Malam ni aku tak leh lena...entah kenapa mata ku ini tak boleh lena..apa yang difikirkan minda, aku jadi serba tak kena...
Hati ini sedih semacam saja...apa yang disedihkan. apa yang nak ditangiskan. apa yang nak dikenangkan...apa yang diharukan..
Petang tadi aku mengunjungi jenazah...tapi sesampainya kami jenazah telah diangkat ke dalam kereta jenazah..aku hanya dapat melihat jenazah dibawa oleh kereta jenazah ke tanah perkuburan....
Aku jumpa kawan aku...lalu tak terbendung airmata mengalir...aku tak tahan lagi...sungguh kasihan melihat dia..dia yang telah dicuba begitu perit...Pagi Selasa dulu sewaktu dia dtg ke sekolah untuk mengambil cuti, untuk membawa suaminya ke hospital Penang, aku pernah berkata...
"Cubaan kita di dunia ni berbeza-beza...ada bahagian masing-masing. Kan...ustaz dan ustazah tentulah berat cubaan Allah itu, kami ini orang biasa...cubaan biasa-biasa aja. Sabarlah ya...."
Sambil tersenyum dia berkata,
" ya sabar ni..tapi airmata nak terkeluar juga..."

Sungguh cubaan itu berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...semoga Allah memberi ketabahan kepada mu...wahai kawanku...
Tadi...ramai rakan sekerja, rakan sekuliah, rakan setaman, datang menziarahi..Dr Azni pun datang juga...untuk memberi sokongan pada kawan ku....Ramai orang kampung datang..untuk memberi penghormatan terakhir kepada ustaz.,,,ya ustaz dah pergi.. dan jalanya mudah untuk menemui rahmat Allah. Alhamdulillah...
Aku masih teringatkan lagi suasana petang tadi..aku katakan pada kak ngah...cuba bayangkan kalau la adik atau sesiapa sahaja meninggal..sebelumnya kita bersama, di dalam sebuah rumah. tetapi setelah meninggal lalu dikebumikan di kubur..yang jauh ada yang dekat dengan hutan..sudah tentu kasihan dan sunyi duduk sorang-sorang di situ..tanpa teman..kak ngah menangis. Aku juga menangis kenapa aku menangis...kenapa sebelum ini aku tak terfikir kesunyian itu...aku tak terfikir nyilu rasa kasihan dan sedih itu?
Aku katakan pada kak ngah..di dunia ini...kalau kita serumah, kita kasih sayang kepada seseorang....kita sediakan makan, sediakan pakaian, kita tolong menolong..tetapi kalau dah meninggal hanya sedekah amalan baik itulah yang dapat membantu seseorang di dalam kubur sana......
Jam pukul 2.30 pagi, aku belum lena lagi...kalau selalu waktu2 begini sejak 3 bulan ini aku sudah lup di alam mimpi.. tah akhir2 ni lagi banyak kerja semakin banyak aku tidur, lagi banyak assignment yang aku kena buat semakin banyak aku lena...Dulu prof ada kata...tanda stress...atau tanda-tanda kemurungan...ialah banyak tidur...atau tak boleh tidur langsung. Tapi malam ni aku tak boleh lena...Aku cakap pada kak long..aku kata aku tak leh lena...tah kenapa aku tak leh lena...rupanya aku belum cita pada dia lagi tentang pemergian ustaz tengahari tadi...aku mesej offline pada kak long..rupanya dia pun belum tidur lagi...dia kata..dia pun tak leh lena rupanya dia nak dapat berita dari aku...

Aku pesan padanya..agar beringat-ingat selalu...kita hidup ni tak lama. Kita pinjam nyawa ini dari Allah...sampai masa kita harus pulangkan semula..dan Allah nak ambil balik nyawa itu kita tidak tahu bila...banyakkan membaca al Quran, solat dan puasa...semoga selamat di dunia dan di akhirat sana...
semoga Allah memberi kita semua kekuatan untuk beribadat dan menumpahkan sepenuh cinta kasih kepada Allah...sesungguhnya cinta kasih kepada Allah membolehkan kita untuk memiliki hakikat syurga di dunia dan di akhirat..amin
kasih..
.....................
kasih..
.....................
nota kasih:
Sekarang aku baru boleh lena kerana telah meluahkan rasa-rasa.....Selamat malam..selamat menyintai Allah swt. amin.
.............................................
No comments:
Post a Comment