Alhamdulillah hirabbil alamin,
wassola tu wasala mu'ala asyrafil ambiaya' i wal mursalin wa'ala a lihi wasah bihi aj ma in.
Wahai Allah,
di pagi yang syahdu ini, aku menadah tangan bermohon bersama air mata kasihku yang tak pernah henti mengalir, Engkau berilah aku petunjuk dan hidayahMu, agar aku nampak jalan lurus, jalan-jalan kebahagiaanMu. Suluhi dan pimpinlah aku menuju keimanan, kebahagiaan, kecintaan, ketenangan dan rahmatMu.
Wahai Allah,
Engkau yang mencipta rasa-rasa yang ada di dalam jiwa. Rasa kasih yang bermaharajalela, rasa cinta yang unik dan rasa sayang yang menggila. Rasa-rasa ini tak pernah lekang dari jiwa manusia, cuma kadangkala rasa itu terpimpin dan cantik menghiasi akhlak insan soleh dan solehah atau dikuasai syaitan maka jadilah ia bersifat kebinatangan yang merosakkan.
Wahai Allah,
Engkau telah memberikan rasa kasih sayang dan cinta itu kepadaku, maka aku mohon kepadaMu, Engkau peliharalah aku daripada mengoyak agamaMu, Janganlah aku mengkut perasaan membelakangkan akal yang Kau kurniakan.. Limpahi aku kekayaan hati agar aku tidak memandang dunia dan segala isinya, agar aku tidak bersedih lagi, agar aku tidak menangis lagi pada hal-hal yang tidak mendatangkan manfaat, janganlah aku kecewa kerana dunia dan isinya yang telah Engkau ciptakan yang sekadar gurauan dan sementara. Berikan aku kekuatan jiwa, ketulusan hati, kecantikan akhlak, keimanan yang tinggi, agar aku dapat menempuh musabah dunia dengan sabar dan redha. Sejahterakanlah penglihatan dan pendengaranku dan kekuatanku selama hidupku untuk beribadat kepadaMu.
Wahai Allah,
Tuhanku dan Tuhan kamu, Tuhan seluruh alam ini, Tuhan segala makhluk. Lapangkanla hatiku, janganlah disempitkan pada hal-hal lagha yang merugikan. Kurniakan aku kejernihan akal agar aku dapat menghadapi segala mehnah dunia dengan bijaksana.. Jangan aku prasangka kepada mahklukMu yang baik yang mana prasangka itu adalah bisikan syaitan yang ingin menyesatkan Jangan aku membenci hamba-hambaMu yang soleh dan solehah sesungguhnya mereka adalah saudaraku dalam agama. Engkau pimpinlah aku ke jalanMu jalan orang-orang yang Kau berikan nikmat bukan jalan kemurkaan dan bukan pula jalan kesesatan. Sesungguhnya padaMu aku sembah padaMu aku memohon pertolongan.
Wahai Allah,
Tetaplah aku berbaik-baik sesama manusia jangan ada dalam hatiku walau sebesar zarahpun sifat cemburu yang jahat merosakkan manusai yang membusung dan mematikan hatiku. Kurniakan aku sifat-sifat mahmudah yang menghidupkan hati dan menyejukkan hatiku sentiasa. Sesungguhnya segala nikmat, segala kekayaan, segala kebaikan, segala kecantikan, segala kemuliaan, segala ketinggian , segala kekuasaan, segala keharmonian dan segala kasih sayang itu adalah milikMu. Khabulkan permintaanku sepertimana Kau khabulkan permintaan hamba-hambaMu yang soleh...
Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w para kerabat baginda, para sahabat baginda dan kaum muslimin dan muslimat seluruhnya.
amin ya rabbal alamin.
~kasihsyg.
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment