di hujung rindu,
ada kasih bersimpuh di situ,
tatkala cinta membuka mata,
rindu melimpah kasih sudah tiada.
di hujung rindu,
ada sayang bersimpuh sedu,
tatkala cinta membuka mulut bicara,
kasih sayang sudah tidak bermakna.
di hujung rindu,
ada kasih meratap hiba,
tatkala cinta membuka pintu hatinya,
sayang kasih sudah meninggalkannya.
`kasih
.............................
nota kasih
usah panggil kasih lagi...lorong itu pemilihan kasih sendiri. hati kasih itu keras, sekali kasih melangkah ia tidak akan berpaling lagi...doakan kasih selamat dan tenang hati.
buat rindu yang tinggal baik2 jaga diri, sememangnya rindu itu tidak memerlukan kasih...selamat tinggal rindu kasih.~~
coretan ini adalah ilusi kasih sahaja tidak mengenai siapa yang hidup atau yang mati...usah berkecil hati.
~ hargailah tatkala kesudian itu datang...kerana kesudian jarang datang untuk kedua kali....
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment