Aku ingin kamu berkeluarga,
aku ingin kamu jua bahagia punya anak-anak.
kalau kau punya anak,
tentu seronok..
kamu dapat memberikan mereka kasih sayang,
aku tahu...
kamu adalah seorang ayah yang penyayang.
Aku ingin kamu tahu,
kata-kata itu jua meresap ke jiwaku,
aku ingin memberikan mereka kasih sayangku,
tentu seronok,
kita akan tenggelam dalam keluarga tersayang,
tidakkah kau tahu,
amat bahagia dan indah menjadi ibu ayah yang baik..???
~salam kasih sayang.
02092010
...................................
Ya Allah,
Engkaulah Tuhan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan
Engkau. Engkaulah yang telah menciptakanku, aku adalah hambaMu, aku berpegang kepada
perjanjian dan taat setia terhadapMu dengan sedaya-upayaku. Aku memohon perlindungan
denganMu dariapda dosa yang telah aku lakukan. Aku mengakui limpah kurnia Engkau ke
atasku, aku mengakui juga segala dosa yang telah aku lakukan, maka ampunilah
kiranya dosaku itu, kerana tiada siapa yang boleh mengampunkannya melainkan Engkau juga
Ya Allah ya Tuhan,
aku memohon kepada Engkau apa yang paling baik yang pernah dipohon
oleh hamba-hambaMu yang soleh dan aku berlindung denganMu daripada sejahat-jahat apa
yang pernah diminta perlindungan oleh hamba-hambaMu.
Wahai Allah,
dengan nama-namaMu yang Maha Suci dan Mulia dan sifat-sifatmu yang tinggi, bersihkanlah hati kami daripada segala keadaan yang menjauhkan kami untuk memandang kebesaran dan belas kasih sayangMu, matikanlah kami di atas perjalanan Sunnah dan Jemaah dengan rasa kecintaan untuk berjumpa denganMu wahai Tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan.
Ya Allah ya Tuhan,
terangkanlah hatiku denga ilmu pengetahuan dan pergunakanlah tubuh badanku untuk mentaatiMu, bersihkan hatiku daripada fitnah dan sibukkanlah fikiranku untuk mengambil iktibar. Peliharakanlah aku daripada was-was syitan dan keluarkanlah aku daripada bahaya,
wahai Tuhan Yang Maha Pengasih sehingga syaitan itu tiada berkuasa ke atasku.
Ya Allah ya Tuhan kami,
sesungguhnya kami telah beriman denganMu, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada azab seksa neraka.

amin ya rabbal alamin.
No comments:
Post a Comment