salam...
semoga sejahtera sayang..
kasih ucapkan..
salam..
semoga ceria-ceria sayang,
kasih bisikkan.
salam...
semoga sayang tenang,
kasih doakan.
~kasihsyg
08102009
.............................
Nota kasih:
Sungguh dalam hidup ini kadang kita tidak menduga. Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kita...Allah sentiasa menyampaikan permintaan kita, Allah sangat pengasih lagi sangat penyayang...Allah tidak pernah tidur dan sentiasa berjaga untuk menyempurnakan segala hajat kita...tetapi kita ini pula lalai...lupa...padahal segala nikmat Allah kita nikmati tanpa bayaran malah berganda...
Sungguh kita ini tidak punya apa...semuanya kita meminjam daripada Allah... terkadang kita juga lupa semua itu bukan milik kita...bila-bila masa sahaja milik kita boleh diambil Allah. Syukurlah pada Allah kerana telah menyempurnakan permintaan hamba...syukur ya Allah..alhamdulillah...subhanallah, Allah huakbar..Allah maha besar dengan kepujian....kekalkan aku sentiasa beryukur tabah dan redha menempuh segala cubaan dan jadikan aku sentiasa menghargai nikmatMu ya Tuhan.... ~amin
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment