pada sebuah memori usang,
apakah yang ku harapkan?
pada rerumputan di jalanan,
apakah yang aku pandang?
pada sayu tak pernah lekang,
apakah yang selalu menikam?
pada kasih yang terbuang,
apakah masih ada harapan?
pada paparan kasih seharian,
apakah kau mahu faham?
~kasih~
nota kasih:
sungguh rasa yang ada itu anugerah Allah taala..manusia tidak mampu meletakkan rasa pada mana2 patung yang direka. Jadi usah marah pada rasa kasih sayang yang singgah, kerana ia mendidik jiwa, di samping untuk menguji sejauhmana iman yang ada didalam dada jua untuk mengenalpasti tingkat ketakwaan yang dimiliki hamba... atas segalanya, hanya alhamdulillah, kalimah yang sebaiknya keluar dari mulut kita...tanpa keizinan Allah pertemuan tidak pernah akan bermula. Perpisahan yang tiba sekadar untuk memberi laluan kepada pertemuan baru yang mungkin lebih berhikmahnya. insyaAllah
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment