jika hati sempit,
perkara kecil jadi sulit,
Sayang...
jika hati lapang,
perkara susah jadi senang,
Kasih...
jika hati tenang,
yang luar biasa jadi biasa..
Sayang...
tika hati gelora,
kasih berserah pada Allah.
Sayang,
kerana iman yang ada,
kasih memilih redha.
kerana iman yang ada,
kasih memilih redha.
~kasihsyg
09102009
09102009
.......................
nota kasih:
...kerana tapak iman itulah...menemukan cinta itu yang selama ini telah hilang...Namun cinta itu terlalu jauh...tidak dapat digapai. Aku hanya memandang...dan memandang saat bayu menerbangkan....wahai Allah jika cinta itu bukan milikku usah aku menangis lagi, kurniakan redha hati ini, jangan biarkan aku kecewa lagi, gantikanlah aku dengan cintaMu, cinta orang yang menyintaiMu, cinta sejati lagi hakiki yang terbaik dan terindah di mata dan hati...salam kasih sayang abadi di hati. amin.
No comments:
Post a Comment