topbella

Saturday, January 7, 2012

Puisi Cinta ini...


Apa ada pada puisi cinta?
Apa dicari pada puisi cinta?
Apa diharap pada puisi cinta?
Apa ditagih pada puisi cinta?

aksara ketahuan puisi cinta itu dusta
aksara kilauan puisi cinta itu batil
aksara indah puisi cinta itu metafora

Aduh malaun dibuai dengan puitis kata cinta
asyik maksyuk
senyum sumbang
awangan fikiran
hilang waras adaptasi kelabu alam

durjana sungguh mainan kata ini
tapi masih ampuh ditagih
konon penyeri langkah kasih pautan
mahu didodoikan lagi..senantiasa

bangkit..
persetankan saja kata puitis puisi cinta
...sebelum jiwa engkau kering

...dek
kebobrokan puisi cinta manusia!

-Muaz Hadi-

Sajak di atas aku kutip dari laman ini.

aku suka puisinya seolah mengenai batang hidung aku lagi....hehehe. aku tak marah, semua orang apabila membuat sesuatu mesti punya alasanya yang tersendiri...gitu juga aku...!

Tapi tak apa lah..sekarang ni aku belajar untuk ceria tak mau sedih2 lagi...tak dak gunanya aku sedih2 separuh mati, hanya aku seolah-olah menzalimi diri sendiri...
Aku yakin segala yang terjadi dalam hidup ini adalah takdir Allah sejak azali, ia begitu indah dn menarik hati...ia adalah memori kasihabadi. Sungguh suratan hidup ini adalah yang terbaik buat aku..
aku redha ya Allah, aku redha segala yang Engkau beri. alhamdulillah...amin


~salam kasih sayang
07.01.2012
.........................
nota kasih:
Aku dapat laman itu dari hp aku. Aku beru beli hp...alhamdulillah.."sum..tab" tu, hehehe.Bukan apa hp lama aku elok lagi, tapi kak ngah kata hp dia rosak, lalu aku sian dia aku bagi hp "sum..wave" tu kat dia..Sonok bebeno lah dianya..Jadi aku beli yg baru. Bukan apa hp ni boleh jadi kawan kita juga, ya sentiasa bersamanya di mana saja kita berada, tatkala senang, tatkala susah, tatkala sunyi, tatkala nyendiri....ada dia di sisi.!!

Ya..dalamnya kita juga boleh muatkan segala yang penting buat kita. Contoh islamik e-book (al quran terjemahan audio, Al mathurat ustad don lagi...hehehe. dan kitab2 hadis dlln) yang kita boleh dawnload dari Sumsung App atau Marketnya. Juga alarmnya pula kita boleh set, waktu2 penting untuk membantu mengingati kita.Al maalumlah kita ni selalu ja lupa.. contohnya waktu solat, waktu dhuha, waktu tahajud, waktu subuh. Juga kul 12.00 tghmalam dan kul 12 tengah hari...hehehe..ya waktu2 jam berhimpun. Semua itu akan mengejudkan juga ingatkan kita betapa cepatnya waktu berputar dan kita juga kelak akan berhimpun dalam makam kecil dalam tanah..hehehe.
Untuk itu ringtonenya kita boleh pilih doa-doa yang baik baik. Wahhh...indah sangat...ada sahabat yang selalu mengingatkan kita dn perihatin pada kita gini....hehehe.

Emmm ...ada papago...hehehe..ya GPS tu..kalau nak gi mana-mana ada petunjuk jalan hehehe insyaAllah tak sesat...senangkan.!!

Banyak program dalam sumsung appnya, yang kita boelh muat turun..kalau senang gi marketnya dapat tengok sendiri..betapa teknologi sakti zaman sekarang...hehehe. Aku kata sakti la kerana semua tu sungguh hebat bagi aku yang Allah anugerahkan kepada kita...harus punya dan bersyukur...yaa..yaa..insyaAllah.

Emm kata-kata ini jua peringatan buat aku," Sebelum kita mati, meninggalkan dunia ini, kalau ada duit,apa salahnya kita gunakan untuk kebaikan diri sendiri..sungguh mengikut teknologi itu tak salah asalkan semua amalan kita kerana Allah,hidup mati kita kerana Allah, semoga kita kenal islam,memahami islam, hidup dengan islam,berbahagia dengan islam, bersabar dengan islam, mati dengan islam... semoga kita tak sedih lagi ada sahabat di sisi yang sering memperingati, memahami dan perihatin bersama kita...amin.

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

4 comments:

  1. TQ kerana masuk blog saya kat blogmakanbest tempoh hari....nak tanya skit....kasih nih keje apa dan dah ada famili? sori yek x nak jawab x pe

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. ya..tq 2 papa ntiq. sebenarnya sy keja cikgu, ada family, ada anak 5 lagi..(mama ntiq juga)hehehe gurau ja...saya suka persahabatan yang ikhlas dunia sampai akhirat..ya. terima kerana papa ntiq mau bertanya...hehehe.
    sekarang saya lebih matang daripada dulu2...insyaAllah. hehehe.

    ReplyDelete
  4. ooo TQ cik gu rupa nye. sekolah rendah ke menengah

    ReplyDelete

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN