akan dapat banyak dividen..kalau usaha lebih akan dapat dapat banyak kejayaan, jika kita pemurah maka bukan orang itu yang akan membalas kebaikan kita tetapi Allah s.w.t akan menganugerahkan rahmat dan kasih sayangNya....
Cuma mesej daripada kawan satu kelas msc aku dulu (mek klate)...yang anto ke aku....
mesejnye gini...
"'Guru' bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU....' Guru' juga juga kadangkala seperti TV3 kerana MENJADI INSPIRASI HIDUPKU...yang pasti 'Guru' juga bagaikan TV9 DEKAT DI HATI... dan paling penting, Guru' juga bagaikan PACKAGE ASTRO kerana MACAM-MACAM ADA..."SELAMAT HARI GURU......."
emm...tapi aku tak forward kat sesapa pun..sebab aku tak minat nak forward2 sebab aku tak setuju kalau guru itu macam TV-TV ja...atau macam ATRO...kerana guru adalah segala-galanya bagiku...
Tugas guru itu murni, sangat mulia kalau betul niat, matlamat dan caranya.
Sungguh aku suka sangat catatan puisi Usman Awang. Aku petik sedikit kata-kata beliau aku titipkan dalam brosur hari guru sekolah aku...
" Dialah pemberi paling setia, Tiap akar ilmu miliknya..
Pelita dan lampu segala,
untuk manusia sebelum menjadi dewasa.."
dan lagi...
"JASAMU GURU….
“Jika hari ini, seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hati ini seorang Raja Menaiki Takhta,
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia,
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka,
ingatlah….
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Gutu Biasa…”
Aku memang suka dengan kata-kata itu...terasa benar dan telus menusuk hati...terasa sedar dan sungguh redha dengan profesyen ini.....Aku suka dan amat bersyukur pada Allah menjadi GURU.....
kepada semua guru..,ketentuan Allah dan rezeki untuk menjadi guru..sesuatu yang terbaik..semoga kita semua bersyukur...insyaAllah.
~salam kasih sayang..
No comments:
Post a Comment