Salam kasih sayang.
Tadi semasa sembang-sembang ngan guru-guru di dalam bilik guru,
ustaz sekolah aku masuk.
Aku bertanya ustaz: Ustaz saya nak tanya sikit. Ya orang sekarang kan banyak, dalam dunia akhir zaman ini selalu kita dengar....seorang isteri bercinta dengan suami orang, sedang suaminya tidak tahu, dan isteri orang itu pun tidak tahu. Ini seolah percintaan dalam rahsia antara mereka berdua.
Apakah hukumnya.?
Ustaz kata: memanglah berdosa besar.
seorang isteri bercinta dengan suami orang atau dengan lelaki lain,
seorang isteri...andaikata terbayang wajah lelaki lain, terlintas di hati, berkenan kepada lelaki itu pun dah berdosa, inikan pula bercinta, atau mesej-mesej dengan lelaki lain. sedang suami dia tidak tahu...
(*bersolat tapi solat itu tidak mencegah kemungkaran)
dalam keadaan begitu....
Dia perlu istiqfar, dan bertaubat.
Seorang isteri apa saja dia buat semua dosa itu semuanya tertanggung atas kepala suaminya...
kerana isteri itu di bawah tanggungan suami, tetapi suami buat baik dapat pahala pada isteri...
ya..dosa isteri suami tanggung.....
suami buat baik isteri dapat pahala sama....
Tiada manusia yang tidak buat salah, kalaulah namanya manusia pasti pernah buat salah, jadi pintu taubat itu sentiasa terbuka, cuma kita perlu sedar kesalahan dan masuklah untuk bertaubat kepada Allah, menyesali segala perbuatan dosa kita, berhenti melakukan dosa lagi, dan berazam untuk tidak melakukannya lagi. Kita harus kuat untuk berperang dengan syaitan ini, kerana ada syaitan yang tugasnya untuk menceraiberaikan suami isteri dan menyebabkan dosa kepada orang yang belum kahwin sehingga ke peringkat perzinaan..Maka tercapailah hasrat dan hajat syaitan itu...yang ruginya manusia penuh dengan noda dan dosa...
Memang kita tahu....
kerana syaitan juga menyebabkan nenek manusia Adam dan Hawa di keluarkan dari syurga. kita tahu, kerana syaitan juga menyebabkan Firaun terpedaya dengan kuasa yang dimilikinya, sehingga sanggup mengakui dirinya sebgi Tuhan yang boleh mencabut nyawa...
kerana syaitan juga menyebabkan nenek manusia Adam dan Hawa di keluarkan dari syurga. kita tahu, kerana syaitan juga menyebabkan Firaun terpedaya dengan kuasa yang dimilikinya, sehingga sanggup mengakui dirinya sebgi Tuhan yang boleh mencabut nyawa...
ya kerana syaitan juga Qarun Haman terpedaya dengan hartanya mereka yang banyak, mereka menjadi orang yang tidak bersyukur yang kelak mereka tenggelam dengan harta yang banyak itu...
kerana syaitan juga telah menyebabkan pertelingkahan anak nabi Adam, Khabil dan Habil.
kerana syaitan juga telah menyebabkan kaum Nabi Lut dimusnahkan oleh Allah
dan banyak lagi cerita tentang umat yang terdahulu,
yang semuanya ada pada ummat Nabi Muhammad di akhir zaman sekarang ini...
Ya andai kita bersalah...perbanyaklah istiqfar kepada Allah...semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana kejahilan diri kita sendiri, dan berjinak-jinaklah diri dengan solat taubat..semoga diri itu kembali dalam keadaan fitrah dan hati itu tenang semula.
Sungguh aku pun banyak dosa...andai ku punya salah dengan kalian, saya minta maaf andai tersilap cakap, terkasar bahasa, mengecilkan hati tuan/ puan semua...maafkanlah kerana tiada gunanya berdendam rasa bersihkan hati kita untuk sama-sama beribadat kepada Allah, kerana masa kita ini sangat singkat....
Ya...satu hari di akhirat bersamaan dengan 1,000 tahun di dunia. Andaikata 1 jam di akhirat bermakna lebih kurang 41.6 tahun di dunia. jadi kalau umur kita 50 tahun hidup di dunia, bermakna baru beberapa jam sahaja perkiraan masa di akhirat. Terlalu pendek tempoh hayat kita di dunia ini rupanya.......lalu apalah dunia ini hendak kita kejar-kejar sgt, kerana sekejap sahaja masanya kita untuk berada di sini. Jadi usahlah biarkan hal-hal yang tidak sepatutnya mengusai minda kita, menghancurkan hidup kita, membelenggu diri dan hati kita yang sepatutnya ada hal-hal yang lebih penting perlu kita buat dan dapat untuk mencapai syurga Allah....
Ya andaikata...telah tersedia jalan yang lurus untuk ke syurga maka bersepakatlah kita, saling bantu membantu beramai-ramai menuju ke syurga Allah yang penuh dgn pelbagai nikmat yang disediakan buat orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Itu janji=janji Allah. Janji Allah itu pasti...... masya Allah...subhanallah..Allah huakbar.
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."