Hutan maya…
penuh segala macam,
walau di sini ada kebaikan,
tak kurang jua fitnah syaitan,
ternyata…
aku tak boleh berlama-lama,
dalam mata terpejam.
Telah ku putuskan,
aku akan pulang,
akan berangkat malam,
sewaktu kau sedang keasyikan,
mimpimu menjadi insan,
punya kasih sayang.
punya keinsafan.
Biar aku …
berlalu cara diam-diam..
dan sopan,
kerusi kosong di bawah rimbunan,
kau tak sunyi kau tak sakit lagi,
di timpa panas dan hujan,
terima kasih memberiku sandaran.
~kasih~
............................
Jika aku bukan PELITA yang mampu MENERANGI malam, memadailah aku menjadi KUNANG-KUNANG yang MENEMANIMU di kegelapan malam agar lenamu panjang." -kasih-
.....................
Salam Kasih Sayang
"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
Aku suka biru lautmuTenangmu hatiku terpaut,Di dalammu khazanah ilmu,Diammu jua tafakur restu,Kau hantarku mutiara biru.Aku suka biru langitmu,Gerak awan bergulungan,Turunnya hujan rahmat alamSemua makhluk kau payungkan,.indah nian kasih sayang.Aku rindu utusan kasihmuPertemuan di satu garisan biru,Memandangmu penuh sayu,Doa kasih ku bingkis selalu.Rahmat Allah melimpahimu..Sayang dalam doaku.Kasih4u..................................................Dengan izin Allah kita bertemu, dengan rahmat Allah kita bersama, dengan kasih Allah kita ada, dengan hikmah Allah kita berpisah. Selamat berpuasa, selamat di dalam ramadhan al mubarak dan selamat berhari raya...walau di mana sayang berada, walau dengan siapa, walau apa kerja yang sedang dilakukan semoga semuanya beroleh kejayaan dan keberkatan dunia dan akhirat sana...aaminnn. --Posted By kasihanda to Hikmah Kasih at 9/27/2007 06:32:00 PM
.....................
Salam Kasih Sayang
"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
Hilang
Untuk sisih diri
Bukan payah
Cukup senang
Tenggelam terbuang
Tanpa bayang..
Kabur
Bawa saja diri pergi
Orang tidak lagi lihat
Di mana diri kasih
Bagaimana hati
Hidup atau mati.
Undur
Tiada siapa pun tunggu
Apatah lagi rindu
Tapi mungkin ada senang
Kerana tiada lagi ini orang
Yang suka cakap sebarang
Jauh
Aku pergi sebentar
Mungkin kembali
Tapi belum pasti
Adakah kau akan tunggu?
Apakah kau akan rindu?
Aku pernah ada
Tapi mungkin tiada makna
Sekalipun ada
Aku tahu aku guris banyak jiwa,
Tapi aku tak sengaja,
Aku jua tak berdaya
Aku hulur tangan
Tanda maaf dari hati
Salahku dulu dan kini
Silapku zahir dan batin
Kasihku tak pernah mati
bahagiamu tiap hari,
Aku pergi dulu
Tingkapku jangan kau jengah
Rumahku jangan kau singgah
Pulangku tak perlu ditunggu
Hilangku tak perlu dirindu
Aku pergi dulu...
Kasih 4u
...................................................
nota kasih:
kasih mengutip sajak lama dalam draf dan letakkan di sini...mungkin ia di ambil
dari blog kawan dan ada juga yang dibuat sendiri...ia sekadar renungan
sahaja..tak ada apa2 yang mengusik, yang membelenggu, yang menyusahkan
jiwa..semoga jiwa kita semua tenang dalam pengabdian diri kepada Allah yang
maha penyayang...aaminnn.
.....................
Salam Kasih Sayang
"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!