Ya Allah...Sesungguhnya Tanah Haram ini...negeri ini, ketenteraman yang ada di dalamnya dan hamba yang ada padanya semua kepunyaanmu. HambaMu ini telah datang menyahut panggilanMu, dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang banyak dan amalan-amalan yang buruk dan daku bermohon padamu Kau terima daku dengan limpahan kemaafanMu dan masukkan daku ke dalam kawasan syurgaMu...
Ya Allah...
Sesungguhnya, ini Tanah HaramMu, maka haramkanlah dagingku, darahku dan tulangku dari api neraka.
amin ya rabbal alamin.
~salam kasih sayang.
28052010
RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!
No comments:
Post a Comment