Apa khabar bulan..?
lama tidak bersua..
bukan tiada ingatan..
..bahkan selalu sahaja
menyebut dan mengenang
yang jauh di sudut hati
Kamu sihat bulan..?
lama tidak bertanya khabar..
bukan tak sudi tapi menjaga
kadang aku fikir kamu tak suka
kerana kamu kadang tidak membalas tanyaku
lalu ku intai dari jauh
untuk nyata kamu sihat..
Bagaimana hidup kamu bulan..?
lama kamu tidak bercerita..
tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu
selalu selepas solat ku
tanda ingatan hati buat mu
yang mahu melihat kamu bahagia
kerana bahagia mu bahagia ku jua
Kamu ingat aku bulan..?
.. tak mengapa..
tak perlu kamu jawabnya
kerana memadai bagiku
pancaran sinar..
..di kala kamu mengambang
Aku rindu kamu bulan..
Aku rindu kamu..
Rindu..
-Muaz Hadi-
~SALAM KASIH SAYANG.
11.01.2012
...............................................
NOTA KASIH:
Aku tak kenal siapa penulis itu,,, aku terjumpa laman itu secara kebetulan shj, dan nampaknya lama tidak berupdate...Maaf kerana mengopi puisinya tidak meminta izin terlebih dahulu...tak apa la kot..moga2 ada kebaikan di sebalik titipan puisi itu di sini....yayayah,...begitulah hendaknya...
Suka aku baca puisi di atas, SURAT UNTUK BULAN..ya dulu dulu aku juga mengagumi bulan, ya..bulan itu tetap sabar walau tiap malam meminjam cahaya dari matahari...hehehe..Ya aku sedar bulan itu ada fasa2nya terkadang ia datang dengan cahayanya yang terang, terkadang ia tenggelam gelap hitam legam...alam suram, tah ke mana perginya bintang.. ada tidak..tak tahu tak perasan...Ya itu lumrahnya alam begitulah....
Sungguh.... Matahari pula tidak bongkak kerana walaupun ia hanya satu tapi mampu menerangi alam maya di langit dan bumi, masyaAllah....subhanallah, malah ia memberi cahayanya pada bulan untuk berprestasi pada waktu malam..alangkah baiknya mereka, yah... saling berkongsi ..faham memahami antara satu sama lain. ya begitulah mahu..berkongsi anugerah Allah Taala sementara hidup di dunia.
Alangkah indahnya hidup kita..andai tiada prasangka langsung di jiwa kita..Kita saling ikhlas kerana Allah, saling berkongsi apa adanya saling memahami dan prihatin pemasalahan saudara kita.... Bahagia itu sama di rasa, susah sama di tanggung. Kesusahan dan segala.kepayaan itu andai dibagi sama kepada orang lain..pasti ringan rasanya...hehehe...yaaaa...begitulah...semoga hati kita itu baik...semoga hati itu suci, semoga hati itu ikhlas kerana Allah..wahai Allah sucikanlah hati aku seperti suci bersihnya hati Nabi..amin...
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment