hari ini aku tahu nilai cintamu...!!!!
Alhamdulillah...
itulah lafaz yang terbaik,
itulah lafaz yang selayaknya,
seumpama aku mendapat anugerah,
seumpama sibuta telah celik matanya,
seumpama yang sesat mendapat petunjuk Allah,
semua ini anugerah semua ini berhikmah.
semua ini anugerah semua ini berhikmah.
Alhamdulillah...
aku syukur padaMu ya Allah,
kerana telah mengejutkan aku dari mimpi,
kerana telah menyingkap persoalan yang tersembunyi,
kerana memperlihatkan jaluran pelangi kasih,
kerana menyerlahkan hakikat realiti,
titipkanlah kesabaran di hatiku ini..
titipkanlah kesabaran di hatiku ini..
Alhamdulillah...
walau airmataku tak jemu mengalir,
aku syukur ya Allah kerana inilah yang ku cari,
walau ia adalah tusukkan belati meluluh jiwa ini..
namun ini jua anugerah yang Maha Pengasih,
kerana aku sekarang di pentas uji.
terimalah ya Allah perhambaanku ini.
amin ya rabbal alamin.
~kasih 2010
.............................................
nota kasih:
suatu hari aku bermohon pada Allah untuk Allah singkapkan rahsianya, kini Allah telah memberi keajaibannya..ya..syukur Alhamdulillah...Engkaulah maha tahu..maha berkuasa, maha menunjukkan mana2 yang tersembunyi, maha pengasih.. Allah baik...Allah tidak terima melainkan yang baik. Allah itu bersih...Allah tidak terima mana-mana kecuali yang bersih.
Wahai Allah, bersihkanlah hatiku, bersihkan segala2nya dari ku, agar Engkau terima ibadatku..tetaplah kami di dalam rahmat dan berkatMu...amin ya Allah.
No comments:
Post a Comment