Suatu hari...aku searching kat internet. Entah akupun tak tahu nak cari apa, cuma terkadang hati itu perlu dibawa terbang ke awanan, melihat alam ciptaan Tuhan dan susah senang makhluk mengharungi ujian kehidupan. Agar kelak terbit syukur dan nampak kebesaran dan hikmah Allah. Lalu...aku taip kata kunci ini..."kasih4u" maka datanglah banyak laman yang berkaitan dengan kasih4u. Tiba-tiba mataku terpaku pada laman ini...jari ini pun mengkliknya..http://alfawijaya.wordpress.com/2008/04/27/ di sana ada sajak ini. Aku terus membaca dan membaca.. berkenan aku dengan sajak ini...lalu aku pastekan di sini.....semoga terhibur pada yang sudi membaca...terimakasih dan alhamdulillah.
Pohon kasih itu,
Tak berwarna…tetapi semerbak harumnya
Bertunjangkan keimanan…tegak menjulang ketakwaan.
Berdaunkan ukhwah… talian kasih sayang.
Rendang kasihmu …meneduhkan daku,
Menyejukkan mata… menenangkan jiwa,
syukur kasih hadir sayangnya.
Pohon kasih itu,
Melambai-lambai memanggilku,
Kasih yang tak pernah jemu…bertamu dan mendoakanmu,
Alunan rentak gemalai rindu…bersamadi di situ.
Sekali sekala datanglah..di sana ada cerita kita,
Episod kasih sayang seorang hamba.
Semoga abadi selamanya.
Pohon kasih itu,
Sayang hiduplah…suburlah kasihnya,
Selagi kasih itu suci…ia tak akan mati,
Kerana hidupnya bukan di tanah tetapi di hati,
Walau bayu berhenti berbisik…ruhi tetapkan merintih sedih,
Kerana kaulah ruhi, hayati, aini, qalbi, habibti,
kerana kehadiranmu menyeri dunia kasih.
kasih4u
disunting dari :
"kasih4u.hadithuna.com"
Beri tanggapan April 27, 2008
RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!
No comments:
Post a Comment