Salam..sayang,
tadi aku dengar ustaz kata..
orang sekarang sudah tersalah alamat cintanya..
sepatutnya cinta kita itu ditujukan kepada Rasulullah s.a.w
rasa cinta kasih kepada Mekah dan Madinah
rasa cinta kasih kepada Mekah dan Madinah
kerana di sana ada Rasulullah dan sahabat2 baginda.
tetapi orang sekarang tersilap alamatnya.
tersalah tuju cintanya....
Salam kasih..
sempena bulan kelahiran Rasulullah s.a.w
marilah kita berselawat kepada baginda..
ustaz kata "barangsiapa berselawat kepada Rasulullah sekali,
Allah akan berselawat kepadanya 10 kali,
tidakkah itu untung namanya.
tidak susah untuk mendapat pahala sebenarnya,
tidak susah untuk mendapat pahala sebenarnya,
jangan kita lalai dan lupa...
Salam semua..
cinta hakiki cinta kasih Allah dan rasulNya,
ustaz kata yang menyentuh jiwa hamba,
ustaz kata yang menyentuh jiwa hamba,
kerana gembira Abu Lahap "semasa kelahiran Rasulullah"
Allah telah meringankan azab kepadanya dalam neraka..
tiap hari Isnin dia dikurangi sedikit penderitaannya,
hisapan ibu jarinya keluar air sejuk menghilangkan dahaga.
hatta Abu Lahap itupun mendapat syafaat Rasulullah..
Itulah kasih sayang Allah,
itulah syafaat Rasulullah,
itulah cerita bapa saudara Rasullullah,
yang terang-terangan menolak islam semasa hidupnya.
apatah lagi kita yang mengucap dua kalimah syahadah,
dan sentiasa mengagungkan Rasululullah s.a.w.
moga kelak bagindakan mengenali kita....
semoga kita semua mendapat syafaatnya.
amin..ya rabbal alamin.
~salamkasih sayang..
.............................
nota kasih...
hari ini aku baru tahu..rupanya perkataan "mustafa" itu...adalah jua nama Rasulullah, dan maksudnya..terpilih atau pilihan..Rasulullah itu adalah pilihan Allah dan pemberi syafaat kepada ummatnya di akhirat kelak. Jika di dunia kita sentiasa mengingati dan mencintai Rasulullah, kelak di sana nanti Rasulullah akan mengingati dan mengenali kita, orang yang selalu menghantar dulang selawat kepada baginda tiap ketika...Emmm...ya, mampukah kita menyintai sebagaimana sahabat-sahabat Rasulullah menyintai baginda dalam senang dan susah mereka...
Semoga Allah sentiasa menghilhamkan kita untuk menjadi hamba Allah yang menyintai Rasulullah dalam senang dan susah kita..amin ya Allah.
ya..hari ini juga..baru aku tahu...jika nama awak...sifulan bin mustafa...hehehe..insyaAllah awak juga adalah pilihan Allah kepada hambanya..kerana di sana ada kebaikan yang tertulis dan hikmah yang cantik..aku tetap bersyukur kerana awak juga adalah utusan Allah dan menjadi hamba yang terpilih untuk hamba yang terpilih..dan bukan memilih atau tak sengaja. Semua itu adalah ketentuan Allah dengan izin Allah. Atas segalanya hanya Alhamdulillah lafaz yang terindah dan selayaknya diluahkan melambangkan kesyukuran hamba...Semoga kita sentiasa bersyukur dan redha. insyaAllah.
No comments:
Post a Comment