Wahai Allah...
Engkau maha mengetahui hati ku ini...
Apakah jenis hatiku ini ya Allah, penuh dengan kesedihannya, penuh dengan kesayuannya. Mengapa mataku ini cuma mahu mengeluarkan airmata kasihnya. Mengapa kolam mataku ini penuh dengan airmatanya dan mahu sahaja ia melimpah...
Wahai Allah,
Engkau tunjukkanlah aku hikmah di sebalik semua kesedihan dan kesayuan ini..Engkau bukakanlah hikmah yang tersembunyi di sebalik pertemuan, perpisahan, kesedihan dan kesayuan yang tak terperi ini, agar aku redha, tabah, sabar menerima anugerah ketentuanMu yang cantik ini..
Wahai Allah,
kurniakan aku kesabaran, ketabahan, ketulusan, kekayaan hati, ketakwaan dan keredhaan... aku ingin menyintaiMu ya Allah, aku ingin memiliki cintaMu ya Allah, aku mengadu padaMu ya Allah, dengarkanlah bisikanku, pandanglah aku yang merayuMu ya Allah, aku mohon tenteramkanlah hatiku ini, hentikanlah gelora hati ini, hentikan airmata kasih, buangkanlah sifat cemburu dan iri hati yang membisik-bisik, jangan aku prasangka buruk yang menyusahkan hati ini. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang aku sembah, Tuhan yang maha mengetahui bisik hati, dan maha berkuasa menenangkan hati.
~amin.
~kasihsyg
11102009
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment