topbella

Monday, March 29, 2010

Bisikan hamba....


salam..
entah mengapa malam ini aku menangis lagi...
airmataku ini tak henti-henti mengalir..
mengapa ya murah sangat airmataku ini untuk mencurah.
apa kena pada padaku, apa yang telah terjadi pada hamba
sehingga kesedihan itu bermaharajalela!!!

Wahai Allah,
mengapa aku harus sedih kalau dia tidak sudi,
mengapa aku harus menangis kalau dia pergi,
mengapa aku begitu sedih kalau dia tidak peduli,
mengapa aku harus menangis tak henti-henti,
takdirMu kah begini atau ku turuti kehendak hati?

Wahai Allah..
ya rabbi...ya rabbil aalamin...
padaMu aku sembah padaMu aku mohon pertolongan..
kurniakan aku ketenangan dan kekuatan keimanan..
agar aku dapat mengharungi runtunan rindu dan mehnah cinta buta.
yang bukan ku pinta dan bukan mau hamba!!!

Wahai Allah..
di sisiMu jua khazanah rahsia-rahsia
yang aku ini hambaMu yang daif lagi tidak mengetahuinya.
seandai segala tiupan rindu dan gelora cinta ada kebaikan di sisiMu ya Allah,
maka berikan aku kemanisan iman dan redha,
singkapkanlah hikmahnya dan tenangkanlah hati hamba.

~amin ya rabbal 'alamin..
salam kasihhamba

........................................
nota kasih:
sekadar luahan rasa tuk menenangkan jiwa..semoga Allah mendengar bisikan hati hamba...semoga Allah menenangkan hati hamba...semoga dapat ku berprestasi sehingga ke hujung Jumaat nanti...maha suci Engkau ya karim...ya rahman ya rahim...amin..

kutipan dari : blog kasih sayang.

Sunday, March 28, 2010

Kasih sayang itu


Kasih itu...
umpama lautan..
terkadang surut terkadang pasang,
geloranya tak tertahan..
taufan tak pernah dijangkakan.
jangan kasih..
lupa daratannya.

Sayang itu...
umpama bayu...
terkadang berpuput lembut,
nyaman jiwa membaldu,
hati sayu dibuai rindu.
jangan kasih
tersilap dan tertipu..

Cinta itu...
ungkapan kasih sayang.
melekat tak pernah lekang,
ia datang dunia jadi terang,
malam siang dalam bahagia..
jangan kasih
tersilap alamatnya.

~salam ruhid.
07052832010
...........................................
Aku bukanlah yang terbaik..aku jua manusia selalu alpa dan membuat khilaf..tetapi aku bermohon agar aku selalu memaafkan awak...kerana siapalah aku untuk berdendam, sedang nabi pun memaafkan ummatnya..sedang Allah pun mengampuni hambaNya. Lihatlah Allah yang maha pengasih memberikan kepada manusia, nikmat nyawa, nikmat rezeki, nikmat kesihatan yang baik, nikmat keselamatan, nikmat ketenangan jiwa..dan lain-lain, tetapi terkadang manusia masih lupa dan ingkar terhadap perintah Allah, malah berlaku sombong dan takbur, tidak sedar diri yang segalanya memerlukan Allah.

Terkadang Allah marah dan memberi peringatan kepada manusia berupa masalah dalam hidupnya. Allah memberi cubaan..sedang dalam cubaan itu masih ada pahalaNya..Malah Allah tetap mengampunkan hambaNya..Sungguh di sisi Allah itu Takwa yang menjadi nilaian tertinggi di sisi Allah dan hamba yang berakhlak yang mulia yang kelak akan duduk paling berhampiran dengan Rasulullah. Ya...Semoga kita alamatkan cinta kasih itu kepada Allah dan rasulNya..semoga kita tidak salah alamat cinta lagi...semoga kita mendapat kemanisan iman yang kelak kita tidak perlu lagi mendambakan cinta manusia yang cuma fatamorgana...

.............................
nota kasih..

Bicara sayang kasih...
"Tahniah..mendengar ini saja dah menitis air mata..terharu sungguhlah..Doa-doa syg sentiasa bersama kasih...Sayang tetap ada bersama-sama walaupun kasih tak nampak kebersamaannya..Tak nampak tak bermakna tiada..."
~salam sayang kasih dijiwa

Sunday, March 21, 2010

Benarkah cinta...


Setiap insan memiliki hati dan setiap hati itu memiliki cinta. Hati adalah tempat bersemayamnya cinta dan bersemayamnya cinta di hati itu menjadikan kita sebagai insan. Begitulah eratnya antara Insan, Hati & Cinta. Tidak dapat dan tidak mungkin dapat dipisahkan.

Saya sering ditanya “Berdosakah apabila jatuh cinta pada seseorang?”. “Alhamdulillah kamu adalah manusia normal” Itulah kebiasaannya respon pertama saya.

Hati kita memang mudah jatuh cinta dan mudah pula membenci. Bahkan kadang-kadang kita sangat cintakan seseorang kemudian dialah pulalah yang paling kita benci. Kecintaan kadang-kadang menjadikan kita seperti lembu yang dicucuk hidung hingga boleh diseret kemana-mana sahaja walaupun ke lembah kehinaan dan kotor. Tetapi cinta juga boleh mengangkat kita tinggi bahkan lebih tinggi dan mulia dari malaikat.

Itulah cinta, penuh dengan keajaiban. Islam tidak pernah melarang kita untuk jatuh cinta atau dicintai. Bahkan Islam tidak pernah menggambarkan cinta itu hina dan keji sehinggalah cinta itu sendiri dikuasai nafsu dan diukur dengan nilai-nilai cetek dan sementara tanpa dihubungkan dengan nilai Iman dan kehidupan Akhirat yang kekal abadi.

Bukankah cinta itu suci, sesuci embun pagi. Bukankah cinta itu mulia dan tinggi. Bukankah cinta itu datang dari kebersihan hati lalu melahirkan kemuliaan budi, kasih dan kepekaan jiwa.

Benarkah itu cinta, Kalau kita semakin keji dan hina? Benarkah itu cinta, kalau kita semakin bodoh dan lupa kemuliaan diri? Benarkah itu cinta, kalau kehidupan kita hilang pedoman hingga akhirnya kita terdampar dipantai maksiat? Benarkah itu cinta, kalau kita lupa diri hingga tercampak kelembah yang hina dina? Benarkah cinta menjadikan kita bodoh, hina, keji dan lupa diri? Benarkah cinta yang menjadikan hati kita hitam dan kotor hingga diri kita tidak lagi ’suci’? Benarkah cinta yang menjadikan kita sesat dalam kehidupan? Benarkah cinta yang menjadikan kita lupa dari mana kita datang, untuk apa didatangkan dan kemana akhirnya kehidupan?


Benarkah itu cinta
Atau nafsu yang menggoda
Atau syaithan yang memperdaya
Atau Iman yang yang semakin kehilangan Nyala

Benarkah itu cinta
Atau kejahilan yang menguasai
Atau dunia yang memperdaya diri
Atau kita yang buta dan lupa

Buta terhadap kebenaran dan Iman
Buta terhadap kemuliaan dan ketinggian
Lupa terhadap syaithan yang penuh kebencian
lupa terhadap nafsu yang memperdayakan insan

Bukankah semua kita inginkan kemuliaan
Bukankah semua kita mencari kebahagiaan
Bukankah semua kita mencari ‘jalan pulang’

Kenapa kehinaan yang datang
Kenapa tiada lagi damai dan ketenangan
Kenapa kita tersesat di pertengahan jalan
Kenapa kita terlupa ‘jalan pulang’

Benarkah itu cinta?
Atau kita yang diperdaya
Kehinaan di hias hingga mempersonakan
Kesementaraan dinampakkan kekal
Segala yang busuk terbau harum
Segala yang keji ternampak indah



Benarkah itu cinta? Untuk menjawab persoalan ini memerlukan jiwa yang bersih dan iman yang benar bukan nafsu dan kejahilan. Cuba kita hitung dengan kebenaran, berapa ramai yang tewas dalam pelukan cinta sedangkan semalamnya dia adalah lelaki atau wanita mulia. Cuba kita tanyakan iman kita berapa ramai yang mendirikan rumahtangga atas dasar ‘cinta pertama’ dan berapa ramai yang mampu mempertahankan mahligai cinta itu hingga keakhir hayat mereka. Cuba kita buka mata hati kita dan kita lihat dunia cinta ini dengan ilmu, iman, kebenaran dan kesedaran.

Ya, benar cinta itu membahagiakan bukan memperdayakan. Kita tidak inginkan kebahagiaan yang bersifat sementara dan kebahagiaan sementara ini tak lebih dari ‘kosmetik’ sahaja. kita perlukan cinta bukan ‘kosmetik cinta’. Kita perlukan cinta kerana kita perlukan kebahagiaan bukan kerana cinta itu sendiri.

Jadi kalau ada orang yang sedang bercinta saya mohon ‘teruskan percintaan anda’. Cinta itu tenang dan membahagiakan. Cinta itu menjadikan kita mulia dan tinggi. Mulia dan tinggi disisi Ar Rahman dan Ar Rahim sumber dan simbol cinta hakiki.

Kalau ada yang masih belum jatuh cinta. Ayuh, carilah cinta anda kerana ianya menghidupkan hati, membuka mata dan memimpin jiwa.



Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan cinta, mendokong dakwahnya berbekalkan cinta dan meninggalkan dunia ini dengan mewariskan cinta. Cinta baginda kepada Allah Ar Rahman sehingga seluruh kehidupan ini hanya untukNya. Cinta itulah yang telah memuliakan generasi pertama yang selama ini hidup dalam kebencian, teraba-raba dalam kegelapan lalu jatuh ke lembah nista dan hina. Cinta lalu hadir bersama cahaya hingga hati-hati mereka kembali hidup dan segar, keimanan berputik dan membuahkan bunga-bunga cinta lalu bunga-bunga cinta itulah yang kita perlukan kini. Untuk kita hidup dengan rasa persaudaraan, untuk kita bina rumahtangga di atas dasar iman dan untuk kita membangunkan masyarakat yang menghayati keimanan.

Bunga-bunga cinta itulah yang telah menyelamatkan generasi pertama dari kebinasaan jiwa, menyelamatkan wanitanya dari diperdagangkan lalu menjadikan mereka isteri-isteri yang mulia dan ibu-ibu yang dicintai. Lalu lahirlah generasi yang mewarisi haruman bunga cinta itu.

Kalau anda sedang asyik dalam percintaan, teruskan itulah kenikmatan hidup tetapi tanyakan pada diri anda…benarkah itu cinta?

.................
nota kasih:
catatan ini kasih kutip dari laman ni..
haluankelantan semoga ada kebaikan dan manfaatnya ia berada di sini..semoga cinta anda menjadikan anda lebih bersemangat untuk mengenali dan mencintai Allah s.w.t. Kerana bila ada rasa cinta itu...sudah pasti kita keinginan untuk mengenali lebih, untuk berbicara, untuk berada dekatNya, kerana nikmat cinta itu sentiasa membara...!!!

Saturday, March 20, 2010

Alhamdulillah...

hari ini aku tahu nilai cintamu...!!!!



Alhamdulillah...
itulah lafaz yang terbaik,
itulah lafaz yang selayaknya,
seumpama aku mendapat anugerah,
seumpama sibuta telah celik matanya,
seumpama yang sesat mendapat petunjuk Allah,
semua ini anugerah semua ini berhikmah.

Alhamdulillah...
aku syukur padaMu ya Allah,
kerana telah mengejutkan aku dari mimpi,
kerana telah menyingkap persoalan yang tersembunyi,
kerana memperlihatkan jaluran pelangi kasih,
kerana menyerlahkan hakikat realiti,
titipkanlah kesabaran di hatiku ini..

Alhamdulillah...
walau airmataku tak jemu mengalir,
aku syukur ya Allah kerana inilah yang ku cari,
walau ia adalah tusukkan belati meluluh jiwa ini..
namun ini jua anugerah yang Maha Pengasih,
kerana aku sekarang di pentas uji.
terimalah ya Allah perhambaanku ini.

amin ya rabbal alamin.

