topbella

Saturday, January 14, 2012

Tarikh itu...

"tarikh itu ...15 01 2012"

Tarikh itu...
aku menunggu kamu,
dengan sentiasa senyum,
aku imbas kembali sejarahnya....

Tarikh itu,
aku tidak mengharapkan apa-apa,
hadiah istimewa.
atau ucapan cinta!

Tarikh itu...
kamu akan datang..
harap aku bisa tenang dan tenteram,
meniti kehidupan..

~salam kasih sayang..
14.01.2012
..................................
nota kasih:
ya...tiap hari Allah berikan hari baru buat kita, Tiap hari mentari menyuluh tanpa merungut. Tiap hari masa bealih begitu setia. Setelah pagi dhuha singgah penuh harapannya, Kemudian dhozor sudi datang, asar menyapa sayang..Selepas mentari terbenam... maghrib pula bertandang. Alam gelap cuma sekali sekala malam ditemani bulan dan bintang. Isyak yang panjang selalu terselit tahajud yang banyak kelebihan. Tetapi sayang.. terkadang hamba tenggelam dalam nyenyaknya lena yang panjang...

Ya...tiap hari masa berlalu..hati itu satu. Rasanya tetap sama tidak pernah berubah dari dulu hingga sekarang.... Ya rasa2 yang berat di jiwa...eemmmm....Masa berputar begitu cepat. Jam berpusing..kemudian iakan berhimpun di satu nombor...hehehe..ya nombor apakah itu?...Sudah pasti nombor 12, di mana jarum pendeknya dan jarum panjangnya bersatu dalam syahdu mahsyuk. . Ya..sunggguh jauh sudah kita berjalan, tahun demi tahun...telah sampai satu hari yang kita akan temui tarikh itu...hehehe..ya tarikh lahir kita..tarikh kita datang ke muka bumi, tarikh kita akan meninggalkan dunia nanti,.....tarikh itu...juga menandakan kita telah tua, dan bertambah lagi umur kita. Juga berlaku perubahan title kita...dari budak, kepada remaja, dewasa kemudian jadi tua. Begitulah adat dunia. Segalanya tidak kekal, segalanya berubah. segala yang bersifat baharu itu tidak abadi,..semuanya akan pergi...

Aku..tidak meminta apa2 pada kamu ..tatkala sampai tarikh itu. Aku tidak mengharapkan posmen datang membawa bungkusan hadiah istimewa.. Aku ikhlas kok...hehehe. Aku tidak marah andai kamu telah lupa tarikh itu, aku tidak merasa sedih sedikitpun kamu tidak memperduli aku..kerana aku telah biasa dengan keadaan itu. Ya... sekarang aku belajar untuk menjadi hamba yg pemaaf, hehehe..aku mohon agar Allah memberi aku kaya hati. Orang yang kaya hati insyaAllah tidak akan membesarkan perkara kecil, dan juga tidak membiarkan dunia mempengaruhinya, kerana redha Allah yang dicari dan dinanti. Syurga Allah yang dikejari.. Sungguh semoga kita bertakwa kepada Allah dengan sebenar2 takwa... Ya takwa itu yang Allah pilih dan , tinggi darjatnya di sisiNya.


Aku bersyukur kerana umur aku masih panjangkan,Terima kasih ya Allah, terima kasih dan alhamdulillah. Aku bersyukur aku masih sihat, dapat solat. Wahai Allah bantulah kami untuk bertakwa kepadaMu, hidup dan mati kami keranaMu, rahmatilah dan berkatilah hidup kami di dunia ini.....amin ya rabbal alamin....

.....................

memoir kasih:
"kata-kata yang baik
umpama bunga yang aku lihat....
harumannya kekal sepanjang zaman,
menyeri seumur hidupku..
walau tanpa kamu disisi.....tapi kamu tetap ada dihati"
.................................................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

2 comments:

  1. http://kelanahiba.blogspot.com/2012/01/warkah-di-angin-lalu-6.html

    Saya terjumpa ini pulak.

    ReplyDelete
  2. ya terima kasih atas info link ini, koleksi cerita sedih..hehehe. semoga baik2 aja semuanya..amin.

    ReplyDelete

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN