mengapa hamba sahaja yang merasa,
dia yang berkata mengapa hamba yang menerima.
apalah salah hamba,
sehingga hamba diuji begini rupa?
Wahai Allah,
mengapa airmata tak berhenti menitis?
rasa belas dan simpati menghiris-hiris,
apalah dosa hamba,
kesedihan ini tak pernah berakhir?
Wahai Allah,
inikah takdir yang tertulis,
andai ia telah tersurat dan tergaris,
titipkan hamba redha di hati,
usah hamba menangis lagi.
Wahai Allah,
andai ini kesalahannya dulu,
ampunilah dia kerana khilafnya itu,
andai ini semua kerana kejahilanku,
ampunilah dosa-dosa ku.
Wahai Allah,
telah banyak masa terbuang,
telah banyak tenaga di sia-siakan,
kembalikan kami ke jalan rahmatMu,
untuk tenang rukuq dan bersujud.
~salam kasih sayang.
...........................
nota kasih:
wahai Allah, bimbinglah aku, tunjukki aku jalanMu untuk aku beribadat dan bermu'amalah dengan manusia keranaMu. Sungguh cantik lagi indah cinta kasihMu, titipkanlah keimanan dan cinta kasihMu itu ke dalam hatiku. Tenangkan hati kami untuk menempuh hidup. amin.
No comments:
Post a Comment