~kasih 2010
.............................................
nota kasih:
suatu hari aku bermohon pada Allah untuk Allah singkapkan rahsianya, kini Allah telah memberi keajaibannya..ya..syukur Alhamdulillah...Engkaulah maha tahu..maha berkuasa, maha menunjukkan mana2 yang tersembunyi, maha pengasih.. Allah baik...Allah tidak terima melainkan yang baik. Allah itu bersih...Allah tidak terima mana-mana kecuali yang bersih.
Wahai Allah, bersihkanlah hatiku, bersihkan segala2nya dari ku, agar Engkau terima ibadatku..tetaplah kami di dalam rahmat dan berkatMu...amin ya Allah.

Friday, March 19, 2010

Qalbi....



Hatiku dengan rahmat-Mu Ya Allah, sering alpa
Dalam nyata atau tersembunyi,
Pada waktu pagi mahupun sebelum subuh

Hatiku Hatiku Hatiku
Apa yang kekurangan dari tidurku dan ketika mengantukku
Kecuali dengan menyebut-Mu dalam diriku dan nafasku

Hatiku Hatiku Hatiku
Telah kau anugerahkan atas hatiku pengetahuan
Bahawa Engkau Ya Allah punya ketinggian dan kesucian
Dan aku datang dengan dosa yang Engkaupun tahu
Dan janganlah Kau buka aibku dengan perbuatan jahatku..

Hatiku Hatiku Hatiku
Hiasilah padaku dengan mengingat orang soleh
Dan jangan murka padaku kiranya amalan agamaku bercampur aduk
Dan bersamalah denganku sepanjang duniaku dan akhiratku
Dan Hari Kebangkitan sebagaimana yang Kau turunkan (dalam Surah Abasa)

~salam kasih sayang
20032010

......................
nota kasih:
"Bila ku datang, jangan kau pergi. Bila ku tiada, jangan kau tunggu. Bila ku cinta, simpan rindumu. Bila ku sepi, usah kau membisu."

Sejarah cinta...



Lewat nota-nota cinta mu kau hadiahkan aku dengan kata-kata dan madah-madah cinta yang mengasyikkan. Betapa aku terlena dan terbuai dengan janji-janji mu. Aku menjadi perindu sepi kepada ayat-ayat yang bisu.

Aku persis Sang Pungguk yang merindukan bulan. Bulan yang dari kejauhan tampak indah bercahaya dan berseri menerangi malam yang kelam. Tapi kita sering lupa bahwa cahaya itu adalah cahaya pinjaman cuma. Keindahan yang bersifat sementara, keindahan yang merupakan kepuraan semata-mata....

Begitulah diri mu. Aku terikat pada janji-janji pena mu. Aku terbuai dengan irama lirik lagumu, Lagu yang kau hantar sungguh memukau aku. Aku mengharap pada kasih yang tak pasti. Aku memuja bayangan dirimu. Coretan pena mu memukau diri ku agar aku terus percaya dan lupa kepada realiti.

Tapi kini aku sedar…aku perlu kembali ke alam nyata. Aku harus lupakan kuasa pena mu, aku harus lontarkan segalanya jauh dari hidup ku. Biarlah nota-nota cinta mu menjadi sejarah. Sejarah pahit yang mengajar aku menjadi lebih dewasa dalam cinta. Usah kau permainkan aku lagi dengan pena mu…

..................
nota kasih:
suatu petang aku boring aku rayau di internet, lalu terjumpaku dengan laman ini..
Madah Cinta
terasa suka membaca segalanya tentang cinta ini..terasa lunak alunan gaya bahasanya..aku terus membaca..dan itulah aku pastekan di sini..sekadar suka-suka..kerana cantik susunan katanya dan indah bahasanya...semoga kita dapat mengambil iktibar mana yang baik dan membuang mana yang buruk..semoga hati kita bersih..semoga semuanya tenang jiwa, semoga semuanya sihat sejahtera, semoga semua dalam rahmat kasih Allah.

Cinta itu...


Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita. Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah… perasaanya sama seperti perasaan kita… ingin mencintai walaupun tidak dicintai. Hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan.

CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja.


Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.

sumber dari:
segalanya tentang cinta

Thursday, March 18, 2010

Kau guruku






Assalamualaikum.
ya...alhamdulillah..
ya...insyaAllah..
ya...siapa yang mengenali dirinya insyaAllah dia akan mengenali Allah.
ya...siapa yang kenal Allah insyaAllah dia akan menjadi hamba Allah
ya...siapa yang menjadi hamba Allah insyaAllah beruntunglah dirinya di dunia dan di akhirat.
ya...InsyaAllah dia akan menjadi guru yang baik..
ya...kerana guru yang baik itu bekalan untuk di bawa ke akhirat..
ya...semua orang itu adalah guru..
ya...guru untuk dirinya terlebih dahulu, guru untuk keluarganya,
guru untuk masyarakatnya, agamanya dan negaranya.
ya...semoga kita semua menjadi guru yang baik..
ya...semoga kita berbahagia menjadi guru..
ya...sebenarnya awak dah menjadi guru yang baik kepada saya..
ya...saya belajar banyak daripada awak..
ya...saya belajar tentang kesabaran itu pahit tapi manis hakikatnya....
ya...saya belajar tentang bagaimana menjadi guru yang baik kepada awak....insyaAllah.
ya...saya belajar untuk selalu bersyukur agar Allah melimpahkan lagi rahmat dan kasih sayangNya.
ya...moga awak selalu dalam lindungan Allah, selamat selalu dan dimudahkan urusan kehidupan.
ya...kunci ilmu itu "sabar".
ya...saya lihat awak adalah seorang yang sabar.
ya...orang yang sabar di kasih Allah.
Alhamdulillah...wassalam
.


daripada saya.
Ruhiabidin' 2010
Sahabat dari utara

..................................
nota kasih:
syukurlah apa ja yang Allah beri kerana Dia lebih mengetahui apa2 yang baik kepada hamba yang diciptakannya..sedang jika kerana seekor nyamuk sekalipun menyebabkan terganggu sudah tidor kita, sedang panas tinggi sedikit 45 o C juga telah menyebabkan kita gelisah kepanasan...sedang jika sakit sedikit hatta sakit gigi sekali pun menyebabkan kita tidak tenteram terganggu segala urusan harian, kita ini siapa di sisi Allah, sedang Allah itu berkuasa, milik segala kerajaan langit dan bumi...lalu kita ini...hambaNya..terima ajalah apa yang ditetapkan kepada kita...buatlah sesuatu itu dengan rasa gembira dan bahagia..pasti di sana ada rasa cinta dan indah dan nikmat dengan hikmahnya..insyaAllah.

Saturday, March 13, 2010

Lagu kasih

lagu kasih

Ampunilah aku ya Allah.


Assalamualaikum..wbt.

Wahai Allah....
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Engkau maha mengetahui bisik hatiku yang tersimpan.

Wahai Allah...
yang Maha mengetahui bisik hati...
tenangkan hatiku sepertimana Kau tenangkan hati Nabi.

Wahai Allah...
yang Maha membolak balikkan hati..
tetapkanlah hatiku ini pada jalanMu yang suci.

Wahai Allah...
yang di tanganNya seluruh kerajaan langit dan bumi,
limpahkanlah rahmat dan berkahMu kapada kami.

Wahai Allah..
yang memberi dan mencabut nyawa kami..
hidupkan dan matikanlah kami dalam agamaMu yang suci.

~salam kasih..
13032010
................................
nota kasih:
salam..sayang..salam kasih.
takkala tanganku tak berdaya berbuat apa-apa yang kuingini, tatkala aku sedar diri ini lemah daif tak berdaya mengadakan apa2 yang ku hajati...Aku menadah tangan padaMu yang maha berkuasa. Hanya padaMu aku sandarkan segala, aku berserah padaMu yang Maha berkuasa. Sungguh Engkau yang maha memberi maha berkuasa ke atas kami..Kami ini hamba yang tak berdaya..Aku bermohon padaMu ya Rabbi, ya Rahman ya Rahim..lapangkanlah hatiku ini Jika Engkau melapangkannya sudah pasti aku akan merasa perkara besar itu kecil sahaja...tidak ada apa yang menyusahkan hamba..

Janganlah Engkau menyempitkannya kerana aku ini hamba yang tak berdaya aku perlukan bimbinganMu yang maha berkuasa. Dalam mana aku seorang hamba yang tak berdaya...tatkala rasa2 itu singgah aku tenggelam ke dalam arusnya..aku tak mampu untuk menepisnya..tolonglah hamba..hamba sedar hamba telah melakukan kesalahan hanya padaMu Tuhan yang boleh mengampunkan...ampunilah dosa-dosa yang telah hamba lakukan samada yang zahir atau tersembunyi yang hamba tidak mengetahuinya...Sesungguhnya kesedihan ini jua adalah kifarah daripada dosa-dosa yang telah hamba lakukan...maka ampunilah hamba...kembalikanlah ketenangan kepada hamba..seumpama kau kembalikan ketenangan kepada Zulaikha..setelah dia mengharungi pelbagai cubaan demi cubaan dalam sejarah hidupnya tentang cerita cinta kasih sayangnya..Sesungguhnya Engkaulah tuhan yang maha mengetahui tentang sesuatu..dan maha pengampun. amin ya rabbal alamin.

Friday, March 5, 2010

Cinta padamu Ya Rasulullah...


Salam..sayang,
tadi aku dengar ustaz kata..
orang sekarang sudah tersalah alamat cintanya..
sepatutnya cinta kita itu ditujukan kepada Rasulullah s.a.w
rasa cinta kasih kepada Mekah dan Madinah
kerana di sana ada Rasulullah dan sahabat2 baginda.
tetapi orang sekarang tersilap alamatnya.
tersalah tuju cintanya....

Salam kasih..
sempena bulan kelahiran Rasulullah s.a.w
marilah kita berselawat kepada baginda..
ustaz kata "barangsiapa berselawat kepada Rasulullah sekali,
Allah akan berselawat kepadanya 10 kali,
tidakkah itu untung namanya.
tidak susah untuk mendapat pahala sebenarnya,
jangan kita lalai dan lupa...

Salam semua..
cinta hakiki cinta kasih Allah dan rasulNya,
ustaz kata yang menyentuh jiwa hamba,
kerana gembira Abu Lahap "semasa kelahiran Rasulullah"
Allah telah meringankan azab kepadanya dalam neraka..
tiap hari Isnin dia dikurangi sedikit penderitaannya,
hisapan ibu jarinya keluar air sejuk menghilangkan dahaga.
hatta Abu Lahap itupun mendapat syafaat Rasulullah..

Itulah kasih sayang Allah,
itulah syafaat Rasulullah,
itulah cerita bapa saudara Rasullullah,
yang terang-terangan menolak islam semasa hidupnya.
apatah lagi kita yang mengucap dua kalimah syahadah,
dan sentiasa mengagungkan Rasululullah s.a.w.
moga kelak bagindakan mengenali kita....
semoga kita semua mendapat syafaatnya.

amin..ya rabbal alamin.

~salamkasih sayang..
.............................
nota kasih...
hari ini aku baru tahu..rupanya perkataan "mustafa" itu...adalah jua nama Rasulullah, dan maksudnya..terpilih atau pilihan..Rasulullah itu adalah pilihan Allah dan pemberi syafaat kepada ummatnya di akhirat kelak. Jika di dunia kita sentiasa mengingati dan mencintai Rasulullah, kelak di sana nanti Rasulullah akan mengingati dan mengenali kita, orang yang selalu menghantar dulang selawat kepada baginda tiap ketika...Emmm...ya, mampukah kita menyintai sebagaimana sahabat-sahabat Rasulullah menyintai baginda dalam senang dan susah mereka...
Semoga Allah sentiasa menghilhamkan kita untuk menjadi hamba Allah yang menyintai Rasulullah dalam senang dan susah kita..amin ya Allah.

ya..hari ini juga..baru aku tahu...jika nama awak...sifulan bin mustafa...hehehe..insyaAllah awak juga adalah pilihan Allah kepada hambanya..kerana di sana ada kebaikan yang tertulis dan hikmah yang cantik..aku tetap bersyukur kerana awak juga adalah utusan Allah dan menjadi hamba yang terpilih untuk hamba yang terpilih..dan bukan memilih atau tak sengaja. Semua itu adalah ketentuan Allah dengan izin Allah. Atas segalanya hanya Alhamdulillah lafaz yang terindah dan selayaknya diluahkan melambangkan kesyukuran hamba...Semoga kita sentiasa bersyukur dan redha. insyaAllah.

Thursday, March 4, 2010

rindu itu..

"Aku tidak punya apa.....
hanya ku punya kasih sayang yang tulus dari hatiku yang terdalam...
bak air kali yang sentiasa mengaliri
tak pernah surut dari dahulu hingga kini..."



Sayang..
rindu ni sakit..tak tertanggung,
rindu ni perit tak terbendung..

Sayang..
mengapa hati ini meminta-minta kasih,
mengapa mata ini tak henti-henti menangis..

Sayang...
apakah hikmahnya disebalik semua rasa ini..
apakah kebaikannya di sebalik pertemuan kasih.

Wahai Allah...
yang maha tahu hatimu dan hatiku.
jika ada redhaMu di situ abadikan kasih ini di mata dan di hatiku

Sebagaimana katamu
suatu ketika tatkala pertemuan itu bermula,
kau akan merindui ruhi selamanya.

~salam kasih sayang.
....................
nota kasih:
Inikah bicara sang pungguk jika ia memandang rembulan di singgahsana...
mungkinkah inilah bicara yang berbisik di hatinya....hehehe..

insyaAllah. ya..kadang dari hati yang merasa akan lahir bicara hati juga..Sekali sekala dengarlah dengan hati..anda akan merasai nikmatnya. Sesekali pandanglah dari sudut hati yang terdalam, maka anda akan melihat di sana ada insan yang tulus mengharap kasih sayang... Ya..ada. tetapi tiada siapa yang tulus mengerti hamba...namun tak apalah..kasih sayang hamba hanya kerana Allah. Kasih tidak mengharapkan balasan dari manusia....dan dengan izin Allah jua hamba kasih ini bersujud dan pasrah...insyaAllah.

"Aku ingin.... jadi bintang-bintang....berkerdipan .....penuh perhambaan...
aku ingin.... menjadi rembulan..cahayanya ....bukan pendustaan..
Kerana aku sedar...aku hanya hamba...menumpang simpati...Yang Maha Kuasa..
jerihnya pengalaman.... memaksaku meminta.....perhambaan ini ...harap di terima..."

Wednesday, March 3, 2010

Bayu...


bayu...
sampaikan pesanku,
aku tersangat rindu..

bayu...
khabarkan padanya
aku selalu mengingatinya..

bayu...
bisikkan padanya..
aku menyintainya..

semoga tenang jiwa..
semoga lapang minda..
semoga sejahtera...

~salam kasih
...........................
nota kasih:
sayang..malam ini aku tak dapat melelapkan mata..entah kenapa...tiba-tiba airmata itu mengalir..apa yang disedihkan apa yang ditangiskan...hati tidak perasan...

ya..kadangkala...hati itu tidak tenang mungkin juga..kerana dosa2 yang banyak...yang terkadang kita lupa istiqfar kepada Allah kerana kesibukan kita dengan dunia dan isinya...

Maha suci Engkau ya Allah ...alhamdulillah Engkau memberiku kesedaran untuk muhasabah diri ku yang hina lagi sering membuat khilaf...bantulah aku dan bimbinglah aku ke jalan lurusMu..jalan orang-orang yang telah Kau berikan nikmat bukan jalan kemurkaan dan bukan jalan kesesatan..

janganlah aku berkekalan dan merasa seronok berbuat maksiat... peliharalah aku dari melakukan dosa2 kemungkaran dalam kehidupanku seharian...amin..ya Allah.

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN