topbella

Sunday, January 29, 2012

Usah sedih kasih..

sunyi...memanggilku ke sini,
bersimpuh duduk mendakapku...
di sana aku lihat kamu dalam kabus putih,
doa membuat hatiku jernih.... untuk bersujud...
kita adalah tuan..menundukkan perasaan.
kamu adalah tuan hamba yang ku hormati....
hanya Allah tahu segala rahsia...
terima kasih ya Allah atas rahmatMu
pada seluruh maya...


~SALAM SAYANG...

‎~✿..Jika kamu merasa SUNYI TIADA TEMAN,

- INGATLAH Allah sentiasa ada bersamamu..BERKOMUNIKASILAH

denganNya,
MENGADULAH hanya padaNya..✿~

“Ketahuilah bahawa dengan MENGINGATI Allah itu hati akan TENANG..”
(13:28)


- Kenapa perlu ingat kenangan lama yang pahit yang pernah menyakitkan kita dul-

sedangkan kini kita punya sebuah kehidupan gembira yang jauh lebih baik~ ♥

~KAK NGAH.


....................
NOTA KASIH:
Terkadang kita yang kurang ilmu, menangis2 meminta sesuatu pada Allah, kita
mohon dengan sungguh-sungguh agar Allah memperkenankan permintaan kita, janji
itu ini andai Allah tunaikan permintaan kita ingin buat itu ini...

Sungguh kita yang tiada ilmu, menginginkan sesuatu itu mengikut hawa nafsu sendiri
tanpa ada ilmu tentang kesan baik dan buruk sesuatu itu pada kita...sungguh kita
tidak menggunakan akal yang dikurniakan Allah, kerana kita merasa itulah sesuatu
yang terbaik buat kita...

Sungguh Allah maha tahu....ilmuNya meliputi segala yang ada, di dalam langit dan
bumi..Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya, lalu Allah tidak
mengurniakan permintaan kita yang berdasarkan hawa nafsu kita,...yang
cantik di pandangan kita, yang di rasa berkebaikan 100 % pada diri kita kononnya....

Sungguh Allah tahu ia sebenarnya tidak baik buat kita, kerana Dia sayangkan kita,
kerana Allah tidak mahu membebani kita dengan pemberian yang tidak selayaknya,
kerana Allah akan memberikan kita sesuatu yang terbaik pada pandanganNya dan
terbaik buat kita di sisiNya,

Apa yang ditentukan Allah itulah yang terbaik.....
kelak kita tidak menyesal, kelak kita akan berbahagia, kelak kita akan merasa nikmat
syurga di dunia....untuk hati itu tenang dan tenteram beribadat kepadaNya...

Sungguh Allah tidak pernah membebani hambaNya melainkan mengikut kesanggupan
hambaNya....

Syukurlah kerana Allah menangguhkan pemberian itu kerana Dia akan memberi yang
terbaik buatmu....sabarlah menunggu saat itu...cuma kamu perlu menggunakan akal
untuk membuat pilihan yang terbaik kerana Allah untuk kebaikan diri, keluarga,
agama kamu sendiri...

semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua untuk berjalan di jalan yang lurus
untuk menuju ke syurga Allah yang penuh dengan nikmat abadi....

Allah hum inna nas aluka redho kawal jannah..
wanauu zubimin saqho tikawan nar.....

amin ya rabbal alamin...

~salam kasih sayang.
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

No comments:

Post a Comment

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN