Assalamualaikum..wbt.
Wahai Allah....
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Engkau maha mengetahui bisik hatiku yang tersimpan.
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Engkau maha mengetahui bisik hatiku yang tersimpan.
Wahai Allah...
yang Maha mengetahui bisik hati...
tenangkan hatiku sepertimana Kau tenangkan hati Nabi.
Wahai Allah...
yang Maha membolak balikkan hati..
tetapkanlah hatiku ini pada jalanMu yang suci.
Wahai Allah...
Wahai Allah...
yang di tanganNya seluruh kerajaan langit dan bumi,
limpahkanlah rahmat dan berkahMu kapada kami.
Wahai Allah..
yang memberi dan mencabut nyawa kami..
hidupkan dan matikanlah kami dalam agamaMu yang suci.
~salam kasih..
13032010
................................
nota kasih:
salam..sayang..salam kasih.
takkala tanganku tak berdaya berbuat apa-apa yang kuingini, tatkala aku sedar diri ini lemah daif tak berdaya mengadakan apa2 yang ku hajati...Aku menadah tangan padaMu yang maha berkuasa. Hanya padaMu aku sandarkan segala, aku berserah padaMu yang Maha berkuasa. Sungguh Engkau yang maha memberi maha berkuasa ke atas kami..Kami ini hamba yang tak berdaya..Aku bermohon padaMu ya Rabbi, ya Rahman ya Rahim..lapangkanlah hatiku ini Jika Engkau melapangkannya sudah pasti aku akan merasa perkara besar itu kecil sahaja...tidak ada apa yang menyusahkan hamba..
Janganlah Engkau menyempitkannya kerana aku ini hamba yang tak berdaya aku perlukan bimbinganMu yang maha berkuasa. Dalam mana aku seorang hamba yang tak berdaya...tatkala rasa2 itu singgah aku tenggelam ke dalam arusnya..aku tak mampu untuk menepisnya..tolonglah hamba..hamba sedar hamba telah melakukan kesalahan hanya padaMu Tuhan yang boleh mengampunkan...ampunilah dosa-dosa yang telah hamba lakukan samada yang zahir atau tersembunyi yang hamba tidak mengetahuinya...Sesungguhnya kesedihan ini jua adalah kifarah daripada dosa-dosa yang telah hamba lakukan...maka ampunilah hamba...kembalikanlah ketenangan kepada hamba..seumpama kau kembalikan ketenangan kepada Zulaikha..setelah dia mengharungi pelbagai cubaan demi cubaan dalam sejarah hidupnya tentang cerita cinta kasih sayangnya..Sesungguhnya Engkaulah tuhan yang maha mengetahui tentang sesuatu..dan maha pengampun. amin ya rabbal alamin.
No comments:
Post a Comment