topbella

Wednesday, September 22, 2010

Salam kasihanda


hari ini...
tah macam mana aku teringin nak buka blog kasihanda.
ya blog aku yang telah lama aku tinggalkan...aku baca tulisan aku dulu....aku senyum sendirian.
Emm....terdetik hatiku, " betulkah aku yang tulis tu"...terasa suka pula membacanya...
aku baca..

Setulus kasih

Assalamualaikum..
Hujan merenjiskan haruman kasih, hujan membasahi rindu yang di bawa bayu… alangkah nyamannya di kala bayu berpuput tika aku berada di pantai impian kasihmu. Saujana pandangan yang menawan, tiada yang melukakan. Sesekali pepohon melambai-lambai kasih rindunya seolah-olah mengucap selamat sayangku, sesekali ku dengar kicau burung, seolah-olah sedang berbicara kasih senyum mesra selalu, sesekali ku perhati alunan ombak yang sudi hadir ke kakiku seolah-olah ingin bermanja-manja bercanda ria, sayang mengajakku ke sana…bersimpuh khusyuk di alam impian kasih cinta yang indah….
Hehehe…sayang…sayang…aku terbuai rupanya dek ilusiku. Ngigaukah aku di petang-petang gini, sendiri......bla..bla..bla........

kemudian aku baca..

Salam ingatan..

Assalamualaikum…
Dalam leka cahaya suria aku di bawa kesibukan merata-rata. Berulang alik jasad bersama ruhnya. Bersama hasrat dan kewajiban. Kadang-kadang kasihku tinggalkan. Sedang kekasih sering memandang dan aku tidak pernah di lupakan….Dalam meneguk segelas cinta kasih insan . Aku di buru keresahan, diusung kegelisahan, dibalut segala kelekaan. Kadang-kadang aku sendiri tidak dapat memilih antara benar dengan kebohongan, antara kemuliaan dan kehinaan. Inikah wajah insan yang menjulang kebenaran…??Aku sendiri tidak mengerti sayang…apakah Allah redha dengan perlakuan. Apakah benar apa saja yang kita lakukan, apakah berpahala apa yang kita lafazkan. Wahai Allah tunjuki aku, hidayahi aku, jangan Kau sesatkan aku setelah Kau memberikan aku petunjuk, jangan Kau lupakan aku setelah aku berjalan menerusi liku-liku ini, jangan kau biarkan aku bergelomang dengan dosa kerana kebodohanku sendiri.

Bimbinglah aku ke jalan yang Kau redhai, aku hambaMu yang lemah aku perlukan kekuatanMu, aku hambaMu yang jahil aku perlukan kasih dan sayang, limpahi aku ilmuMu, aku hambamu yang dungu berilah aku kebijaksanaan dari khazanah kepandaianMu..agar aku menjadi hamba-hamba yang beruntung….

Ya Allah, cantikkanlah akhlakku sebagaimana cantiknya akhlak Rasulullah S.A.W dan Siti Fatimah, Tenangnya hatiku sebagaimana kau tenangkan air tasik dan serikan wajahku sebagaimana cahaya bulan pernama di malam hari dan berserinya wajah orang-orang yang beriman.

Ya allah, sucikanlah hatiku daripada kemunafikan dan sucikanlah amalku daripada riya?Sucikanlah lidahku daripada berdusta dan mataku daripada khianat kerana sesungguhnya engkau yang maha mengetahui(pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha pengasih daripada sekalian berkasih…

amin ya rabbal alamin..
kasih4u

21.03.2007
………………………………………………………
Carilah Kasih Kepada Allah Sebelum Mengucap Kasih Manusia.Bila Hati Terisi Dengan Manusia,Cinta Allah Akan Jauh.”Allah Sekali-kali Tidak Menjadikan Bagi Seseorang 2 Buah Hati Dalam Rongganya”(Surah Al-Ahzab:4)


kemudian aku baca...

3/14/2007

Kembalikan aku ke jalanMu

Assalamualaikum…
Tika aku di sini,
Memandang bulan yang aku kasih, air mataku jatuh satu persatu, tak dapat ku tepis. Biarlah kau mencurah-curah seumpama hujan tumpah. Turunlah..turunlah, alirlah…alirlah ke bawah…aku merestuimu…Sesekali perlu jua jika mata menangis, sesekali baik jua jika hati terhiris, sesekali indah jua jika rasa sedih, sesekali bagus juga jika hati sakit, sesekali berhikmah jua jika jiwa terguris. Apa saja yang ada, apa saja yang tiba, apa saja yang rasa, apa saja yang tiada, apa saja yang membalutinya adalah jua anugerah untuk menguji keimanan untuk memupuk redha dan takwa kepada Allah…Tika aku di sini,
Mahu ku bawa hati ini jauh, jauh dari semua yang menghiris, jauh dari semua rasukan iblis, jauh dari segala yang membelit, jauh dari rasa yang menghimpit. Aku ingin bebas....bla..bla..bla...sampai habis..
..............................................

Aku baca lagi baca lagi, karya seni aku tu. hehehe. Tersentuh juga hati kecilku...terbayang pada masa itu hanya aku yang merasa...Emmm... aku baca sehingga la habis page pertama. Lalu aku tengok komen yang ada tertera kat tepi blog tu.. Selalu kat komen tu tak de pun pengunjung yang baru mengomen...tetapi hari ini ada tertulis kat situ "arabsays". Lalu aku terus mengelik tulisan nama itu. Wah ada sajak bagus kat situ......lalu sudi aku pastekan di bawah ini..sebagai notakasih abadi.
  1. arabsays

    Kasih, kenanganku
    Ingatkah saat saat dulu Kasih,
    apakah dirimu
    Merasakan semua itu

    Ke mana pun langkahku pergi
    Ku masih melihat bayanganmu cintaku
    Dan kemana pun arah anginku berlari
    Hati ini masih kau miliki

    Lelaki ini yang selalu mencintaimu
    Selalu, tanpa ragu
    Lelaki ini yang selalu memuja
    Hanya dirimu
    Yang bertakhta dalam sanubariku
    Sanubari ku
    Aku yang mencintakan mu
    Hanya dirimu...

    Karena cintaku,
    tak berbatas waktu
    Karena cintaku,
    tak mengenal jenuh hatimu
    Hatimu

  2. salam..
    hai arab,…
    sajak kamu sungguh indah..
    terpegun saya membacanya..
    apa kah ini senikata lagu ka..

    ya indah sekali..
    alangkah indahnya
    jika ia adalah kata hati…

    emmm…
    jika benar…
    akulah yang paling bahagia..
    di dunia ni..

    cewah berpuisi..
    pulak aku ni..
    wlaubagaimanapun terima kasih
    kerana meninggalkan catatan di tinta kasih.

    wsalam.

    (http://kasihanda.wordpress.com/tinta-kasih/#comment-40)


Ya begitulah kira-kiranya...siapalah si arab ni...hai tak mau la kalau kena pak arab betul. hehehe..Orang kata pak arab ni cemburu siot......juga orang arab juga tak suka orang melayu..mungkin..meka kata orang melayu tak pandai jaga bini. Hari tu semasa gi umrah..ada la sembang ngan arab kedai..dia kata orang melayu suka tindas bini. Kalau mekalah..Suami sangat prihatin kepada isteri....dah la meka kalau nak kawin terpaksa keluar belanja banyak, nak cerai isteri pun kena bayar banyak. lagi pulak meka carikan isteri orang gaji, meka jaga anak, makan pakai semua tanggung beres. Sebab tulah mak-mak arab semua gemuk2 ......sebab melayan laki je...hehehe. Ye kerr...Tapi orang melayu tak semua buruk. Orang melayu sebenarnya halus budi bahasanya. begitu juga yang" lelaki melayu terakhir" ... sejuk ati sejuk jiwa kasih sayang. hehehe. ya kerana jaga adap sopan santun... akhlak terpuji tak merapu tak tentu hala. ya Jaga tutur kata. berfikir dahulu sebelum berbicara....ewah...ye kerr..atau sebenarnya tak cinta....hehehe. Gurau je...

Emmm...siapa-siapa pun en arab tu tak apa la...iyaa...pengunjung yang dirahmati Allah jua, yang sudi singgah menghantar senikata lagu buat hamba....hehehe. Saya sangat menghargai. Semoga anda menemui kekasih anda, kasih yang dirindui itu...ya semoga kita berbaik2 sangka dan berhati mulia. Sesungguhnya Allah maha pengampun dan maha pengasih...ini jua bagiku adalah tanda kasih sayang Allah jua, Ya...dalam mana aku sekarang ini kekeringan kasih sayang dan aku menangis untuk menagih kasih sayang...Allah menghantarkan aku anugerah kasih sayang..Aku syukur padaMu ya Allah...aku insaf hanya ketentuanMu yang akan terjadi dengan Engkau hanya berkata KUN...FAYAKUN...jadi maka jadilah...

Sesungguhnya aku hambaNya yang daif lagi kurang ilmu...terkadang aku meminta sesuatu yang aku fikirkan ia amat baik untuk aku..tetapi di sisi Allah ia merupakan mala petaka...lalu Allah yang maha pengasih tidak mengkhabulkan permintaan aku, tetapi aku terus menangis sambil meminta-minta. Allah melambatkan permintaan aku itu sehingga aku sedar dan insaf diri..sungguh Allah itu maha pengasih pada hambaNya.

Terkadang Allah memberikan aku apa yang telah aku meminta...sedang Allah hanya ingin mendidik hati aku agar mengakui bahawa DIA lah yang maha berkuasa...dan maha mengetahui. Aku meminta kasih sayangnya yang selama ini telah Allah limpahkan pada aku dan aku bahagia dengannya. tetapi aku yang daif lagi buta...ingin menambah2kannya kerana aku merasakan ia tidak pernah cukup kiranya... ya dalam kejahilanku rupanya. Lalu barulah aku rasa betapa tersiksannya jika rasa cemburu itu menggigit2 jiwa...ya hari ini aku baru sedar sesungguhnya KETENTUAN ALLAH lah yang terbaik bagi aku, sebagai hamba selayaknyalah kita akur patuh taat takwa kepada ALLAH TAALA. Alhamdulillah ya Allah memberiku keinsafan dan keimanan ini..semoga kita bersyukur dan tidak terlambat lagi untuk kita bertaubat atas segala dosa-dosa..wahai Allah ampunilah kami...golongkan kami bersama hambaMu yang soleh, hamba yang Engkau redhai...amin.

~salam kasih sayang
22092010

No comments:

Post a Comment

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN