topbella

Friday, January 6, 2012

Faham memahami itu indah..


Cuba memahami..
bagaimana untuk memahami,
bagaimana orang lain dapat memahami,
bagaimana kita hendak memahami.

Kalau orang faham kita,
tiada masalah hidup di dunia,
kalau kita faham orang lain pasti
tiada masalah dalam hidup ini....

Bertanyalah untuk faham orang,
beritahulah untuk orang faham kita,
usah buat andaian dan prasangka buta,
kerana itu dosa-dosa belaka.

Fahami orang lain umpama diri sendiri,
jaga mulut jangan membuat dosa kering,
ingat baik diganjari buruk kan dihukumi,
selebihnya serahlah pada Ilahi.

Indah kalau kita faham memahami,
tiada masalah dalam hubungan kasih,
tiada perselisihan faham lagi,
hidup aman kan tenang hati.

~salamkasih sayang.
06.01.2012
...................................
nota kasih:
dalam hidup ini, andai orang lain memahami kita, kita memahami orang lain, insyaAllah tak dak masalah. Ya...hehehe. tetapi hakikatnya adakala manusia sukar difahami. Kita pun selalu tidak memahami orang lain...emmm betulkah hanya Allah yang mengertahui isi hati, manusia tidak mengetahui isi hati orang lain. Kenapa orang tak faham kita itulah problemnya.... kenapa kita tak faham orang...itu masalahnya????. Oleh itu sifat faham memahami itu harus dipupuk, kita harus belajar untuk memahami orang lain...

Andai kita faham kita tak akan marah dia bersikap atau berperangai demikian, kita jangan menganggap budak kecil sama matangnya dengan kita. atau orang lain memahami kita kalau kita tidak luahkan apa yang ada dalam hati kita. Hati kita hanya kita yang tahu. Kita tidak boleh marah kalau orang lain tidak memahami kita kerana kita tidak pernah buka mulut menceritakan masalah kita kepadanya...kita tidak boleh memaksa orang lain mengikut cara kita, mematuhi semua arahan kita, kerana dia juga punya identiti sendiri, dan haknya yang tidak boleh dicerobohi...

Oleh itu andai ada pemasalahan dengan manusia, perlulah berterus terang, perlu kepada penjelasan. Penjelasan akan memecahkan tembok prasangka yang berzaman. Penjelasan akan membuat hati itu lebih tenang, wajah menjadi ceria, jiwa lebih ikhlas dan nikmat bersaudara...
sungguh kita ini di dunia tempat untuk menerima ujian ....lulus atau gagal sebagai tiket untuk ke syurga...

Dalam realiti ini, walau apa aja ujian, apa jua cabaran, dalam hati luka, dalam rendam airmata, dalam belenggu cinta, kasih tak kesampaian dalam kesedihan, dalam mencari keredhaan andai kita saling faham memahami itulah nikmat yang terindah...nikmat bahagia anugerah Allah...cuba ya. Hari ini mulalah belajar untuk memahami orang lain..cubalah faham....cubalah faham...hehehe!!!. insyaAllah kita akan lebih tersenyum penuh redha dalam meniti kehidupan yg indah ini....amin.

Sungguh cuma hati yg bertakwa kepada Allah yang akan memahami orang lain..dia akan redha sabar kerana Allah....semoga beruntung di dunia dan akhirat..amin.

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

No comments:

Post a Comment

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN