Alhamdulillah...
hari ini Allah menunjuki aku sesuatu,
yang mungkin aku tak perhati,
sungguh terasa sakit,
menikam-nikam hati.
Alhamdulillah...
hari ini Allah memberi aku cahaya,
yang mungkin aku dalam gelita,
sungguh aku mensyukuri,
dan menghargainya.
Alhamdulillah...
hari ini Allah telah memberiku erti,
yang dahulu belum kufahami,
nikmat jua kalau mahu berkongsi,
itu jua rahmat Ilahi..
Alhamdulillah...
hari ini Allah menitipku makna kasih,
yang dahulu aku tak kisah,
sungguh jika tiada ia amat berharga,
sukar diulangi atau di diganti.
Alhamdulillah...
semoga Allah kurnia aku kekayaan hati,
agar aku tidak cemburu lagi,
sungguh sayang dasarnya milik kasih,
tapi hakikatnya tuan milik Ilahi.
~salam cinta berpuput semula.
No comments:
Post a Comment