Sewaktu awal mengajar…
dia mahu jadi guru pakar,
mesti dapat apa yang telah diajari,
salah sedikit sanggup murid dirotani,
tetapi sekarang dia sudah memahami..
Sewaktu awal perkahwinan,
dia mahu jadi suami isteri soleh solehah,
semua dibuat diteliti dan dijaga,
waspada takut2 melanggar perintah Allah.
tetapi akhirnya semuanya tak apa..
Sewaktu awal menjadi ibu,
dia amat pengasih perihatin selalu,
nasihat orang tua tidak diperlu,
kerana mereka lebih bijak dan maju.
tetapi tatkala susah kembali kepada ibu.
Sewaktu senang kaulah itu,
lupa pula dari mana asalmu,
hal-hal dunia di hadapan selalu,
kerana kononnya kita jua perlu maju,
tatkala susah Allah jua tempat merayu.
Begitulah resmi manusia,
sewaktu mulanya bersemangat waja,
tak heran pula apa orang kata,
tetapi betahnya tak lama,
berubahlah moga kitakan jaya...
~kasih sayang~
................
nota kasih:
Bicara dalam bicara sekadar renungan sahaja..usah terasa hati, tiap manusia ada kelebihan dan kekurangan, tak selamanya jatuh dan rendah jika mau bangun. Susah senang adalah fitrah, derita bahagia tak selamanyanya milik kita..kembali kepada Allah di sana ada hakikat nikmat kasih dan cinta selamanya..
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment