salam..
Ustaz kata...
solat itu dapat mencegah perkara keji dan mungkar..
Untuk solat, kita perlu bersih 3 perkara: dari sudut fiqah:
- tempat
- pakaian
- diri
tetapi dari sudut tasauf tambah satu lagi..iaitu...
- tempat,
- pakaian,
- diri,
- hati.
Bagaimana nak bersih hati kita..?????
ya...untuk bersih hati itu kita perlulah bertaubat...
Untuk bertaubat....kena faham 3 masa: iaitu,
masa lalu : menyesal segala dosa-dosa yang telah dilakukan,
masa sekarang : berhenti melakukannya dosa itu,
masa akan datang : berazam untuk tidak melakukannya lagi..
Kalau dosa kecil dan berterusan melakukannya dosa itu...ia akan jadi dosa besar.
dosa besar harus...... bertaubat nasuha.
Ulamat berkata..
"jangan kamu tanya, besar atau kecilnya dosa itu
tetapi tanyalah pada siapa kamu melakukan dosa itu"
samada kepada----> ibu bapa,
samada kepada-----> manusia lain,
samada kepada-----> alam
samada kepada------> pencipta kamu..
Dosa kepada manusia...wajib meminta maaf kepada manusia itu dan menyebut segala kesalahan yang telah kita lakukan...
Jadi harus takutlah untuk berbuat dosa kepada orang lain, kerana dosa itu tidak akan terampun andaikata orang itu tidak mengampun dosa itu.
Dosa dengan pencipta kita, insyaAllah, Allah akan mengampunkannya kerana Dia maha pengampun dan lagi maha penyayang.
Apabila kita hendak solat perlulah pastikan ke empat perkara tadi...
iaitu..
--->bersih tempat solat,
---->bersih pakaian kita,
---->bersih diri kita dengan wuduk yang baik,
---->bersih hati..kalau hati tak bersih penuh dengan dosa dengan manusia,
dosa dengan Allah yang masih belum terampun....
ditambah lagi..solat, tidak tahu maksud ayat-ayat yang dibaca,
mengerjakan solat dalam keadaan terburu-buru nak sudah,
tak tahu tujuan solat, dan sebagaimananya..sudah tentu tiada maknanya, sudah pasti kosong harganya...
sedar....di mana tingkatnya di sisi Allah..
berapa markah yang selayaknya diberi andai kamu penilainya...
Sungguh,,..hamba itu sanggup....
menghantar persembahan yang sebegitu (hampas) kepada Allah Tuhan pencipta kita,
Tuhan yang telah memberi segala nikmat tanpa meminta bayaran,
Tuhan yang tidak berhajat kepada hamba walaupun hambanya tidak beribadat kepadaNya,
cuma kita yang sentiasa mengharapkan Allah
sangat bergantung kepadanya..
oleh itu check solat kita....muhasabah tentang solat kita sehari-hari....
jadi ....bagaimanalah solat itu akan mencegah perkara keji dan mungkar,
oleh sebab itu..ada hamba yang bersolat..
tetapi solatnya tidak mencegah dirinya dari perkara keji dan mungkar...
Wahai Allah kurniakan kami cahayaMu, kurniakan kami nikmat dalam solat..kurniakan kami khusyuk dan tawadduk dalam solat..peliharalah kami dari azab api neraka...
Wahai Allah tunjukkan kami jalan yang lurus untuk ke syurga...
amin.
~salam kasih sayang..
.....................Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment