
cinta awak terlalu suci,
aku tidak layak menghampiri,
Salam cinta...
cinta awak terlalu bererti,
aku tidak layak memiliki.
Salam cinta...
cinta awak terlalu tinggi,
aku tak mungkin menggapai.
Salam cinta...
cinta awak sering tersembunyi,
aku tidak dapat mencari.
Salam cinta...
cinta awak terlalu sakit,
kuatkah kasih bertahan lagi.
~salam kasihsyg.
09102009
.............................
nota kasih
Salam cinta kasih sayang...sungguh perjalanan hidup ini telah tersurat, mauku kah perjalanan hidupku begini? Maukukah bertemu titip persilangan kebetulan masa dan waktu suatu ketika dulu yang bermulanya cinta itu. Sungguh kalau aku dibenarkan memilih sudah pasti aku tidak akan masuk ke jalan ini...tetapi aku jua tidak tahu dan tidak berdaya. Inilah takdir aku menanti dan merindui selamanya.
Inilah jalanku sekarang dan aku akan teruskan perjalanan meredah duri2 tajam mnyucuk2 jiwa. Aku akan menghabiskan sisa-sisa kehidupanku di sini. Aku bawa bersama bebayang cinta kamu yang kelabu dalam lipatan memori kasihku.. Mengapa ya ...airmata kasih ini sentiasa sudi mengalir saban waktu. Mengapa aku berduka lagi...ya duka juga fitrah...selepas duka akan datang bahagia ...itu janji Allah.
Wahai Allah berikan aku kekayaan hati agar aku kuat dan tabah menempuh ujianMu yang sedikit ini. Jangan aku merasa kehilangan kerana rahmat kasih sayangMu tidak pernah berkurang. amin..
No comments:
Post a Comment