topbella
Showing posts with label MADAH KASIH. Show all posts
Showing posts with label MADAH KASIH. Show all posts

Monday, September 3, 2012

hargai kasih syg

salam kasih sayang..

emmm...

kadang2 kita tidak menghagai cinta...kenapa??
sebab,kita belum merasai kehilangan dia...
kadang2 kita rasai cinta dia,taip masih tak percaya,kenapa??
sebab... kita selalu fikir negatif tentang dia..
kadang2 kita tak sedar hati kita betul2 menyayangi dia,kenapa??
sebab,kita tunjuk ego tak nak mengalah..
hargailah orang yamg sayangkan kita..

sebab kita akan mencarinya bila dia sudah tiada di sisi lagi..
sesal pun sudah tiada guna...


cuma kenangan bermain di bayangan mata...

hehehe...

sekadar mencorek.
ruhiabiddin.
03092012
..............................

✔ Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR
✔ Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT
✔ Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA
✔ Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD dan..
✔ Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU...
 

emm...belajar untuk menjadi diri sendiri...
senyumlah untuk dunia anda..
kerana senyum itu adalah penawar segala penyakit dalam diri anda...tersenyumlah....senyumlah....
..........................
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Sunday, August 19, 2012

selmat hari raya sayang..

salam satu malaysia,
salam sejahtera semua,
salam rahmat dan berkat Allah,
salam ceria salam bahagia.

di hari yang berbahagia ini,
ku utuskan bingkisan..

.(¯`:´¯)SeLaMaT
.(¯`•.\|/.•´¯)HaRI RaYa
(`•.(۞).•´¯)(¯`:´¯)MaaF DiPiNTa
(_.•´/|\`•._)(¯ `•.\|/.•´¯) JiKa aDa
(_.:._)░░(¯`•..(۞).•´¯)TeRLaNJuR BiCaRa
░░░ (¯`:´¯)(_.•´/|\`•._)SaaT KiTa BeRPaNTuN SeLoKa
.(¯ `•.\|/.•´¯):: (_.:._)DaN BeRGuRau SeNDa
(¯ `•.(۞).•´¯)iKHLaS DaRi HaTi
(_.•´/|\`•._) SaLaM KeMaAfAn DaRi SaYa
(_.:._)´ 

    dan 

~SeLaMaT hArI RaYa AiDiLfItRi mAaF zAhIr DaN BaTiN~
`
´¸.•°*”˜˜”*°•
..
¸.•°*”˜˜”*°•. ¸.••••بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ••••.¸
* _Π_____* ˚ ˚
˚ ˛* ˛° * ° ˚ • *˚ .
/______/~
˚ * t RaYa JEmPuT r DaTanG RuMaH.. .
田田 |門| ˚. ˛ ˚ ˚ ˚* ˛˚ ˚* ˚ ˚ •* ˚ ^____ ^ — at Rumah ku, Syurga ku...


semoga kita selalu bermaafan.
tadi Pak imam di surau kata.

ada 5 perkara yang menjadi musuh orang-orang beriman ialah..
1. orang yang hasad dengki,
2. orang munafik
3. orang kafir,
4. syaitan
5. dan hawa nafsu.

semoga Allah membantu kita untuk untuk mendpat syurga di dunia dn akhirat.
 ....................
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Sunday, January 29, 2012

Usah sedih kasih..

sunyi...memanggilku ke sini,
bersimpuh duduk mendakapku...
di sana aku lihat kamu dalam kabus putih,
doa membuat hatiku jernih.... untuk bersujud...
kita adalah tuan..menundukkan perasaan.
kamu adalah tuan hamba yang ku hormati....
hanya Allah tahu segala rahsia...
terima kasih ya Allah atas rahmatMu
pada seluruh maya...


~SALAM SAYANG...

‎~✿..Jika kamu merasa SUNYI TIADA TEMAN,

- INGATLAH Allah sentiasa ada bersamamu..BERKOMUNIKASILAH

denganNya,
MENGADULAH hanya padaNya..✿~

“Ketahuilah bahawa dengan MENGINGATI Allah itu hati akan TENANG..”
(13:28)


- Kenapa perlu ingat kenangan lama yang pahit yang pernah menyakitkan kita dul-

sedangkan kini kita punya sebuah kehidupan gembira yang jauh lebih baik~ ♥

~KAK NGAH.


....................
NOTA KASIH:
Terkadang kita yang kurang ilmu, menangis2 meminta sesuatu pada Allah, kita
mohon dengan sungguh-sungguh agar Allah memperkenankan permintaan kita, janji
itu ini andai Allah tunaikan permintaan kita ingin buat itu ini...

Sungguh kita yang tiada ilmu, menginginkan sesuatu itu mengikut hawa nafsu sendiri
tanpa ada ilmu tentang kesan baik dan buruk sesuatu itu pada kita...sungguh kita
tidak menggunakan akal yang dikurniakan Allah, kerana kita merasa itulah sesuatu
yang terbaik buat kita...

Sungguh Allah maha tahu....ilmuNya meliputi segala yang ada, di dalam langit dan
bumi..Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya, lalu Allah tidak
mengurniakan permintaan kita yang berdasarkan hawa nafsu kita,...yang
cantik di pandangan kita, yang di rasa berkebaikan 100 % pada diri kita kononnya....

Sungguh Allah tahu ia sebenarnya tidak baik buat kita, kerana Dia sayangkan kita,
kerana Allah tidak mahu membebani kita dengan pemberian yang tidak selayaknya,
kerana Allah akan memberikan kita sesuatu yang terbaik pada pandanganNya dan
terbaik buat kita di sisiNya,

Apa yang ditentukan Allah itulah yang terbaik.....
kelak kita tidak menyesal, kelak kita akan berbahagia, kelak kita akan merasa nikmat
syurga di dunia....untuk hati itu tenang dan tenteram beribadat kepadaNya...

Sungguh Allah tidak pernah membebani hambaNya melainkan mengikut kesanggupan
hambaNya....

Syukurlah kerana Allah menangguhkan pemberian itu kerana Dia akan memberi yang
terbaik buatmu....sabarlah menunggu saat itu...cuma kamu perlu menggunakan akal
untuk membuat pilihan yang terbaik kerana Allah untuk kebaikan diri, keluarga,
agama kamu sendiri...

semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua untuk berjalan di jalan yang lurus
untuk menuju ke syurga Allah yang penuh dengan nikmat abadi....

Allah hum inna nas aluka redho kawal jannah..
wanauu zubimin saqho tikawan nar.....

amin ya rabbal alamin...

~salam kasih sayang.
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Thursday, October 6, 2011

Pelangi kasih


KASIHNYA ALLAH PADA KITA

"Allah tak pernah janjikan LANGIT selalu BIRU, JALAN hidup tanpa BATU, MATAHARI tanpa HUJAN, KEBAHAGIAAN tanpa KESEDIHAN, KEJAYAAN tanpa PERJUANGAN...

Tapi Allah janjikan KEMUDAHAN bersama KESULITAN, RAHMAT dalam UJIAN, GANJARAN buat KESABARAN, KETEGUHAN dalam PERJUANGAN.. Bukankah INDAHnya PELANGI baru kita rasakan setelah turunnya HUJAN...?

ya..
Seluruh anggota ini, dikerah untuk mengingat Allah, rindu Allah, dan cinta Allah.
kita hendaklah sentiasa berada di dalam KEBAIKAN, agar malaikat maut datang mencabut nyawa kita itu ketika mana kita sedang dalam KEBAIKAN, lalu alhamdulillah kita akan mati dalam KEBAIKAN, masyaAllah itulah mati husnul khotimah yang kita harapkan...mati dalam KEBAIKAN..Insyaallah..amin


.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Monday, September 19, 2011

Peringatan kasih

salam kasih sayang..

ingat...

Kamu sedang dicuba oleh Allah, tiap cubaan pasti ada hikmahnya. ~kasihsyg.

sayanggg...

"Begitu banyak sungai masuk ke dalam samudra, tetapi ketika ia masuk ke dalam samudra semua kekotoran hilang kerana dijernih oleh laut yang luas. Sesungguhnya., Dialah Allah Al Muiz..Yang Maha Membeningkan . Begitulah juga kita manusia, harus senantiasa membeningkan hati kita dari segala kekotoran yang ada dalam hati, iaitu sifat dengki, dendam dan benci. Jadikanlah hati kita laksana samudra yang luas. Apa saja kekotoran yang masuk ke dalamnya akan menjadi bening, jernih dan bersih lagi suci." masyaAllah..alhamdulillah.

sungguh..

Sayang..hidup itu seperti roda, terkadang ia di atas, terkadang ia di bawah, sentiasa berputar, dan terus berjalan. Solat, doa dan sabar harus bersama dengannya. Allah mendengar sekalian hamba memujiNya, BagiNya segala pujian...

wsalam..
.....................

Wahai Allah,
bukakanlah mata hati hamba,
untuk melihat kebesaranMu.

wahai Allah,
bukakanlah mata hati hamba,
untuk redha segala ketentuanMu,

wahai Allah,
bukakanlah mata hati hamba,
untuk menikmati cubaanMu..

wahai Allah,
bukakanlah mata hati hamba,
untuk senyum dalam rindu..

wahai Allah,
bukakanlah mata hati hamba,
untuk sabar menunggu.

amin ya Allah ya Tuhanku
...............................................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Sunday, July 31, 2011

Salam ramadhan suci..


~TAKDIR CINTA KITA~

"Apabila cinta
memanggilmu... ikutilah dia walau jalannya berliku-liku... Dan, Apabila sayapnya merangkulmu... pasrahlah serta menyerah, walau pedang tersembunyi di sela sayap itu melukaimu..." (Kahlil Gibran)

"Jangan menangis, Kekasihku... Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan"(Kahlil Gibran)

~ Indahnya rumah CINTA yang dipenuhi dengan KASIHSYG. tenang dan tenteram. Alirkan airmata dlm senyuman nanti kamu akn merasa nikmat rahmat Tuhan.~bicara kasihsyg,

salam ramadhan al mubaraq...

Semoga cinta yang datang dapat kita peluk dengan sepenuh jiwa...
agar cinta itu tidak kehilangan ruhnya kelak abadi di hati hamba...
sungguh....dalam hidup ini hanya cinta kepada Rasulullah dan cintai Allah adalah cinta yang sebenarnya hamba dambai dan kejari...
semoga rahmat, berkat dan magfirah Allah meliputi seluruh ummat islam di dunia ini..

Selamat sejahteralah ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan rahmat serta berkat ke atas baginda, keluarga, dan sahabat-sahabat baginda..
selamat sejahteralah ke atas kami dan ke atas hamba Allah yang solihin. amin.
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Thursday, June 16, 2011

Salam cinta 11


~ Ya Allah...
mengapa aku harus jatuh ke dalam telaga cinta itu lagi. Tatkala aku mahu keluar, dan meninggalkannya mengapa aku harus menangis. Kenapa mudah sangat airmata aku ini mengalir. Mengapa hati aku pilu bila mengenangkannya. Sedang derita ini aku sahaja yang rasa...andai inilah caraMu ya Allah memanggil aku yang alpa lagi buta, alhamdulillah aku bersyukur kerana aku tidak tersasar jauh....~salam cinta

~Sayang....
Aku tak punya banyak cinta. Sebab itu aku tak senang2 memberikan cinta aku pada orang.Tetapi setelah aku berikan cinta aku pada kamu apa lagi yang tinggal pada aku. Namun kamu tak pandai menghargai ketulusan cinta aku. Kamu mempermain-mainkan cinta aku yang satu itu. Cinta aku pada kamu tidak ada harganya, tak bernilai langsung di mata kamu. Selamat tinggal sayang, semoga Allah menjaga kamu sedang keberadaan aku di sisi kamu tidak memberi bahagia itu pada kamu..Moga kamu tenang dalam cinta dan penjagaan Allah selalu.~salam cinta.

~Terima kasih dan alhamdulillah, dengan kata-kata itu memberi keinsafan kepada aku, sungguh mencintai manusia walau sedalam mana cinta itu, walau setinggi mana cinta itu , namun manusia tidak pernah menghargai. Sebenarnya cinta itu tidak akan sampai ke mana...akhirnya kita kembalikan cinta itu kepada Allah jua dengan membawa segala dosa-dosa hamba. Allah tetap menerima cinta kita, walau sebagaimanapun pun perlakuan kita kepadaNya. Terima kasih ya Allah kerana memanggil aku pulang agar aku tidak tersasar jauh ke tengah kesesatan..~salam cinta

~Kadang-kadang sesuatu perkara itu lebih baik kita tidak tahu daripada tahu. Kerana jika kita tahu, fitrah manusia itu akan menyesali perbuatan dan mencari kesalahan. Kemudian manusia akan menangis dan terus menangis sehinggalah datang petunjuk dan bimbingan Allah. Lalu ketenangan itu menetap semula di hati, jiwa bersemangat waja hidup ceria semula. Dunianya berwarna-warni cantik lagi indah. Sebab itu ada perkara yang Allah rahsiakan daripada kita. Sungguh itulah yang terbaik buat kita. Apa saja yang berlaku Allah tahu..Semoga Allah menenangkan hati aku...~salam cinta.

~salam kasih sayang.
07062011
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Tuesday, June 7, 2011

Salam Subuh..


Assalamualaikum..
~ Fajar sudah pergi, subuh pula menjelma. Bangunlah sayang untuk solat menyembah Tuhan yang Esa dan yang Maha Berkuasa. Tuhan yang menghadiahkan nyawa dan memegang nyawa kita, Ini bermakna sebentar lagi hari baru akan membuka tirainya. Alam cerah semula, semua makhluk Allah memulakan rutin hidupnya. Buatlah apa saja asalkan ia dalam syariat Allah. Mudah-mudahan dalam redha Allah, selamat, sihat dan bersemangat semula. amin...~salam cinta.

~Ya semoga baik-baik saja jiwa. Kasih umpama pagi yang sentiasa datang menghadiahkan hari buat alam, agar jiwa-jiwa yang tadinya sedang lena kini hidup semula untuk berusaha, bekerja dan beribadat kepada Allah. Putaran alam siang dan malam, suka duka, susah senang dan bahagia atau derita semuanya itu untuk membolehkan jiwa kembali ke dalam rahmat kasih yang Maha Penyayang. " ~salam cinta

~Andai kesakitan mengetuk pintu, bukalah dengan sabar. Hadirnya disitu kerana Allah menguji kamu. Solat jangan ditinggalkan. Kalau tak mampu berdiri mengangkat takbir, boleh bersolat cara duduk, bersolatlah cara berbaring, bersolat dengan isyarat kerlipan mata, atau dengan cara menghormati waktu, agar kita sentiasa dalam pandangan kasihNya. Allah menguji kita, Allah sayang kita. Allah ingin memberikan kita yang terbaik dalam pengetahuanNya, jangan kita lupa padaNya. ~salam cinta

~salam kasih sayang.

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Thursday, June 2, 2011

CINTA AKU DAN KAMU


Madah kasih sayang..

~" Tatkala hati berbisik, Allah tahu. Allah mendengar. Maka hari ini Allah telah memberikannya. masih ada cinta yang merekah, titisan airmata yang hampir kering terubat sudah. Cerita dahulu yang umpama mimpi timbul kembali dalam realiti. Hari itu aku seolah-olah sang puteri dalam drama nur kasih. Oh alangkah indahnya hidup tatkala cinta bersambut...hanya yang dapat diucapkan ialah alhamdulillah..terima kasih ya Allah menghantarkan aku cinta kasih..".~ salam cinta

~ Tatkala CINTA itu mengetuk pintu, aku masih mengantuk. Aku tidak pasti benarkah kamu CINTA AKU lalu aku tidak mahu. Aku menyuruh kamu pergi tanpa memikirkan tentang perasaan CINTA KAMU. Kamu pergi bersama airmata kasihmu, kamu tenggelam dalam lara duniamu. aku tidak tahu. Maafkan aku KASIH SAYANG kerana aku jahil dan buntu ketika itu...maafkanlah aku CINTA kerana kita menjalani TAKDIR ALLAH yang hebat seiring perjalanan masa. Ia sungguh sakit tetapi berhikmah, ya...kerana DUKA DAHULU adanya CINTA HARI INI yang sungguh membahagiakan. " ~salam cinta.

"~Allah tidak memberikan CINTA itu pada AKU 26 tahun yang lalu, kerana aku sendiri yang memintanya begitu. Tetapi DIA memberikan CINTA itu pada KAMU, Lalu kamu menderita kerana ketiadaan CINTA AKU. Kini Allah memberikan aku merasai sisa-sisa CINTA KAMU. Baru 26 hari aku sudah separuh gila kerana ketiadaan CINTA itu. Sungguh CINTA ITU sakit lagi perit. CINTA itu adalah API yang menyala panasnya sampai ke senja.. CINTA ITU adalah LAUT yang sentiasa bergelora, terkadang tenang terkadang bertaufan..... CINTA ITU adalah gunung salji terkadang sejuk lagi cantik. Airmata adalah cermin CINTA itu. Ia sentiasa menyuluh di mana saja CINTA ITU berada. Haruskah aku tenggelam dalam CINTA ITU yang kelak akan membawa aku ke liang lahat sebelum aku mati yang sebenar? ~ salam cinta

~ apalah guna kata-kata manis andai ia tidak dipraktik. " ~salam cinta.

~ "Ungkapan kasih sayang,
Kata-kata kasih tiada nilainya andai tidak diikuti dengan bukti sayangnya, kata-kata sayang tiada maknanya andai tidak diiringi dengan bukti kasihnya dan kasih sayang tiada nilainya andai tidak diiringi dengan cinta kasihnya." ~salam cinta.

Wahai Allah...
Jangan Engkau biarkan aku menyintai orang yang tidak menyintai aku, sungguh terasa amat perit sekali, kerana tiada nilai kasih sayangku di matanya. Kurniakan aku cinta orang yang benar2 menyintai aku...insyaAllah aku akan membalas cintanya itu sepenuh ragaku. Alangkah nikmatnya andai kita saling sayang menyayangi, kasih mengasihi dan cinta menyintai. Ya...umpama ADAM dan HAWA di dalam syurga...hehehe..indah bukan? Sungguh tiadalah nikmat di dunia yang dapat menandingi nikmat cinta di sana." ~salam cinta.

~salam kasih sayang..
02.06.2011
..........................
Nota kasih:
Madah2 di atas adalah ilusi penulis warkah kasih sahaja tidak mengenai sesiapa yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Andai ia mengguris hati atau memupuk prasangka buta sesungguhnya ia tidak disengaja..maaf jua yang dipinta. semoga kita semua dalam kebaikan...berlumba2 kepada keampunan Allah dalam tiap perjalanan kehidupan. Sungguh nikmatnya hidup ini andai hati suci, jiwa raga bersih, senyuman sentiasa dibibir...alangkah cantik wajah hati kasih terpancar diwajah sehari-hari.. amin


Thursday, February 17, 2011

Salam maulidul rasul


Seringkah...
kita terfikir,
bagaimana mulia dan bersihnya HATI NABI kita,
tetap senyum bila dibenci,
tetap tenang bila dimusuhi,
tetap membantu walau disakiti,
tetap menyeru walau diusir pergi.

Kenapa kita,
mudah membenci bila dikasari,
mudah putus asa bila apa yang dilakukan tidak menjadi,
mudah kecewa bila orang lain tidak memahami,
mudah terguris bila kita dinasihati,

Ayuh kita...
kita bangkitkan diri,
agar segala yang indah menghiasi diri dan peribadi.
kerana qudwah hasanah itulah nabi kita.
kerana itulah sifat hamba Allah yang mulia,
Al Quran itu petunjuk Allah,
jadikan Al Quran panduan hidup kita,
jadikan semangat Rasulullah sebagai ikutan kita.
semoga berkat hidup kita.

salam maulidur rasul.

~salam kasih sayang.
.................................
nota:
Selawat dan salam kepada junjungan besar kami Nabi Muhammad s.a.w, ke atas keluarga baginda, kepada sahabat-sahabat baginda...sesungguhnya cintai Allah dan rasulNya adalah cinta sejati. Hidupkanlah dan suburkanlah di hati kami. amin

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Sunday, September 12, 2010

Mesej hari raya 2010


Mesej Hari Raya:
1. Kian berlabuh tirai Ramadhan, lambaian Syawal kian dinanti. Luhur hati ikhlas bermaafan, semoga kesalahan dimaafi. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATHIN.~ adik fyrol n keluarga.

2. Biar renggang di fana dunia, biar hina di mata manusia, biar akal semakin berusia, jangan terputus silatulrahim antara kita. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATHIN. ~ drpd yani sekeluarga.

3. Cantik bahasa kadang mengata/ gurau senda kadang berbisa/ geraklaku kadang mengada/ janji mungkir kadang lupa/ detik hati kadang prasangka/ salah silap kelemahan manusia/ HARI RAYA MAAF DI PINTA. ~drpd: Sherry sekeluarga

4. Assalamualaikum...Walau langkah tak bertemu, Tangan tak berjabat, Ucap tak terdengar, Namun hati ini mengucapkan..
"MINAL AIDIN WAL FAIZIN". Mohon maaf segala salah silap.
~nana.


~Terima kasih atas ingatan. Diucapkan SELAMAT HARI RAYA,
MAAF ZAHIR BATHIN.
Drpd: akak sekeluarga.

Ya...ramadhan dah pergi, Syawal pula mendatangi
bersama puasanya 6 hari..
ya semoga kita mengambil peluang ini untuk berpuasa
6 hari di bulan syawal..
( puasa 6 hari dibulan syawal seumpama puasa sepanjang tahun)
ya...cukupkan mana2 yang tak cukup...
gantikan mana2 yang tertinggal...
lengkapkan mana2 tak lengkap...hehehe..insyaAllah..
semoga semuanya dalam rahmat kasih sayang Allah..amin.

~salam kasih sayang.
13092010
..............................
salam..kasih sayang.
Mohon maaf segala salah silap saya, halalkan yang dah dimakan.
Segala perlakuan saya pada awak redhakan.
Esok umat Islam menyambut Aidil Fitri dah.
Tapi saya kosong. Saya tak tahu rasa apa.
Awak jaga diri.
Saya tetap mendoakan segala yang terbaik untuk awak. ~ kalamkasih

~Ya..saya pun sama..maafkan salah silap saya.
Awak tak da salah apa pada saya.
Kalau ada saya sudah maafkan.
Usah bersedih selagi ada nyawa dan jasad
selagi itulah ada
rahmat kasih Allah Taala.
Syukurlah banyak2 di malam hari raya dan di hari raya.
Awak ada saya yang akan tetap kasih sayang awk selamanya. ~tintakasih

~ Assalamu'alaikum. SELAMAT SOLAT HARI RAYA,
MAAF ZAHIR BATHIN SALAH SILAP SAYA YANG LALU...
semoga awak sentiasa dalam
RAHMAT KASIH ALLAH. wsalam. ~tintakasih

~ SELAMAT RAYA JUGA...kalamkasih

ya..semoga kita semua benyak bersyukur kepada Allah...
semoga dengan bersyukur maka akan terpenuh
mana-mana yang terkurang dalam hati kita...
kerana dengan bersyukur hamba redha dengan apa yang ada,
kerana dengan bersyukur hamba kembali untuk rukuq dan bersujud. insyaAllah.

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan 2


salam...
semalam aku dapat mesej ni..
Jika HARTA adalah racun
ZAKAT lah penawarnya.

Jika UMUR adalah dosa,
maka TAKWA & TAUBAT ubatnya.

Jika seluruh BULAN adalah NODA,
maka RAMADHAN pemutihnya.

Sambutlah GERBANG RAMADHAN
dengan penuh KESUCIAN HATI..

lagi satu...

Salam..
Nama saya Syaaban, saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya RAMADHAN akan datang esuk. bersama isterinya REZEKI dan kedua anaknya SAHUR & IFTAAR. Mereka akan ditemani dengan 3 orang CUCU nya, RAHMAT, BAROKAH, DAN MAGHFIRAH. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat EIDUL AIRLINE, hargai mereka dengan sebaiknya SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.

Ya...cantik msej ini...kak ngah dan nana yang hantar..terima kasih. Emmm..tapi tahun ni tah aku tak minat nak forward-forward kepada sesapa...aku dan hati ku seolah2 berada dalam duniaku sendiri...dunia melankholik...hehehe..Ya semoga Ramadhan ini memberi sinar baru dan penawar kasih sayang...

~SALAM KASIH SAYANG..
............................
NOTA KASIH:

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk berpuasa,
semoga puasa ini kerana Allah semoga Allah terima amalan ibadat kita..insyaAllah.

Saturday, July 3, 2010

Allah maha mengetahui...



Ku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar,
DiberiNya kaktus berduri,

Ku minta kepada TUHAN kupu-kupu,
DiberiNya ulat berbulu,

Aku sedih, kecewa...
Menyangka tiada harapan dan bahagia.

Namun kemudian kaktus itu berbunga indah.
Ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik.

Itulah jalan TUHAN.
Indah pada masanya.

DIA tidak beri apa yang kita harapkan.
Tetapi DIA memberikan apa yang kita perlukan.

Walaupun kekadang sedih dan kecewa silih berganti.
Namun yakinilah, DIA sebaik-baik pengatur!

kasih4u
02072010
...........................
nota kasih:
Kata-kata di atas aku kutip dari blog ini..sungguh terasa benar apa yang dikata...
nyilu rasa di jiwa..masyaAllah...alhamdulillah..Allah huakbar...

Sunday, May 16, 2010

renungan


MADAH KASIH SAYANG...

~ kekadang Allah menyempitkan
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!


~Barangsiapa bertaqwa kepada Allah
niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar
dan memberinya rizki yang tidak disangka-sangkanya.
' (Surah Al-Thalaq: 2-3).

Saturday, April 24, 2010

Setitis air dan satu mesej...


SETITIS HUJAN mungkin x b'nilai bagimu,
tetapi ingat di suatu tempat ada pohon yang menunggu...
SATU SMS mungkin x b'gitu berharga di matamu,
tetapi di suatu tempat ada hati yang selalu mengingatimu.

~salam kasih sayang..

Saturday, January 2, 2010

Sahabat

SAHABAT bukan macam papan skate, belum main gilap dah main pijak.
SAHABAT bukan macam bola sepak, belum dapat kejar dah dapat tendang.
SAHABAT bukan macam bulu tangkis, belum main pegang dah main pukul.
SAHABAT ibarat macam bola raqbi, belum dapat rebut dah dapat lindungi.
SAHABAT macam jari dan mata, luka di jari mata menangis, mata menangis jari sapu.
SAHABAT seumpama dua tangan saling bantu membantu saling berkongsi pemasalahan..
SAHABAT segala lukanya sembuh sendiri, tapi kalau hilangnya tiada ganti....

Salam kasih sayang dalam persahabatan...
~kasih sayang.
.....................
nota kasih:
Mesej di atas aku terima daripada seorang sahabatku yang tinggal di kelantan..sahabat msc kaunseling..sama berkampung untuk membuat tesis di uum sept lalu..hhehehe...Sungguh persahabatan yang berputik beberapa hari membuka lembaran kasih sayang yang indah. Daripadanya aku belajar tentang kehidupan sungguh kalau kita susah ada orang lain yang lebih susah daripada kita...dia telah bercerai dengan suaminya, ibu tunggal yang membesarkan 4 orang anak remaja. Segala kata2 hina ditelan dengan sabar...hai..sahabat..sabarnya kamu..semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan rahmatNya dalam kehidupanmu di dunia..amin.

Friday, January 1, 2010

madah rasa..


salam..
~Cantiknya kasih sayang jika ada ketulusan,
indahnya kasih sayang jika insan bertakwa kepada Tuhan..
- kasih sayang

~ ilmu mampu menembus yang samar, menemukan sesuatu yang hilang,
dan menyingkap yang tersembunyi.

~ naluri dari jiwa manusia itu selalu ingin mengetahui sesuatu
yang baru dan ingin mengungkap sesuatu yang menarik.

~ Alangkah mulianya ilmu pengetahuan. Alangkah gembiranya jiwa
seseorang yang menguasainya. Alangkah segarnya dada orang yang penuh
dengannya, dan alangkah leganya perasaan orang yang menguasainya. - la tahzan

~ Kebodohan itu sangat membosankan dan menyedihkan. Sebabnya, ia
tidak pernah memunculkan hal baru yang lebih menarik dan segar, yang
kelmarin seperti hari ini, dan yang hari ini pun akan sama dengan yang akan
terjadi esok hari.

~Bila Anda ingin senantiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah
pengetahuan, dan raihlah pelbagai manfaat, niscaya semua kesedihan,
kepedihan dan kecemasan itu akan sirna.

~Kebodohan merupakan tanda kematian jiwa, terbunuhnya kehidupan
dan membusuknya umur.
{Sesungguhnya, Aku mengingatkan kepadamu supaya kamu tidak termasuk or-
ang-orang yang tidak berpengetahuan.} Surah Hud: 46

~Sebaliknya, ilmu adalah cahaya bagi hati nurani, kehidupan bagi ruh
dan bahan bakar bagi tabiat.

.......................
nota kasih:

{Dan, apakah orang yang mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan
kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di
tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada
dalam gelap gulita yang berkali-kali tidak dapat keluar daripadanya?}
(Surah Al-An'am: 122)

Tuesday, December 1, 2009

Madah Cinta


Tanpa Fikri, dunia Ika tidak bermakna.....

~Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semagat, tetapi membangkitkan semangat..." Syafikah. Aisya Sofie. Buatmu Sayang. Semusim Berlalu.`-

Tiada Luqman betapa sepi hati Farah...

~Didiklah anak dijalan yang dilaluinya, dan berjalanlah sekali di sana bersamanya dan apa yang dapat diajarkan oleh ibubapa kepada anak-anaknya adalah bagiamana untuk tetap melangkah sekalipun mereka telah tiada..."Farah Waheeda. Aisya Sofea Buatmu Kekasih. Cahaya Hatiku.-

Betapa getir dugaan, Fuad tetap milik Umairah....

~ Jika ingin membahagiakan ibu berbicaralah dengannya, jika ingin membahagiakan ayah anda dengarkanlah dia- Nurul Umairah. Aisya Sofea. Buatmu Kekasih. Itulah sayang...-


Meski bertahun terpisah, hati Zainal hanya untuk Kay....

~Biarpun perasaan cinta dan kasih sayang itu fitrah daripada Allah, tetapi keabadian cinta dan kasih sayang itu tidak akan diperoleh sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha dan susah payah..Kamilia Najwa. Aisya Sofea. Buatmu Kekasih. Kasihku Bagai Dulu..

dan Cinta suci hanif, adalah memori terindah Intan Azureen....

~Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak danri penghidupan.

~ Saat BERJAUHAN ku sematkan kasih di JENDELA HATI, Wahai kekasih hanya KAU UNTUKKU SEMANGAT ASMARAKU membuatkan GELORA CINTAKU ini memndam rahsia di hati tak siapa yang tahu...Intan Azureen. Aisya Sofea. Buatmu kekasih. Keabadian Kasih.

~ dan Cinta Kasih Ruhi, adalah rahsia Ilahi, tak pernah diketahui umpama cinta kasih langit dan bumi. (ini novel aku...hehehe)

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH...~tinta kasih sayang

~salam kasih sayang..
.....................................................
nota kasih:
mungkin aku terlewat membaca cerita mereka...hehehe tetapi sedikit sebanyak ia telah memberi banyak pengajaran, menerangkan jalan hidupku dan mengisi kekosongan hidup aku,....ya..secantik wajah dan namamu...sungguh suci hati budimu..kata-katamu menjadi penawar laraku..semoga penulis itu terus mendapat rahmat kasih sayang Allah dan bahagia yang Allah janjikan buat dirinya dan keluarga...amin. ~tulus kasih.


Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN