Musafir kasih,
kau datang tatkala aku hilang
aku datang tatkala kau meninggalkan,
kadang kita bertemu di titik persilangan,
tetapi kerana egomu
aku sama sekali tidak kau pandang.
aku pun diam dan diam..
kerana merawat luka-lukaku yang hitam.
Musafir kasih,
tidakkah kau merasa
getaran cinta yang ada di dalam jiwa,
tatkala dhuha aku berbisik,
hadirlah kasih sayang melimpah,
agar kita tenang jiwa,
agar perjalanan kita selamat,
menuju rahmat Allah.
~kasihsayang
07102009
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment