Hati…
tabah dirimu… jangan menangis lagi… dia tidak mungkin kan kembali!
Jiwa…
rungkaikan semalam… jika rantainya mengunci langkah… kamu mesti tabah!
Pada yang berhak…
ampun segala khilaf… sehabis daya ku kan bertahan…
Melankoli…
tiada kan pernah menjadi sempurna bila mana ketidaksempurnaan tiada diperhalusi!
Maaf …
pada ketidaksempurnaan dalam hati… bilamana pecahan kaca melukakan.. sungguh hati itu merah kerna darah; bukan?!
~kasihsyg
...................
Sejenak kasih termenung...kasih mencari-cari hikmah daripada semua yang terjadi, kasih perlu tabah, kasih perlu jernih hati, kasih perlu redha....Allah tidak memberi segala hajat hati, kerana Allah tahu itulah yang terbaik, Allah tidak menghilangkan sedih kerana segala kesedihan itu baik untuk kasih...dengan kesedihan kasih ingat Allah lebih, kasih sering merintih, kasih menangis. Kesedihan juga akan menghilang dosa-dosa seseorang, lebih baik ujian kasih dalam kesedihan kerana ia mendekatkan diri kepada Tuhan daripada ujian Allah dalam kegembiraan sehingga lupa pada Tuhan dan sesat jalan..Nauzulbillah. Kasih sekarang sudah mengerti mengapa kasih sentiasa bersedih, kasih melihatnya di sudut positif dan semoga kelak tenang hati..salam kasih syang..kasih tetap sayang walau dalam mana keadaan..
amin.
Sayang...
“saat rindu menyentuh jiwamu, ingatlah ada hati sedang mengingatimu” - Ungumisteri
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment