topbella

Saturday, April 18, 2009

Tarikh ini 18. April 2009...

Sungguh dalam hidup ini masa berlalu begitu cepat, terkadang kita tidak terkejar...
aku terima masej kawan baik aku, teman sekuliah, teman se assignment, teman ke hulu ke hilir, teman kasih...
kawan aku mesej memberitahu keadaan suaminya..:
~ semalam dapat tidur sikit, tu pun pagi tadi depa bagi ubat tidur. Arini doktor kata nak buat macam2 check. kelmarin kami sampai dah lewat, so doktor pakar bahagian jantung belum buat apa2 lagi.
Mesej kawan aku dari hospital Island penang...

~ Doktor dah bagi tau result, saluran eroxia ke jantung lak yang dah rosak kena operation gak. Tak ada jalan lain kalau dibiarkan saluran itu akan pecah, kos operation di sini tinggi, insuran yang ada tak cukup, doktor nak contact dengan IJN penang...

Oh ya...semoga Allah memberi ketabahan dan kesembuhan pada ustaz.

Kawan aku mesej lagi...

~ ustaz kena posa dari semalam sebab pagi ni doktor nak cek macam2 darah dia rendah sangat lak,nurse takur pengsan. Satgi doktor mai cek lain nak tukar ubat lak. Semalam dia tak leh tidur juga kemudian depa bagi ubat tidur, lani baru boleh tidur...

petangnya aku dapat mesej ni pula:

~ Kak tolong doakan, doktor kata operation yang ni lebih besar dan berisiko daripada dulu, Saya dah tak leh fikir tentang proposal tu lagi, tak taulah macammana nak buat. Lani darahnya terlalu cair kena tunggu supaya beku sikit. Masalahnya saluran aroxa dah terlalu bengkak takut pecah..

Pagi tadi aku dapat mesej kawan aku lagi...

~ Tolong baca yassin dan doakan suami saya dia masuk ICU pagi ni, doktor mintak baca yassin dan doa...

Lalu kebetulan hari ini kami semua ada sekolah ganti ..jadi ustaz sekolah aku, guru-guru dan murid-murid membaca yasin diperhimpunan pagi tadi. Semoga dipermudahkan Allah kepada ustaz untuk sembuh, jika Allah ingin untuk mengambilnya, Allah permudahkan jalannya ke sana.

Jam 1 30 petang..aku terima mesej kawan aku lagi..
~ustaz dah meninggal jam 1 petang tadi...

Inna lillah hiwainna ilai hiroo ji uun..(dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan)

Aku terima dengan linangan airmata sesuatu yang tidak ku sangka..Ustaz yang aku kenal kerana sama sekolah sewaktu mengajar di sksl dulu...kami sama rumah sukan (rumah merah) dan mengajar tahun enam diketika itu..Ustaz sakit hari ahad ritu dan meninggal hari sabtu. ..Semoga Allah menempatkan ustaz di tempat orang2 yang soleh dan mengampunkan dosa-dosanya..Semoga Allah memberi ketabahan hati kepada keluarganya..amin.

Sungguh kita jua akan ke sana...umur 46 tahun ustaz tidaklah terlalu tua...tetapi telah pulang ke rahmatullah....sungguh kematian ustaz ni memberi tamparan hebat padaku...agar usah melalai lagi ingatlah bahawa kita semua akan pergi...dan perlu menghubungkan silatulrahim dan mempunyai hati yang bersih...apa saja di dunia ini akan kita tinggal, yang akan dibwa ke sana adalah amalan solehin dan amal bakti...Wahai Allah izinkan kami untuk berlumba2 untuk mencintaiMu sepanjang hayat kami..matikanlah kami dalam sebaik2 kematian...agar kami mendapat keuntungan...

Mati itu pasti...Alam kubur itu benar, persoalan mungkar nangkir itu benar, hidup kembali itu benar, alam akhirat itu benar, syurga neraka itu benar teguhkanlah keimanan kami, matikanlah kami dalam Islam..ampuni dosa2 kami wahai Allah yang maha pengasih.....amin.

-kasih-sayang..

No comments:

Post a Comment

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN