
Sunday, July 6, 2014
rUHI kASIH
Marhaban ya ramadhan kareem
Kamu Ramadhan Tetamuku,
Silalah duduk,
menetaplah di hatiku,
limpahkan rahmatMu,
Limpahkan barkahMu,
semoga terhindar aku dari azab nerakaMu
sentiasa aku berpuasa di siang hari,
dan menghidupkan kamu di malamnya nanti..
aku rindu kamu...
rindu yang teramat rindu.
hanya Tuhan yang tahu.
salam kasih sayang
ruhi abiddin
06 Julai 2014
..,..................... Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
Friday, June 22, 2012
antologi warkahkasih
dua tiga hari ini...tak online...
internet kat umah osak...hehehe.
beli modem lain...sekarang dh ok...
pas tu aku try buka blog aku..
terasa rindu tak nulis nulis...
terasa diri sunyi semacam ja...
ya la teman yang selalu menghibur aku takdak...
aku jumpa laman ni...
aku pastekan gambarnya di sini...
emmm...terfikir aku kalaulah aku buat antologi sajak aku...
yalah sajak kasihsayang...dlm warkahkasih ini..ekekeke
banyaknya sajak aku...
dari tahun 2005 hingga 2012 emmm....
hai...ternyata kita boleh buat perkara perkara yg diluar kawalan ...andainya kita berada di alam tersebut....
walau bagaimanapun itulah...
KEAJAIBAN dlm Lukisan Hidup kita yang terindah...
aku syukur padaMu ya Allah kerana mengurnikan kewarasan minda pada hamba...walaupun dulu aku pernah meminta agar aku menjadi orang yg lupa kelak aku boleh melupakan kamu...tetapi Allah tak berikan aku kerana Allah tahu apa yang terbaik buat aku...alhamdulillah ya Allah...
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
Wednesday, April 18, 2012
Pulau Mutiara...


Friday, March 30, 2012
Menanam redha menuai takwa

Thursday, March 22, 2012
Aku tak marah walau kamu marah..emm

Salam kasih syg...
Allah memberi petunjuk dan hidayah pada kamu
Wednesday, March 14, 2012
detik bersama itu indah...

sayang...
Cuti dah nak abis....kerja masih menimbun..hehehe
Kalau pikir kerja tak abis,
Dalam bekerja kena fikir juga kebajikan untuk diri sendiri,
Ya untuk kebaikan diri sendiri....
Hati itu jangan sedih,
Hati itu harus bersih...
Hati itu jgn prasangka buta..
Hati itu harus sentiasa memaafkan saudara...
Sayang cantikkan gambar tu....
Andai kamu tahu...andai kamu bisa mengerti.
Itulah bahagia. ?andai kita dpt bersama
Berbicara tentang detik indah...hehehe
Jumpa lagi..
Salam kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
Sunday, March 11, 2012
papago
Salam kasih syg.....
Kelmarin aku bersama papago gi pahang. Bandar pusat jengka. Hehehe...gi tengok anak dara mama.
Aku try guna papago... Emmm ok gak. Masa nak balik, tu screen capture atas..
Ya... Senang, ya set ja tempat mana nak dituju, papa kan tunjuk. Dan di tempat tertentu juga papa tu kan tunjuk kamera juga...dia akan bunyi tit..tit... Hehehe tahu la ada kamera perangkap had laju. Terima kasih papa go..mudahkan hamba.
Ii.o3. 2012
Hari bersejarah buat kamu dan aku..alhamdulillah.
Wednesday, February 29, 2012
hakikat kasih sayang....

dan airmata itu yang selalu aku buang..
Firman ALLAH SWT
Thursday, January 12, 2012
Kamu.... boleh aku bertanya..???

Saturday, January 7, 2012
Puisi Cinta ini...

Saturday, August 20, 2011
Duit raya...

Mimpi Kasih...

semoga beruntung di dunia, bahagia di akhirat sana. amin.
Monday, July 25, 2011
Redhalah ruhi

hamba redha Ya Allah.
Saturday, July 2, 2011
Warkah kasihku

Warkah kasih ku
sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya,
dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad saw
sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya
dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad saw
sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya
dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad saw
sebagaimana yang telah Engkau perintahkan"
perasaan cintaku kepada hambaNya, iaitu kamu.
Aku merindui Tuhanku, Aku merindui Nabiku,
dan aku panjangkan syukurku kepada Allah
kerana mengurniakan perasaan rinduku kepada kamu.
kerana mempertemukan kita setelah sekian lama berpisah,
perpisahan kita dulu adalah kerana kejahilanku,
sebagai hamba Allah,
dengan kebesaran Allah, dengan kekuasan Allah,
dengan kehebatan suatu doa hamba yang telah insaf,
agar kita disatukan dibawah nur dan naunganNya
bersama keberkatan dan keredhaanNya.
dan aku ingin mengingatkan mu akan pesan mu itu
dan menjadikan ia sebagai pesan ku kepada mu iaitu : Laila haillallah,
Muhammad Rasulallah.
kerana Allah kita berhubungan seadanya.....
Bahawa dunia ini bagaikan setitis air di laut
dan selebihnya adalah akhirat.
Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang,
kurniaNya besar dan tidak terhingga nikmatnNya,
Maka marilah kita renungkan bersama dan
dan mempersiakan kurnia Nya, dan atas rahmat Nya,
maka bersamalah kita melihat
dan hayati lah kebesaran dan keagungan Nya,
marilah kita sama mendengaran
dengan kusyuk akan firman Nya, janji Nya, peringatanNya,
dan janganlah kita lupa mengangungkan dan memuji-muji Nya,
aku mengasihi mu kerana Allah,
dan aku menyayangimu kerana Allah
dan aku merindui mu kerana Allah
dan aku merindui Agama yang ada bersama mu.
maka hilanglah jua cinta kasihku terhadapmu...
dan jua kekasih ku di akhirat kelak.
dan untuk menghayati untuk berzikir kepada Allah...
sungguh dengan izin Allah menghendaki apapun
andai Allah menghendaki Allah akan berkata KUN..
maka JADILAH...cinta itu milik Allah andai Allah ingin memberi
amat mudah bagi Allah tetapi andai Allah mahu menguji lagi..
.terserah kepada kehendak Allah,
segalanya adalah yang terbaik buat hamba Nya..
.redha adalah terbaik buat kita...
"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
Monday, June 27, 2011
Rasa-rasa cinta kasih

Engkaulah yang mencipta aku, Engkau yang memberi ruh padaku, Engkau yang maha mengetahui diriku, Engkau yang memberiku hati, Engkau yang memberi rasa-rasa ini, Engkau yang maha mengerti akan rasa-rasa yang ada, sampai bila aku harus meratapi dan menangis begini, mengapa aku harus tenggelam dalam lautan cinta buta ini lagi...mengapa ya Allah...
Engkau telah memberi aku pelajaran yang baik, dan akan ku ingatinya sehingga akhir hayatku. pelajaranMu ini sangat hebat sehingga aku tak pernah berhenti untuk menangis...
mengapa aku sahaja yang merasa ini semua, mengapa aku sahaja yang menanggung derita jiwa..mengapa aku sahaja merasa sakitnya. Rasa-rasa itu menikam2 umpama duri-duri yang menusuk hati, aku tak tertahan lagi ya Allah...Engkaulah yang maha mengetahui...
Saturday, February 5, 2011
Selamat tinggal kasih
Salamku yang terakhir buatmu sayang...
As'kum, terima kasih kerana sudi bertandang lagi di pondok itu. Melihat saja namamu hatiku teramat gembira….!! ya…moga kegembiraan itu masih kau miliki ia..
Meskipun begitu….izinkanku sayang mengundur diri saja dari pencarian ini, kerana siapalah aku untuk menggapai bulan di sana, sedang aku tidak mampu menyediakan segala…tangan dan jari-jemari ini serasanya tidak mampu lagi..memanggilmu..siapalah aku..untuk berada di sisimu..siapalah aku untuk berada di dalam hatimu..siapalah aku dipinggir keegoanmu itu…aku sedari siapa diriku..betul kata2 kamu..tu..manusia….cakap lain tp buatnye lain, hanya diri yg tau apa yg tersirat di hati, apa maksud yang tersurat dan tersirat tu…
Ye..saya sambut salam dari seberang..untuk ku bawa dalam mimpi dan ku dakapi keikhlasan dan kejujurannya, kerana salam dari Kelantan…sungguh menyayat hati..ku akan tinggalkan taman tintaku itu bersama epilog silammu..tapi aku akan singgah sekali-sekala jika ku punya waktu..
ku doakan kamu bahagia dan dalam ketenangan selalu..Salam sayang dari utara di angin lalu untukmu. .
Ruhi akan tetap mengingati kamu..sehingga akhir hayatnya….!!
Wassalamualaikum..wm wb.
Tinta Ruhi'05
koleksi dari puncak kasih sayang:
http://ruhi.blogdrive.com/archive/cm-2_cy-2011_m-2_d-3_y-2011_o-20.html
ya..kenangan itu cantik... lagi indah.
tinta semalam telah berlalu... cuma yang ada hari ini...pergunakanlah hari ini dengan sebaiknya untuk mengingati Allah, (tiap detik untuk mengingati Allah itu amat bermakna dan berharga di akhirat sana) kerana esuk belum tentu lagi apakah kita masih sempat untuk berada di dalamnya..
andai kita tidak berjumpa lagi..ingatlah aku dalam doamu, aku akan mengingati kamu dalam doaku... titipkan doa kasih sayang itu selalu..insyaAllah. Semoga kehidupan kita Allah berkati selalu...amin.
~salamkasih sayang.
04022011
Madah p'rindu dari Bukit Perindu.
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!




