Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
Friday, March 19, 2010
Qalbi....
Hatiku dengan rahmat-Mu Ya Allah, sering alpa
Dalam nyata atau tersembunyi,
Pada waktu pagi mahupun sebelum subuh
Hatiku Hatiku Hatiku
Apa yang kekurangan dari tidurku dan ketika mengantukku
Kecuali dengan menyebut-Mu dalam diriku dan nafasku
Hatiku Hatiku Hatiku
Telah kau anugerahkan atas hatiku pengetahuan
Bahawa Engkau Ya Allah punya ketinggian dan kesucian
Dan aku datang dengan dosa yang Engkaupun tahu
Dan janganlah Kau buka aibku dengan perbuatan jahatku..
Hatiku Hatiku Hatiku
Hiasilah padaku dengan mengingat orang soleh
Dan jangan murka padaku kiranya amalan agamaku bercampur aduk
Dan bersamalah denganku sepanjang duniaku dan akhiratku
Dan Hari Kebangkitan sebagaimana yang Kau turunkan (dalam Surah Abasa)
~salam kasih sayang
20032010
......................
nota kasih:
"Bila ku datang, jangan kau pergi. Bila ku tiada, jangan kau tunggu. Bila ku cinta, simpan rindumu. Bila ku sepi, usah kau membisu."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Madah p'rindu dari Bukit Perindu.
RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

No comments:
Post a Comment