topbella

Tuesday, May 18, 2010

Cubaan itu.....


Hari ini juga...
tah kenapa dok tak duduk PK HEM ajak aku gi umah murid tak datang sekolah.
"free kan.."
"emm free." tak sampai hati nak tolak pulak..aku kata kat kawan aku...
" dah Allah nak bagi pahala tak kan kita nak tolak..." dia senyum aku senyum...aku pun ikut.

Sewaktu kat parking kete kawan aku panggil naik kete dia..aku pun naik sekali guru kelas murid tu, PK Hem dan ustaz sekolah aku sorang lagi.

dalam kete..ustz kata..
".teruja naik kete ni...sedappppp...." Sememangnya kete kawan aku tu kete Honda City baru. Dulu2 aku pun bercadang nak beli kete tu...

Tapi kawan aku menyampuk.
emmm...tu ustaz tak naik kete kak ruhid lagi...kalau kete kak ruhid lagi best...
Ustaz tanya kita ni bapa harganya ya...kawan aku kata kete dia harga 74, 000 je...
Ustaz tanya kete aku berapa harga...emm...aku kata ..tah bapa harga tak tau...aku malas nak bagi tau..memang pun aku dah lupa harga dia...hehehe.

Pas tu aku kata...emm kadang Allah menginzinkan kita beli kete agar dapat juga kekawan naik...
ustaz tergelak...em...tengoklah orang master cakap...dia perli aku...aku senyum je...aku pandang keluar lihat pepohon hijau nan cantik...

Kemudian kami terus ke matlamat asal nak ke rumah pelajar tu. Pusing-pusing...tanya punya tanya..shingga la ke IPSAH untuk bertemu dengan mak dia..yang kerja kat kedai koperasi IPSAH tu...

PK hem ajak aku..Dengan malu2..aku pun ikut dia..jumpa la dengan mak budak tu...setelah diberitahu....rupanya mak dia tak tahu anak dia tak datang sekolah dah seminggu. Mak dia kata..."Pagi keluar ke sekolah, pakai baju sekolah bawa basikal cam biasa. Tapi tak sampai sekolah..emak dia kata anak dia gi sekolah balik umah penat letih tido...begitulah..seminggu dah, sehingga kami datang baru mak dia tahu perkara sebenar....

Emak dia hampir menitiskan airmata...mengenangkan anaknya yang tahun ni akan mengambil upsr. Itulah dugaan itulah cubaan. Cubaan boleh datang dari perlbagai sudut...terkadang bila cubaan datang kita koreksi diri dan muhasabah diri ini. Apakah kesilapan dan kealpaan yang telah kita perbuat, atau adakah ini kifarat kesilapan yang belum terampun dosa....Allah menguji sekadar kemampuan hambanya, Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Allah suka hambanya dalam keadaan terdesak dan merayu meminta-minta akan sesuatu hajat dan menyesali kesilapan dan bertaubat....
Tapi yang pasti semua yang terjadi ada hikmah cuma kita perlu lihat dari perlbagai sudut kebaikannya..Semoga kita sentiasa sabar dalam menempuh cabaran hidup..insyaAllah.

~salam kasih sayang.


No comments:

Post a Comment

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN