Wahai Allah,
aku ingin berikan dia sesuatu,
maka izinkanlah.
aku tidak mengharapkan apa2,
maka permudahkanlah,
aku cuma ingin dia gembira.
makbulkanlah..
Wahai Allah,
Engkau telah mengambil darinya,
orang yang dia cinta,
sungguh dia jua tidak punya apa2,
Engkau menolongnya,
mungkin melalui aku kiranya,
aku syukurinya.
Wahai Allah,
tiada apa dapatku persembahkan,
ibadatku pun tak seberapa,
pengabdianku jua tak terpenuh,
hanya sedikit tanda kasih sayang,
sesama manusia di dunia,
maka redhalah ya Allah.
~salam kasih sayang.
02092010
.........................................
nota kasih:
Wahai allah,
sesungguhnya Engkau mengetahui segala yang aku lakukan secara rahsia dan perbuatanku yang terang-terangan, maka terimalah keuzuranku dan Engkau mengetahui hajatku, maka kurniakanlah permintaanku. Engkau mengetahui segala yang ada di dalam sanubariku, maka ampunilah dosaku.
Ya Allah ya Tuhan,
sesungguhnya aku meminta kepadaMu iman yang kukuh di hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui bahawa tidak akan menimpa sesuatu kepadaku melainkan apa yang Engkau telah tetapkan. Aku redha dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku. Engkaulah yang menolongku di dunia dan akhirat, maka matikanlah aku dalam Islam dan sertakanlah diriku bersama-sama orang yang soleh.
Wahai Allah,
janganlah Engkau tinggalkan pada kami di tempat yang mulia itu sebarang dosa pun, melainkan Engkau mengampunkannya. Jangan Engkau biarkan kesedihan yang wujud di hati kami melainkan Engkau menghapuskan dan tidak ada sesuatu hajat yang diminta melainkan Engkau telah mengurniakannya, mudahkanlah segala urusan kami dan lapangkan dada kami, terangkanlah hati kami dan sudahi amalan-amalan kami dengan kebaikan,

matikanlah kami dalam Islam, hidupkanlah kami dalam Islam dan sertakanlah kami bersama-sama orang yang soleh dengan tiada mendapat kehinaan dan bala bencana.
amin ya rabbal alamin.
(sumber: doa solat sunat tawaf daripada buku doa haji dan umrah.
No comments:
Post a Comment